sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Sabtu, 22 Mac 2014

Kajang...Tuhan Sedang Perhati Kita, Buatlah Pilihan Tepat, Undi BN!!!...

Foto di sekitar pusat pembuangan undi Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras...









Pengundi Dun Kajang, SELAMAT MENGUNDI, PILIHLAH CALON BERKUALITI & BERINTEGRITI, BUKAN CALON BONEKA SUAMI...JOM UNDI BN...












Rabu, 12 Mac 2014

Usah politikkan musibah MH370




Seluruh rakyat Malaysia masih lagi dirundung kesedihan atas musibah kehilangan pesawat MH370 Sabtu lalu. Sehingga artikel ini ditulis, nasib pesawat yang membawa 239 penumpang masih belum diketahui.

Cuma apa yang dikesali masih ada segelintir yang seakan hilang pertimbangan akal budi dan kewarasan sensitiviti mengambil kesempatan buat komentar biadab dalam laman sosial. Tidak kurang juga berlagak seperti pak nujum membuat pelbagai andaian dan teori bagaikan mampu menerobos masuk ke alam ghaib menentukan kedudukan pesawat itu.

Lebih mendukacitakan apabila komentar berbaur tohmahan turut dilakukan segelintir pemimpin pembangkang yang sewenang-wenangnya mempermainkan musibah dalam status Twitter mereka. Ada yang mengaitkan musibah tersebut dengan malapetaka atas kezaliman yang kononnya direncanakan kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu. Sikap dan perangai seperti ini tentulah tidak cocok dengan status sebagai pemimpin.

Di manakah sensitiviti dan nilai kemanusiaan di saat rakyat meratapi tragedi dan berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa? Apakah kita terlalu paranoid berpolitik hinggakan hilang pertimbangan akal budi dalam membuat penilaian?

Hakikatnya mengaitkan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan dengan tragedi kehilangan pesawat ini juga seperti kita tidak mengimani prinsip kepercayaan qada’ dan qadar yang menjadi asas penting dalam Rukun Iman.

Apatah lagi kempen mendakwa keputusan mahkamah adalah sebahagian daripada teori konspirasi kerajaan untuk mematikan karier politik pemimpin pembangkang merupakan satu bentuk fitnah dan tohmah yang jahat.

Kita tentunya tertanya-tanya mengapakah apabila mahkamah yang sama membuat pelbagai keputusan yang tidak menyebelahi kerajaan sebelum ini tidak pula dikaitkan dengan konspirasi bahkan dikatakan adil.  Apakah sebenarnya makna dan definisi adil bagi golongan seperti ini? Kalau beginilah makna dan prinsip keadilan dan kebenaran yang dipegang pastilah akan hancur masyarakat dan negara.

Firman ALLAH SWT: “Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka (Al Qur’an), tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan itu.” (Surah Al-Mu’minun : 71)

Sebagai Muslim, kita seharusnya mengimani prinsip qada' dan qadar yang menjadi tiang utama dalam Rukun Iman. Seseorang mukmin yang mengimani qada’ dan qadar tentu sekali tidak akan mempedulikan rancangan mahupun sebarang teori konspirasi yang diatur makhluk. Sebarang kemanfaatan dan kemudaratan adalah tertakluk kepada kehendak-Nya semata. Makhluk di alam ini tidak memiliki kuasa untuk merubah sebarang perkara yang telah ditentukan ALLAH.

Firman ALLAH SWT: “Jika ALLAH menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’aam:17)

Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia ini berhimpun untuk memberikan sesuatu manfaat kepada mu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepada mu, kecuali sesuatu yang telah ditentukan ALLAH untuk mu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana kepada mu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH ke atas mu.” (Riwayat At-Tirmizi)

Justeru tidak ada sesiapa yang sebenarnya mampu berkonspirasi mendatangkan sebarang kesusahan yang tidak ditetapkan ALLAH SWT kepada seseorang manusia. Bahkan ALLAH jua yang mampu memelihara dan melindunginya.

Oleh itu, seorang Mukmin sejati tidak seharusnya terjebak dalam lingkaran fitnah dan tohmah yang cuba  menimbulkan keraguan. Biarlah proses undang-undang berlangsung tanpa ada gangguan. Tindakan meremehkan mahupun memperkecilkan sistem kehakiman dan perundangan negara hanya membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

Mempercayai teori konspirasi hanya akan menjejaskan keimanan seseorang seolah-olah menafikan prinsip qada’ dan qadar yang ditentukan ALLAH. Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan agar tidak tergelincir daripada landasan aqidah sejati.

Apa yang utama saat ini, kita memberi sokongan moral kepada semua pihak khususnya ahli keluarga mangsa tragedi kehilangan pesawat Malaysian Airlines. Berdoalah agar kesudahan terbaik daripada segala musibah yang melanda negara masa kini.

Isnin, 10 Mac 2014

PRK Parlimen Bukit Gelogor coming soon...




11 Mac 2014, Pengerusi DAP, Karpal Singh, dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

Pada 21 Februari lalu, Datuk Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah atas tuduhan itu, bagaimanapun menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi.

Bagaimanapun, peguamnya Gobind Sing Deo, ketika ditemui berkata, Karpal berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP Bukit Gelugor, sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung hukuman itu.




Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar didapati bersalah liwat Saiful.


7 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bukti terlebih cukup sabitkan Anwar'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung esok dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar.

Selasa, 4 Mac 2014

Air Di Kawasan Tanjong Karang Tidak Selamat Digunakan...



Tanjong Karang 04/03/2014. Hampir setiap rumah mengalami masalah air paip kotor hari ini.

Masalah ini berlaku sejak tgh hari td dan berlarutan sehingga waktu ini (jam 9.00 mlm).

Apakah punca sbnr masalah air kotor ini, pihak bertanggungjawab juga langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataatan atau pemberitahuan dan yg ada hanyalah notis pemberitahuan tentang notis catuan bekalan air.

Ramai pengguna yang terpaksa menggunakan air tesebut dan mengalami masalah gatal-gatal.

Bimbang guna air paip kotor...

Hampir semua penduduk tetap yg ditemui di kwsn Tg karang meluahkan khuatir terhadap air paip yang disalurkan ke rumah.

Air yang disalurkan berwarna hitam dan berbau. Mereka bimbang untuk menggunakannya, apatah lagi untuk dibuat minum. Pakaian putih yang dibasuh menjadi kekuningan. Ada mengalami gatal-gatal kulit dan juga sakit perut. Jika yg dewasa ini tidak dapat menahannya, apatah lagi anak-anak kecil...