sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 31 Oktober 2012

Nasib Nelayan Terus Dibela.


Kerajaan tidak pernah meminggirkan nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan sekalipun langkah tersebut sepatutnya berakhir pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian elaun yang diperkenal pada 2008 itu juga bukan janji pilihan raya, sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan tersebut.



"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihan raya umum 2008 dan ini bukan janji pilihan raya, sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Bayaran Elaun Sara Hidup Tunai Nelayan Parlimen Tanjong Karang Dan Parlimen Kuala Selangor bertempat di Dewan Dato' Seri Abu Hassan Omar semalam. Kira-kira 1007 nelayan menerima bantuan itu.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan juga memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan membaiki rumah yang boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi diguna nelayan terbabit membaik pulih rumah mereka.


Dalam majlis itu Datuk Seri Hj Noh turut mengadakan sesi dialog bersama nelayan bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yg dihadapi.
 

Isnin, 29 Oktober 2012

Kerajaan sedia pertimbang penerima BR1M untuk beras ST15.

Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan hanya penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja layak menerima dan membeli beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) dalam usaha mengelakkan ketirisan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain cadangan hanya membenarkan penerima BR1M sahaja layak membeli beras ST15, kerajaan juga sedang mengkaji kesesuaian membayar terus subsidi tersebut kepada mereka.

Katanya, buat masa ini berlaku ketirisan sehingga 40,000 tan beras ST15 dikeluarkan setiap bulan membabitkan kos RM42 juta sedangkan berdasarkan kajian, keperluan untuk penduduk miskin hanyalah 6,000 tan.

"Kita sedang mengkaji cadangan agar menggunakan senarai nama penerima BR1M untuk pembelian beras ST15. Penerima BR1M seramai 3.8 juta dan mungkin bertambah kepada empat juta untuk tahun depan. Peruntukan untuk subsidi beras ST15 pula RM44 juta.

"Jika kita nak buat boleh. Kita boleh bagi macam itu. Kerajaan juga sedang kaji kesesuaian untuk bagi RM10 sebulan subsidi kepada penerima BR1M ini untuk beli beras, jadi keseluruhan jumlahnya hampir menyamai RM44 juta jika mengambil kira penerima BR1M tahun depan.

"Tapi kita kena tengok keberkesanan sama ada sesuai atau tidak. Jika diambil kira berdasarkan jumlah, memang kita mampu mengatasi ketirisan," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa, Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, kementerian itu hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan juga mempertimbangkan beberapa cadangan lain, antaranya menjadikan beras ST15 sebagai barang kawalan atau memansuhkan terus beras tersebut jika terbukti langkah berkenaan lebih baik.

Mengulas tentang kekurangan bekalan lembu untuk ibadah korban yang menjadi rungutan banyak pihak pada sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia, beliau berkata, kerajaan prihatin berhubung perkara itu.

Katanya, sebanyak 2,000 ekor lembu tambahan disalurkan melalui kerjasama dengan Felda, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felcra Berhad (Felcra).

Wak Celeng Meroyan Dan Menyondol-nyondol Lagi...

Tak habis2 lagi Wak Celeng ni, asyik buat hal je kerjanya...


Terbaru pagi td berdemo lagi di Loji Benih Padi Tali Air 2 Sg Burong.
Kononnya nak membantah pemberian kontrak benih padi kpd dua syarikat Melayu iaitu HMN dan Sri Merbok. Menteri dah jelaskan kt Parlimen tempoh hari pun masih tak faham lagi ke?...


Apa yg tengok tadi bukan petani yg berdemo, aku tak tau la manusia mana yg diangkut utk join demo ni, hampir semua mereka ni adlh ca ya nun alif... Apa yg aku sedih bila tengok pakcik2 berseban ni jadi pak turut, apa yg Wak Celeng ni sebut semuanya menurut...termasuklah mangkuk sekor Hj Misran ni yg teringin sgt nak bertanding jd ahli Parlimen Tg Karang.

Apa yg aku dengar dari kwn2...ca ya nun alif ni sbnrnya mereka tak puas hati sbb sejak sekian lama mereka memonopoli perniagaan jual beli benih padi ni...tiba2 skrg Sykt Melayu pulak yg diberi kepercayaan utk menjalankannya...

Akhirnya demo tsbt terpaksa dihentikan stlh diberi amaran oleh pihak polis sbb tiada permit, ada lbh kurang 15 minit Wak Celeng ni bercakap...

Apa2 pun aku respect kt pihak polis ni, walaupun tiada permit tapi masih bg peluang pd Wak Celeng ni bercakap...tahniah kpd pihaj polis yg berjaya mengawal keadaan...






Rabu, 24 Oktober 2012

Noh tuntut penjelasan Khalid.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, lima aset itu ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Pusat Konvensyen Shah Alam (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

"Saya tidak mahu tuduh, sebab itu saya mahu Menteri Besar tampil memberikan penjelasan, esok atau lusa. Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Besar bahawa saya mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, sebab itu saya berani membangkitkan perkara ini.

Isnin, 22 Oktober 2012

RAKYAT TG KARANG DALAM BAHAYA...PAKATAN RAKYAT TG KARANG BAWA MASUK BAPAK KOMUNIS...

22/10/2012. Hampir naik hijau bijik mata aku bila masuk ke Pekan Tg Karang hari ni...





Bila aku perhatikan betul-betul dicelah-celah bendera PAS ni ada pulak bendera PKR dan bendera komunis (DAP)...



Bila aku tanya kawan-kawan, PAS  bersama sekutu rapatnya PKR Tg Karang nak mengalu-alukan kedatangan BAPAK KOMUNIS rupanya...


BAPAK KOMUNIS ni datang ke Tg Karang nak berceramah di Dewan Dato Hormat malam ni rupanya...

Habis ceramah tidur.....

Bangun tidur ceramah lagi....

Balik tidur.....

Bangun tidur pergi ceramah pula....

Duit derma dah penuh kantung.....

Tambah bini lagi.....

 Wahai rakyat Tg Karang...BAPAK KOMUNIS masuk kawasan takkan nak duduk diam jer kot...

NOH OMAR DALAM BAHAYA...RIBUAN RAKYAT TG KARANG BERSAMA YAHYA SAARI...

19 okt 2012 Ceramah Umum di perkarangan Rumah HAMZAH Bin Abd Samad no 1 Tmn Desa Mawar 3/3, Sg Yu Tg Karang Anjuran PKR Cabang Tg Karang....
 penganjur sakit kepala bila...

1)ZURAIDAH KAMARUDIN-Ketua WANITA PKR Pusat
2)ABDULLAH SANI HAMZAN-Timb. Ketua AMK SEL.
3)YAHYA SAHRI-ketua PKR cabang TG KARANG
4)JUDI bin SARJO-YDP PAS KWSN TG KARANG...

bercakap ngn kerusi kosong...
 
 kikikikiki....
 
 kikikikikik....

Isnin, 15 Oktober 2012

Padi Clearfield Bantu Atasi Masalah Padi Angin.


Kerajaan akan menjalankan kajian terperinci sama ada benih padi yang baru iaitu Clearfield berkesan atau tidak dalam menyelesaikan masalah padi angin yang dihadapi oleh petani di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika penggunaan Clearfield berjaya meningkatkan hasil padi maka kerajaan bercadang memberikannya kepada petani sebagai subsidi.

''Ini kerana Clearfield yang didatangkan dalam dua pakej iaitu bersama baja dan racun rumpai itu mahal kosnya. Penggunaannya untuk sehektar melibatkan kos sebanyak RM840," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kawalan Padi Angin Musim 2/2011 peringkat negeri Perlis (Peruntukan Khas Perdana Menteri) di Dewan Warisan, di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi, Sabry Ahmad dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Sementara itu, sebanyak 3,339 petani dari kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan 3,324 luar MADA menerima bantuan berupa benih padi Clearfield menerusi peruntukan bernilai RM4 juta.

Noh berkata, bagi menampung kos pemberian Clearfield untuk petani itu, maka pemberian subsidi seperti baja, racun dan sebagainya sebelum ini sudah tidak diperlukan lagi.

''Kos subsidi ini boleh digunakan untuk menggantikan pemberian Clearfield kepada petani," katanya.
Noh berkata, Clearfield cuma boleh digunakan untuk dua musim dan selepas itu petani perlu menggunakan benih padi sah semula.

Bagaimanapun katanya, petani diingatkan supaya lebih rajin dalam menguruskan sawah masing-masing untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

''Kerajaan hanya dapat membantu dari beberapa segi sahaja termasuk memberikan Clearfield bagi membantu petani yang menghadapi masalah padi angin," katanya.

Katanya, jika petani masih tidak mengawasi tanaman dengan baik maka akan timbul pula masalah penyakit padi yang lain pula.


Ahad, 14 Oktober 2012

Selangor Negeri Pertama Di Saman Rakyat Sendiri


SEUMUR hidup aku rasanya tidak pernah mendengar ada rakyat mana-mana negeri dalam negara ini yang menyaman kerajaan negeri mereka sendiri kerana janji manifesto pilihanraya yang tidak dilaksana.

Tanpa kita sedar, Selangor sudah catat sejarah sebagai negeri pertama.
Setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 2,000 rakyat mengemukakan saman tersebut, setakat ini ya, minggu depan dan akan datang belum tau berapa ramai lagi.


Ironinya, perkara paling memalukan ini berlaku dinawah pentadbiran kerajaan yang kononnya ’paling berkebajikan’ dalam sejarah negara, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang biasa kita panggil Pakatan Haram ini.

Anwar pun rasanya sudah terasa kesan, sebab itu Anwar tak berani nak jual temberang di Selangor, sebab rakyat negeri itu boleh nampak pembohongan Pakatan haram dan percanggahan kelentong Anwar di sana sini.  Janji macam-macam, laksananya satu, itu pun tak semua merasa.


Lebih baik Anwar jual temberangnya itu di negeri lain, lagi jauh dari Selangor lagi bagus.

Yang pentingnya, hampir 50 tahun dibawah pentadbiran BN, perkara ini tidak pernah berlaku.  Ini kita cakap pasal rakyat biasa, yang duduk di flet-flet dan apartment bangkit menentang ketidakadilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bukan golongan korporat.

Bila perkara ini dihujahkan dengan seorang macai Pakatan haram, diungkitnya kes saman sebuah syarikat terhadap kerajaan negeri Pahang berhubung isu balak.  Benak betul balaci itu, kita dok cerita saman tak tunai janji pilihanraya, dia bawak cerita saman balak pulak.

Tapi aku insaf, ini kita cakap pasal macai Pakatan, kalau tak bodoh, taklah kita panggil dia macai, tak gitu?



Apa pun yang cuba dihujahkan macai pembangkang dalam soal janji tak tunai sehingga membawa kepada saman menyaman oleh rakyat biasa, ia masih lagi tidak menutup lompang besar yang boleh dijadikan contoh oleh semua rakyat yang duduk di negara lain, terutama di bawah BN sekarang.

Tidak keterlaluan aku katakan, DAP, PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat ini akan kalah kerana SILAP mereka sendiri, UMNO hampir tak payah buat apa-apa pun – kita cuma gembar-gembur apa yang silap sahajalah.


Pendek kata kerja senanglah.
Apa pun UMNO perlu ambil pengajaran apa yang menimpa Pakatan Rakyat Selangor sekarang.  Moral dari kejadian ini mudah sahaja, rakyat bukan bodoh walaupun mereka hanya tinggal di flet-flet murah!!  Dulu bolehlah, jual air liur dan tawar syurga neraka dah boleh menang pilihanraya.
Zaman hari ini semua mesti ada hitam putih sebelum beri undi.  Tak laksana kalu, see you in courtlah.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Noh Omar Sponsor 6 Buah Bas & Tiket...Khalid Ibrahim Bagi Apa?...


Dalam kehangatan bahang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia diantara pasukan Selangor menetang Kelantan mlm ini, sudah pastinya seluruh rakyat Selangor akan bertumpu di Stadium Shah Alam.


PKR Tg Karang pulak malam ini buat ceramah...asyik2 ceramah, lepas tu kutuk, fitnah...dah takde kerja lain ke diorang ni...





Apa2 pun mari kita ucapkan tahniah kpd anak2 muda Tg Karang ni...daripada dengar ceramah kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, lebih baik pergi stadium tengok bola, beri sokongan kpd pasukan kesayangan kita...

Terima kasih kepada DS Noh Omar kerana sudi sponsor 6 buah bas dan tiket, nampaknya DS Noh Omar lebih faham situasi dan kehendak anak2 muda Tg Karang.

Kpd Pemimpin PKR Tg Karang & TS Khalid Ibrahim...mana perginya bas mewah yg korang beli tu...bawalah rakyat Tg Karang naik bas tu pergi stadium...jgn sampai rakyat marah & kene simbah cat lagi...


Rabu, 10 Oktober 2012

Isu bas mewah: NGO desak SPRM siasat MB Selangor

 
PUTRAJAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu bas mewah yang digunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam siri kempen pilihan raya, yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid masih berhadapan dengan proses mahkamah kerana gagal melunaskan pinjaman bank berjumlah RM67 juta dan tidak mungkin terdapat bank lain yang mahu membiayai beliau untuk membeli sebuah bas mewah berharga kira-kira RM900,000.
 
"Kami mengesyaki terdapat elemen-elemen penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas ini.
 
"Kami mencadang dan mendesak SPRM supaya menyiasat dan mendakwa kes ini seadanya," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini.
 
Laporan yang dibuat oleh Hamidzun bersama beberapa NGO itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Roslan Derauh.
 
Hamidzun berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan mengenai pembelian bas mewah tersebut sewajarnya sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).
 
"Kami memberi tempoh selama 30 hari untuk kes ini diselesaikan. Jika tidak, kami NGO-NGO di Selangor akan mengadakan 'lawatan sambil belajar' dengan bilangan yang sangat ramai untuk belajar dengan SPRM tentang bagaimana membuat siasatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.
 
Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.
 
Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
 
Menurut Hamidzun, beliau menuntut jawapan daripada Abdul Khalid berhubung isu bas mewah itu seperti yang pernah didesaknya sebelum ini.
 
"Pertama, apabila lori kompaktor sampah itu dibeli, kenapa tidak dibuat secara tender terbuka. Kedua, kenapa lori sampah itu dibeli daripada syarikat yang membekalkan bas itu?
 
"Ketiga, kenapa lori sampah ini tidak dibeli terus dengan ejen syarikat berkenaan yang mempunyai kilang di Rawang. Keempat, beliau perlu menyatakan nama bank yang menyediakan pinjaman untuk bernilai kira-kira RM900,000 untuk membeli sebuah bas," katanya.
 
Hamidzun menambah, tuntutan kelima ialah penjelasan Abdul Khalid yang sebelum ini menyatakan bahawa bas tersebut disewa sedangkan pemilik bas itu adalah beliau sendiri.
 
"Oleh itu, kami mencabar Tan Sri Khalid untuk bersikap telus dalam soal pentadbiran negeri Selangor," katanya.
 
Selain GAPS, empat NGO lain yang turut serta adalah Waris Malaya, 4Justice, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP).

Ahad, 7 Oktober 2012

DAP Gagal Jaga Kaum Cina - DS Seri Noh Omar Dapat Sokongan Penuh


Datuk Seri Hj Noh Omar baru-baru ini meluangkan masanya untk menghadiri Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung yang diadakan di Taman Suria Indah Batu 6 Tanjong Karang.



Majlis tersebut yang dihadiri lebih seribu orang masyarakat cina menunjukkan sokongan masyarakat cina kepada Datuk Seri Hj Noh Omar masih utuh walaupun berbagai isu sengaja direka untuk memburukkan imej menteri tersebut.



Datuk Seri Hj Noh Omar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Koperasi Muhibah Tanjung Karang Berhad kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung tersebut dan dengan itu beliau telah berbesar hati menyumbangkan RM 10,000.00 untuk koperasi tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.


Dalam pada itu juga, Datuk Seri Hj Noh Omar memperjelaskan beberapa isu semasa untuk memberi kesedaran betapa bahayanya jika Pakatan Rakyat terus memerintah Negeri Selangor ini.

Beliau juga menyeru masyarakat cina supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasionan (BN) seterusnya merampas kembali Negeri selangor ini dari pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketaui gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Hanya Kerajaan barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memerintah dengan baik Negeri dan Negara ini berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama memerintah dan tahu selok-belok serta masalah yang dihadapai oleh negara ini.

Teruskan usahamu Datuk Seri Hj Noh Omar, buktikan pada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan terbaik dan akan terus membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.



Sabtu, 6 Oktober 2012

Projek UiTM Serendah diteruskan

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar (kanan) beramah mesra dengan peniaga-peniaga di Pasar Nelayan Kampung Sungai Yu 
sewaktu melawat jeti nelayan di kampung itu di Kuala Selangor semalam.
TANJONG KARANG 05/10/2012. - Kabinet bersetuju untuk meneruskan cadangan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Hulu Selangor dekat sini yang sebelum ini dirampas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
 
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai sehari selepas dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi dialog bersama pemimpin belia di UiTM Shah Alam semalam.

Keputusan ini menunjukkan kerajaan Persekutuan menepati janji dan mahu peluang pendidikan diberikan kepada anak Selangor," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kepada pemberita selepas melawat Jeti Nelayan Sungai Yu, Tanjong Karang di sini.

Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menambah, kos peruntukan pembinaan dan pelaksanaan cawangan UiTM itu akan diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.

"Kerajaan Persekutuan terpaksa mencari peruntukan baharu untuk pembinaan tersebut memandangkan yang ada telah digunakan untuk cawangan UiTM di Melaka.

"Saya berharap kerajaan negeri tidak terlalu mempolitikkan isu ini lagi kerana rakyat amat memerlukan kampus ini. Apabila projek dilaksanakan nanti, kerajaan negeri diminta memberi kerjasama dan jangan mencari alasan lagi," katanya.

Baru-baru ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapat kembali hak milik tanah seluas 318.8 hektar di Serendah selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tindakan kerajaan negeri memulangkan cukai tanah dan merampas tanah terbabit sebelum ini tidak sah di sisi undang-undang.

Rayuan yang dibuat YBK diterima Hakim Mahkamah Tinggi, Hadhariah Said Ismail selepas meneliti hujah bertulis dan mendengar hujah lisan daripada kedua-dua peguam YBK dan kerajaan negeri.

Isnin, 1 Oktober 2012

Noh Omar yakin BN menang 32 kerusi DUN di Selangor.


Pemimpin veteran Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) yakin Barisan Nasional (BN) akan menawan semula negeri terkaya tersebut dengan memenangi 32 daripada 56 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 .

Ahli Parlimen Tanjung Karang tersebut berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat di Selangor mulai sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah negeri.

“Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi Insya-Allah saya yakin BN mampu kembali menawan Selangor, sekurang-kurangnya 32 buah kerusi,” kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Noh yang juga menteri pertanian, calon menteri besar adalah tidak penting, kerana kemenangan adalah menjadi perkara yang utama.

“Semasa tahun 2008, mereka (Pakatan) pun tak tahu siapa calon menteri besar untuk mereka, jadi adalah lebih baik untuk BN memberi fokus untuk kemenangan untuk menawan kembali Selangor,” katanya.

Kerusi-kerusi di negeri Selangor dikatakan merupakan kerusi panas kerana negeri ini mempunyai pengundi baru yang ramai disamping merupakan negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

Pada 8 Mac 2008, BN memenangi 20 buah kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor. PR memenangi 36 kerusi dengan 15 kerusi dimenangi PKR, 13 DAP dan 8 dari PAS.

Noh juga menolak kemungkinan beliau akan menjadi menteri besar Selangor walaupun desas desus mengatakan beliau dicalonkan sebagai jawatan tertinggi di negeri tersebut.

“Seperti yang saya katakan, saya tidak mahu mendahului takdir, saya masih lagi ahli parlimen Tanjung Karang, tetapi semuanya bergantung pada pucuk pimpinan.

“Yang penting kita gerakkan jentera parti untuk memenangi negeri ini, soal siapa menteri besar tidak penting,” kata Noh lagi, yang juga merupakan timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri Selangor.

Bekas menteri besar, Dr Mohammad Khir Toyo juga menolak dari bertanding dalam pilihan raya akan datang, setelah mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pecah amanah.