sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 8 Julai 2015

Beri Kad Minyak Kepada Rakyat, Subsidi 500 liter sebulan - Noh Omar


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan untuk mengembalikan subsidi RON95 dan diesel yang dihapuskan pada 1 Disember lalu dengan memperkenalkan kad minyak seperti yang digunakan oleh pegawai kerajaan.

Menurut beliau, kaedah itu akan menjadikan agihan subsidi minyak lebih adil kerana ia hanya diberikan kepada rakyat negara ini.

Saya berpandangan kita boleh terus beri subsidi minyak tetapi mestilah subsidi bersasar. Tidak boleh subsidi seperti sebelum ini. Contohnya, seorang rakyat berhak mendapat subsidi minyak 500 liter sebulan.

Semua rakyat akan dapat jumlah minyak bersubsidi yang sama. Apabila lebih daripada 500 liter itu, pengguna nak beli yang ke 501 liter, kena beli mengikut harga pasaran. Bukan harga subsidi,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Mengulas lanjut kaedah itu, Noh Omar berkata setiap rakyat di negara ini hanya layak mendapat sekeping kad walaupun mempunyai lebih dari satu kenderaan.

Seperti yang berlaku pada kenderaan kerajaan di mana kad minyak itu yang mempunyai had. Contohnya sebulan hadnya hanya 500 liter. Apabila melebihi had itu, kad itu tidak boleh pakai lagi. Jadi, saya terfikir. Jika kita boleh laksanakan sistem itu untuk kenderaan-kenderaan kerajaan, kenapa tidak sistem itu diaplikasikan kepada semua rakyat Malaysia.

Ini juga untuk pastikan subsidi itu tidak jatuh ke tangan warga asing atau pelancong asing. Jadi, mana-mana pemilik kenderaan yang tidak mempunyai kad minyak itu, perlu membeli dengan harga pasaran,” katanya -