sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 31 Oktober 2012

Nasib Nelayan Terus Dibela.


Kerajaan tidak pernah meminggirkan nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan sekalipun langkah tersebut sepatutnya berakhir pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian elaun yang diperkenal pada 2008 itu juga bukan janji pilihan raya, sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan tersebut.



"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihan raya umum 2008 dan ini bukan janji pilihan raya, sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Bayaran Elaun Sara Hidup Tunai Nelayan Parlimen Tanjong Karang Dan Parlimen Kuala Selangor bertempat di Dewan Dato' Seri Abu Hassan Omar semalam. Kira-kira 1007 nelayan menerima bantuan itu.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan juga memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan membaiki rumah yang boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi diguna nelayan terbabit membaik pulih rumah mereka.


Dalam majlis itu Datuk Seri Hj Noh turut mengadakan sesi dialog bersama nelayan bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yg dihadapi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan