sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 31 Disember 2013

Kalimah ALLAH di Permainkan Lagi...


01/01/2014 jam 10.00 pg, umno bhgn tg karang, pemuda umno bhgn tg karang, Puteri Tanjong Karang & wanita umno bhgn tg karang bersama-sama hadir di balai polis tg karang utk membuat laporan polis trhdp paderi lawrence andrew yg mengeluarkan kenyataan yg membawa maksud bahawa gereja katolik di negeri selangor akan tetap menggunakan kalimah ALLAH di dlm perhimpunan mereka.  


Tujuan laporan polis ini dibuat agar perkara ini disiasat dan diambil tindakan yg sewajarnya. Kentaan paderi lawrance ini adlh merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 298A kanun keseksaan (akta 574) kerana kenyataan tsbt telah atau boleh menyebabkan suasana tdk harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan antara org islam dan bukan orang islam.








Rabu, 27 November 2013

Tanjong Karang menangis...inikah contoh negeri berkebajikan?...



Rungutan demi rungutan setiap hari kedengaran mengenai keujudan tmpt di dlm gambar ini...siapa yg harus dipersalahkan?...

Yang pastinya apabila ada satu, maka tidak mustahil akan bertambah lg satu...

Pihak disblh sana seolah-olah tdk mengambil tahu & buat2 tak nampak tentang keujudan tmpt ini...

Adakah ini konsep negara/negeri berkebajikan yg dilaungkan oleh pihak sblh sana?

Adakah ini  juga cara pihak sblh sana menjaga kebajikan rakyat dgn mewujudkan lbh banyak tmpt spt ini?...



Ayuh!...mari sahut cabaran ini...



Sila klik link ini utk download borang: https://db.tt/ybe57Hfq

Khamis, 3 Oktober 2013

BR1M : Pembangkang Tertekan Dan Golongan Tidak Layak (kaya) Tentang


Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah berjaya menepati sasarannya.  Pembangkang cukup tertekan dengan pemberian BR1M. Manakala golongan yang tidak layak menerima BR1M (kaya)  pula membangkang  dengan berbagai-bagai alasan.  Golongan yang layak  menerima BR1M (miskin dan majoriti) suarakan kesyukuran.  Isu BR1M memang secara tidak langsung merupakan senjata yang membunuh fitnah dan tohmahan pembangkang.

Kita menyedari bahawa pembangkang benar-benar terpukul dengan BR1M yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Namun yang menjadi persoalannya mengapa terdapat segolongan penyokong kerajaan yang tidak menerima BR1M telah bertindak mengeluarkan kenyataan “menghentam” BR1M.

BR1M telah membuka mata rakyat Malaysia akan wujudnya subsidi dan bantuan yang diberi oleh kerajaan. Selama ini terdapat hampir 80% rakyat Malaysia tidak sedar akan wujudnya bantuan dari kerajaan yang berbentuk subsidi ekoran dari terlalu lama menerima subsidi dari kerajaan Barisan Nasional   sehingga menganggap itu merupakan harga sebenar tanpa bantuan kerajaan.

Lantas mereka yang tidak menyedari dan “tutup mata” akan wujudnya subsidi telah bertindak menyokong parti yang menentang kerajaan.  Langkah kerajaan mengurangkan subsidi yang lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin yang lebih memerlukan memang amat bijak dan yang penting “membuka mata” akan wujudnya bantuan kerajaan yang selama ini telah difitnah , dicaci dan ditohmah tahap maksima.

Apabila kerajaan menarik subsidi yang dinikmati oleh golongan kaya, ini telah menyebabkan rakyat lebih menghargai subsidi  dan bantuan kerajaan. Secara tidak langsung, ini  akan menyebabkan sokongan terhadap kerajaan akan  meningkat  setelah merudum dalam zaman pemerintahan Pak Lah.

Sebarang cadangan untuk menghapuskan BR1M  pasti akan menyebabkan sokongan terhadap kerajaan  semakin berkurangan.  Kita harus amat berhati-hati dengan  segelintir penyokong kerajaan yang sebenarnya merupakan gunting dalam lipatan. Disamping itu  Kerajaan harus memperhalusi setiap tindakan dan disusuli dengan penguatkuasaan yang tegas tanpa gentar terhadap ugutan dan ancaman pembangkang.

