sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Khamis, 17 September 2015

SAYA SEDIA DISIASAT KALAU UCAPAN SAYA BERBAUR PERKAUMAN – NOH OMAR


“Saya sedia memberi keterangan serta sedia disiasat polis.” Itu ketegasan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa ucapan beliau dalam Himpunan Rakyat Bersatu semalam berbaur perkauman. 

 Ujarnya, tiada yang salah dalam ucapan tersebut kerana beliau hanya membangkitkan betapa pentingnya semua pihak menghormati orang Melayu kerana sikap tolak ansur ini sudah terbukti berjaya serta menjadi tonggak keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. 

 “Namun, kalau polis panggil beri keterangan, saya akan beri kerjasama. Kita kena hormat polis sebab itu memang tugas mereka. Jangan kita hendak lawan penguatkuasa undang-undang seperti pihak pembangkang yang suka mencabar serta langgar undang-undang. 

 “Cuma, ingin ditegaskan ucapan saya dan pemimpin lain dalam himpunan ini tidak ada yang salah. Orang Melayu suarakan hak Melayu, itu sahaja. Dalam pada masa yang sama kita hormat hak kaum lain. Cuma, kebelakangan ini parti seperti DAP sengaja membangkitkan kemarahan orang Melayu. 

 “Gambar pemimpin Melayu dipijak, agama Islam dihina dan macam penghinaan lagi dibuat. Siapa yang timbulkan provokasi? Ini yang kita tidak mahu. Dulu tiada budaya macam ini, jadi siapa yang ajar rakyat jadi kurang ajar?,” ujarnya. 

Datuk Seri Noh Omar mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa ucapannya dan pemimpin lain dalam Himpunan Rakyat Bersatu berbaur perkauman. 

Padang Merbok bagaikan lautan merah pada petang semalam apabila lebih 50,000 orang berkumpul bagi himpunan rakyat bersatu yang disertai ucapan-ucapan yang mempertahankan perlembagaan negara dan gesaan supaya menghormati hak Bumiputera dan kaum-kaum lain. 

Perhimpunan itu diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disokong oleh pertubuhan bukan kerajaan yang lain bermula di padang yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur pada kira-kira 3 petang. 

Kebanyakan peserta yang memakai kemeja T berwarna merah sebelum itu berkumpul di beberapa loksi ditetapkan di sekitar ibu kota Pusat Dagangan Dunia Putra, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara dan Kompleks Kraf di Jalan Conlay sebelum berarak ke padang itu. 

Pada kemuncak perhimpunan itu, padang itu dipenuhi peserta sehingga melimpah ke kawasan sekelilingnya dengan dipantau rapi oleh anggota polis yang ditugaskan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjamin.