sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 23 November 2015

Pelik Tapi Benar : PAS Pembangkang di P.Pinang Tapi Tidak di Selangor


PAS telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai melihat PAS juga perlu berbuat demikian di Selangor.

Ramai berpendapat pendirian PAS itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.

PAS perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Hakikatnya PAS adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan semua yakin jika PAS tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.


Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan PAS yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan Harapan.

Tindakan PAS Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.

Anehnya, kenapa PAS tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan