sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Ahad, 14 Oktober 2012

Selangor Negeri Pertama Di Saman Rakyat Sendiri


SEUMUR hidup aku rasanya tidak pernah mendengar ada rakyat mana-mana negeri dalam negara ini yang menyaman kerajaan negeri mereka sendiri kerana janji manifesto pilihanraya yang tidak dilaksana.

Tanpa kita sedar, Selangor sudah catat sejarah sebagai negeri pertama.
Setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 2,000 rakyat mengemukakan saman tersebut, setakat ini ya, minggu depan dan akan datang belum tau berapa ramai lagi.


Ironinya, perkara paling memalukan ini berlaku dinawah pentadbiran kerajaan yang kononnya ’paling berkebajikan’ dalam sejarah negara, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat yang biasa kita panggil Pakatan Haram ini.

Anwar pun rasanya sudah terasa kesan, sebab itu Anwar tak berani nak jual temberang di Selangor, sebab rakyat negeri itu boleh nampak pembohongan Pakatan haram dan percanggahan kelentong Anwar di sana sini.  Janji macam-macam, laksananya satu, itu pun tak semua merasa.


Lebih baik Anwar jual temberangnya itu di negeri lain, lagi jauh dari Selangor lagi bagus.

Yang pentingnya, hampir 50 tahun dibawah pentadbiran BN, perkara ini tidak pernah berlaku.  Ini kita cakap pasal rakyat biasa, yang duduk di flet-flet dan apartment bangkit menentang ketidakadilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bukan golongan korporat.

Bila perkara ini dihujahkan dengan seorang macai Pakatan haram, diungkitnya kes saman sebuah syarikat terhadap kerajaan negeri Pahang berhubung isu balak.  Benak betul balaci itu, kita dok cerita saman tak tunai janji pilihanraya, dia bawak cerita saman balak pulak.

Tapi aku insaf, ini kita cakap pasal macai Pakatan, kalau tak bodoh, taklah kita panggil dia macai, tak gitu?



Apa pun yang cuba dihujahkan macai pembangkang dalam soal janji tak tunai sehingga membawa kepada saman menyaman oleh rakyat biasa, ia masih lagi tidak menutup lompang besar yang boleh dijadikan contoh oleh semua rakyat yang duduk di negara lain, terutama di bawah BN sekarang.

Tidak keterlaluan aku katakan, DAP, PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat ini akan kalah kerana SILAP mereka sendiri, UMNO hampir tak payah buat apa-apa pun – kita cuma gembar-gembur apa yang silap sahajalah.


Pendek kata kerja senanglah.
Apa pun UMNO perlu ambil pengajaran apa yang menimpa Pakatan Rakyat Selangor sekarang.  Moral dari kejadian ini mudah sahaja, rakyat bukan bodoh walaupun mereka hanya tinggal di flet-flet murah!!  Dulu bolehlah, jual air liur dan tawar syurga neraka dah boleh menang pilihanraya.
Zaman hari ini semua mesti ada hitam putih sebelum beri undi.  Tak laksana kalu, see you in courtlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan