sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 17 Julai 2012

Isu Pangsapuri Damai : ADUN DAP Diminta Jawab, Jangan Terus Perbodohkan Rakyat.


SEKINCHAN, 17 Julai – Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) hari ini tampil mendedahkan kepincangan penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai di Pekan Sekinchan dan menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri khususnya melalui ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata pada tahun 2003, syarikat Pemaju Montiara bersetuju mengusahakan sebidang tanah milik Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan memberikan pemilikan 22 unit pangsapuri kepada pihak MDSB.
Kemudiannya jelas beliau pihak MDSB membeli dua unit lagi pangsapuri bagi membolehkannya memiliki keseluruhan blok pangsapuri berkenaan (jumlah keseluruhan 24 unit)
“Namun pada tahun 2010, pihak MDSB telah menawarkan tender penjualan 24 unit pangsapuri tersebut kepada syarikat NKK Enterprise dengan harga RM 1.74 juta bersamaan dengan RM 72,500 seunit sedangkan harga pasaran pangsapuri tersebut bernilai RM 130,000.


“Sehubungan dengan itu, saya ingin ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya masyarakat setempat, mengapa pangsapuri ini perlu dijual sedangkan dalam suasana industi pelancongan desa yang giat dijalankan di Sekinchan, sepatutnya pangsapuri tersebut boleh disewakan sebagai homestay untuk mengisi jumlah pelancong yang datang ke sini,” ujarnya  selepas membawa pihak media meninjau ke lokasi Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai.
Dalam masa yang sama, tegas beliau lagi masyarakat sekitar hairan mengapa pangsapuri ini dijual di bawah harga pasaran. Apakah asas pertimbangan yang digunakan dalam menentukan harga penjualan pangsapuri ini.

“Kita nak tahu, apakah motif sebenar penjualan pangsapuri tersebut di bawah harga pasaran. Walaupun penjualan ini secara tender, satu lagi persoalan ialah mengapa hanya satu syarikat sahaja iaitu NKK Enterprise yang memasuki tender?
“Kenapa tidak ada pembida lain yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pangsapuri ini supaya lebih mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri. Inikah kebijaksanaan kerajaan negeri dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah?,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Persoalan seterusnya yang harus dijawab Ng Suee Lim tegas beliau ialah mengapakah penjualan pangsapuri sebanyak 24 unit ini tidak ditender secara unit supaya seluruh penduduk Sekinchan khususnya dan di parlimen Sungai Besar juga berpeluang mendapatkan pangsapuri ini? Malah terdapat rakyat Sekinchan yang mahu membeli pangsapuri tersebut mengikut harga pasaran.

“Ada atau tidak unit yang dijual merupakan unit yang diperuntukkan untuk bumiputera? Sehubungan dengan itu, kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri. Kita kesal kerana Ng Suee Lim dan ahli Majlis yang terlibat membenarkan penjualan ini berlaku. Bukankah ini menyalahi pendekatan kerajaan negeri yang berkehendakkan ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran.

“Kami akan membuat laporan kepada pihak SPRM agar siasatan boleh dilakukan untun melihat pertalian antara syarikat ini dengan ADUN Sekinchan. Kita juga mahu mengingatkan Ng Suee Lim dan konco-konconya agar berhenti dari terus memperbodohkan dan memperlanunkan harta milik rakyat Selangor,” tambahnya lagi. -MediaUMNO

Khamis, 12 Julai 2012

NOH OMAR DEDAH - BUKTI NG SUEE LIM ROMPAK WANG SELANGOR..!!


Tuduhan Kondominium yang dituduh ADUN DAP Ng Suee Lim dikaitkan dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar akhirnya terjawab.

Noh Omar memberi amaran buat Ng bahawa satu pendedahan balas bakal dibongkar beliau yang sudah pasti mengejutkan kesemua rakyat Negeri tersebut.berkata pihaknya akan membuat pendedahan balas terhadap ADUN DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah kondominium yang dibinanya.
 

                  Dua gambar di atas adalah kondo kontroversi yang dibina oleh Ng Suee Lim di Sekinchan.

"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.

Sementara itu, MP Tanjong Karang itu  turut menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Katanya, pemasangan papan tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor.

Beliau berkata demikian susulan laporan Portal Kerajaan Negeri Selangorku kelmarin menerusi kenyataan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Video Demo Aman GPRS : Bantah Penyelewengan & Salah Tadbir Urus UNISEL, Yayasan Selangor & Padang

Khamis, 5 Julai 2012

Pesawah Tiada Geran Dapat Subsidi.


ROMPIN 5 Julai - Pesawah yang tidak mempunyai geran tanah di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila kerajaan hari ini mengumumkan untuk memberi bantuan subsidi dan insentif kepada mereka seperti dinikmati pesawah lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengumuman itu dibuat selepas mengadakan lawatan di daerah ini apabila mendapati ramai pesawah yang tidak mempunyai geran belum menikmati sebarang bantuan.

"Hasil lawatan hari ini ramai pesawah mengadu kepada saya tidak menerima bantuan kerana tidak mempunyai geran tanah.