sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 30 Jun 2015

Pemasaran politik dan idealogi gaya DAP


Setahun selepas PRU13, DAP dilihat memberi penekanan serius untuk menarik undi orang Melayu dan Islam secara langsung tanpa bergantung kepada PAS dan PKR seperti PRU10, PRU11 dan PRU12.

Persoalannya mengapakah DAP mengambil berat undi untuk memperolehi sokongan daripada kumpulan Melayu dan Islam sedangkan calon-calonnya bertanding di kawasan majoriti Cina?

DAP sedang melakukan make over dari parti cauvanis Cina, kenapa parti yang disokong anak muda Melayu dan Islam selepas PRU13.

Ini selepas mereka menyedari bahawa sokongan Cina dah sampai ke siling dan Barisan Nasional yang tunjang utamanya adalah UMNO tidak tumbang.

Seorang kawan memberitahu saya, ketika hari pengundian 505 PRU13, Cina Malaysia dari seluruh dunia balik untuk UBAH tapi BN tak tumbang.

Kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sahaja sama jumlah dengan seluruh kerusi parlimen yang dimenangi DAP, PKR dan PAS. Apakah sebabnya?

Kerana apa?... Kerana pengundi Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti  menyokong BN, dengan (lebih 60 %) Melayu dan Islam menyokong UMNO.

Menyedari hakikat bahawa jika semua Cina sokong DAP pun mereka tidak boleh berkuasa lebih besar dari yang dimenangi PRU13 maka strategisnya telah mengubah haluan parti.

Untuk menarik sokongan segmen utama dalam PRU di Malaysia iaitu Bumiputera Islam, mereka mengeluarkan produk A, produk B, produk C.

Untuk segmen Bumiputera Islam produk A yang kumpulan sasarnya adalah Melayu bandar yang liberal maka orang mana Diana Sofia mewakili imej itu.

Cantik, tak bertudung, menggoda, skrit boleh, baju kurung boleh, (masih tak terjawab gambar dengan Zairil imej siapa?) anak orang UMNO dan lain-lain.

Produk B pula orang macam Rara, Melayu separa bandar/nasionalis, bertudung hispter, terbuka, cantik, suka bergambar, ahli NGO, mudah bergauldan lain-lain.

Produk C pula untuk menarik minat Bumiputera Islam adalah Melayu/Islamist pakai niqab, ala-ala exterimis, tertutup, sekolah agama tapi sokong DAP.

Untuk peringkat pertama semua perempuan, sebab biasalah consumer suka kepada perempuan 70 peratus iklan dilakonkan perempuan.

Akan ada fasa kedua dan ketiga untuk menarik sokongan Melayu, termasuklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kongres Nasional DAP.

DAP tahu hanya dengan sokongan Bumiputera saja mereka boleh berkuasa, kini segman Bumiputera Islam dan bukan Islam masih merupakan penyokong kuat BN.

Fair and firm

Saya mencadangkan kepada BN, ketika DAP sibuk nak tawan hati Melayu dan Islam inilah MCA dan parti-parti komponen yang terasnya adalah masyarakat Tionghua kembali mencari sokongan dalam komuniti tersebut.

Dr Chandra Muzaffar memberitahu, untuk menarik sokongan, BN perlukan pemimpin-pemimpin yang mengamalkan dua F iaitu fair dan firm (adil dan tegas).

BN sebenarnya perlukan lebih penerangan untuk melawan DAP dikalangan orang Tionghua, penerangan yang berfakta dan masuk akal.

Untuk itu BN perlu memahami asas mengapa majoriti masyarakat Cina lari daripada MCA, Gerakan, SUPP, DLL kepada DAP.

Mereka rasa dibuli oleh 'abang besar' dalam satu pengkongsian dengan konsesi yang tidak adil.

Ketika DAP dan pakatan pembangkang menawarkan gabungan untuk menggantikan BN, mereka sambut dengan semangat 'liberation' atau pembebasan.

Ini selepas kegagalan jentera BN untuk menyampaikan penerangan yang munasabah dan rasional terhadap isu-isu yang dibangkitkan mereka.

Kebergantungan terlalu banyak kepada penerangan melalui media tradisional menyebabkan 'maksud tidak sampai' sehingga segala penerangan menjadi separuh masak.

BN mampu mengempur DAP dan pakatan pembangkang dan tidak mustahil PRU14, MCA dan parti-parti komponen Cina menarik kembali sokongan.

Atau jika BN gagal, DAP dengan undi masyarakat Cina yang sama dicampur dua peratus undi Bumiputera Islam di negara ini, sudah cukup untuk mengoncang BN lebih kuat dari gempa bumi yang kita lihat di Sabah baru-baru ini.

Selepas dua gegaran pertama pada 8 Mac 2008 dan kedua pada 5 Mei 2013 (PRU12/PRU13)... BN wajib mengambil iktibar dan memperbaharui tekadnya.

Gabungan parti yang memerintah itu perlu (dilihat) melaksanakan lebih banyak keadilan dan mengambil keputusan yang tegas.

Ini penting supaya Malaysia tidak kehilangan kerajaan yang berpengalaman menerajui negara sejak merdeka dan digantikan dengan kerajaan baru yang berkemungkinan besar menyebabkan krisis ketidakstabilan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.