Demi untuk memudahkan dan tidak membebankan rakyat maka kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan. Ianya  tidak akan diberi  secara tunai tetapi akan terus didebitkan ke dalam akaun penerima. Kerajaan juga sedang melihat keperluan membantu meringankan beban isi rumah yang berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000. Model bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Sebelum ini bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250

Isi rumah yang layak (RM500):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.
•   Individu yang layak (RM250):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Tindakan kerajaan untuk  terus memberikan BR1M memang patut dipuji. BR1M boleh menjana ekonomi setempat kerana wang tunai yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan. Hakikatnya BR1M bukan hanya wang tunai bagi meringankan beban  tetapi juga mampu memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik. Kedai runcit, pasar tani, pasar malam dan pusat membeli belah akan turut menerima kesan positif daripada program BR1M.


Sebenarnya kerajaan mengalami transformasi yang amat besar dalam sejarah negara kerana segala tindak tanduk dan perancangan kerajaan akan benar-benar menjurus kepada kebaikan dan nilai tambah terhadap rakyat semata-mata.  Dalam keadaan rakyat yang cukup lantang bersuara menyatakan hak dan lambakan maklumat tanpa sempadan telah mendorong kerajaan berkhidmat untuk rakyat tanpa pilihan. Ini akan dapat menjamin kerajaan yang lebih telus dan cekap.

sumber: mkmu.net

Isnin, 29 Julai 2013

Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Amanah Berat - Noh Omar.



TANJUNG KARANG, 28 Julai 2013 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan jawatan baharu yang disandangnya itu sebagai amanah berat dan bukannya sesuatu untuk dibangga-banggakan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan untuk beliau menerajui UMNO Selangor.

Noh, yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM1.1 juta kepada 18 sekolah menengah dan rendah, 120 surau dan 28 masjid di kawasan parlimennya pada majlis berbuka puasa di Sungai Burong, Tanjung Karang.

"Barisan Nasional kena rapati rakyat dan terus berusaha yakinkan mereka bahawa Barisan Nasional lebih baik daripada pakatan rakyat," tegasnya.

Menurutnya, antara isu yang akan terus diberi perhatian untuk tindakan lanjut ialah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam pada itu, Noh berkata beliau telah turun ke 20 bahagian UMNO di Selangor untuk merapatkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan dengan pemimpin parti.

"Ini kerana tidak ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak ada kekuatan tanpa perpaduan," katanya.

Selasa, 2 Julai 2013

TAKTIK LICIK PAKATAN SELANGOR BUAT PERTUKARAN DATUK SAM DENGAN ANWAR!!!




Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias menyifatkan tawaran jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor (PAC) kepadanya oleh kerajaan negeri sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.
 
Katanya, jika benar tawaran itu ikhlas, jawatan berkenaan sepatutnya diberikan tanpa syarat supaya kerajaan persekutuan pula melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua PAC.
 
"Mereka nak bagi jawatan Pengerusi PAC di Selangor, dengan syarat di (peringkat) persekutuan pun buat juga. Jadi saya ingat perkara ini tiada keikhlasan, jadi kalau tiada keikhlasan, kita tak perlu menerima. 
 
"(Saya menolak) atas asas itulah, sebab ia bersyarat. Kalau nak beri, berilah terus," katanya yang ditemui pemberita selepas penangguhan sidang DUN di sini bagi sesi pagi.
 
Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong selama tiga penggal berturut-turut pernah ditawarkan jawatan yang sama pada penggal lalu. Namun, katanya, beliau terpaksa menolak kerana memikirkan tentang prinsip dan maruahnya sebagai wakil rakyat BN.
 
Menurut beliau, perkara itu diputuskan setelah berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti di peringkat negeri.
 
Sebelum ini, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berjumpa dengan Shamsudin untuk menawarkan jawatan itu kepada beliau dalam masa terdekat. 
 
Yeoh berkata, penawaran berkenaan adalah salah satu 'tanda' yang menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan demokrasi.
 
Ketika ditanya mengenai cadangan kerajaan negeri yang mahu mewujudkan pilihan raya majlis tempatan, Shamsuddin berkata perkara tersebut perlu kajian sedalam-dalamnya.
 
"Adakah ini mendatangkan kesan dari segi dasar, menentukan 'unity'... itu antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan... asas dan rasionaliti kepada penubuhan pilihan raya itu.
 
"Bukan semata-mata kita mahu perubahan, kita buat berdasarkan asas pendemokrasian. Pendemokrasian mestilah berasaskan rasionaliti yang boleh memberikan manfaat melebihi kemudaratan," katanya.


Rabu, 5 Jun 2013

Beri Peluang Pimpinan Tempatan Terajui BN Selangor.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan memberi ruang dan kepercayaan kepada kepimpinan tempatan untuk menerajui Barisan Nasional (BN) Selangor tetapi pada masa yang sama beliau perlu memantau perkembangan politik negeri itu dari semasa ke semasa.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Najib mempunyai tugas berat di peringkat Pusat tetapi boleh bertindak dalam dua keadaan yang lebih memberi kesan dengan memberikan peluang kepada pemimpin tempatan mengetuai BN Selangor dari peringkat awal lagi.

Manakala dari segi pemantauan katanya, Najib sendiri boleh memberikan keutamaan khusus kepada Selangor kerana secara tidak langsung beliau memberikan kepercayaan dan menunjukkan keprihatinan kepada ahli dan parti di negeri ini.

“Kalau perdana menteri sendiri, sokongan dan kekuatan nampak seperti bertambah tetapi kalau diberikan kepada kepimpinan tempatan ia mungkin akan memberi kesan positif yang berbeza dari segi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau.

“Ini akan memberikan kefahaman kepada negeri bahawa perdana menteri tetap memberikan keutamaan kepada Selangor kerana negeri ini negeri maju dan amat penting untuk dikuasai oleh BN. Jadi, tiba masanya anak Selangor menjadi Pengerusi BN Selangor,” katanya.

Samsul Adabi berkata BN Selangor perlu dinaungi oleh seorang nakhoda sahaja bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan agenda yang dibawa dan berpendapat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilihat sesuai mengisi jawatan berkenaan.

“Kalau boleh, biarkan Noh mengetuai BN Selangor dengan diberi kuasa eksekutif agar beliau boleh mewujudkan organisasi beliau sendiri bagi membentuk strategi untuk Selangor.

Tanpa gerak kerja, ia tidak akan memberikan kesan positif tetapi kalau usaha awal dijalankan dengan mengambil kira semua aspek, sudah tentu akan memberikan saingan kepada PR,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan agak sukar untuk mencari pemimpin terbaik dalam kalangan pemimpin BN Selangor sekarang, justeru parti itu perlu menggarap beberapa nama baru untuk diangkat sebagai pemimpin untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Walaupun ini masih peringkat awal, tetapi dalam tempoh empat tahun akan datang pemimpin ini termasuk yang telah bertanding dalam PRU13 bukan sahaja yang menang tetapi kalah juga harus diberi perhatian, manakala yang baru dicari di peringkat bahagian atau cawangan,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pemimpin di pelbagai peringkat yang berwibawa perlu dikenal pasti lebih awal walaupun di peringkat Dun yang menang akan mewakili BN sebagai pembangkang tetapi yang tidak menang perlu bergerak dari luar dengan menjadi penasihat untuk isu-isu diperdebatkan kelak.

“Ini akan menguatkan lagi BN, maksudnya yang berada di sidang Dun yang menang tetapi untuk dibawa ke dalam itu, mereka memerlukan perbincangan di mana perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih awal.

“BN memerlukan strategi dan perancangan yang bukan sahaja untuk kerangka dalaman parti tetapi perlu melihat strategi dari luar seperti di kalangan ahli akademik, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang boleh membantu,” katanya.

Sumber: Sinar.

Jumaat, 10 Mei 2013

Cina Terus Tolak BN, Tumpu Kepada Pembangkang?...





Kehadiran lebih 80 peratus masyarakat Cina dalam perhimpunan pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya tempoh hari mencetus persoalan apakah benar masyarakat berkenaan menolak terus kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selepas memberi undi kepada DAP dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kaum Cina sekali lagi memperlihatkan solidariti antara mereka apabila menyertai perhimpunan tersebut bagi menyatakan sokongan kepada pakatan itu.

Malah, pelbagai kain rentang yang memperlihatkan kebencian kepada BN dibawa oleh masyarakat Cina dalam perhimpunan itu selain turut melaungkan pelbagai provokasi antaranya 'ubah' dan 'reformasi' walaupun sebelum ini kaum Tionghua diketahui tidak berminat dengan perhimpunan sedemikian.

Menurutnya, mesej tersebut jelas memperlihatkan orang Cina yang menikmati segala kesenangan hasil dasar diperkenalkan BN sejak merdeka, kini sudah beralih arah kepada pembangkang demi memiliki kuasa politik.

Isyarat serta pendirian politik yang ditunjukkan masyarakat Cina pada hari pengundian Ahad lalu serta pada perhimpunan malam beberapa hari lepas sangat tidak baik untuk perpaduan nasional kerana golongan berkenaan kini sarat dengan sentimen perkauman, iaitu menolak pemerintah Melayu.

Permainan politik yang dipilih masyarakat Cina ini sangat berbahaya. Mereka melihat kepada kuasa politik selepas sekian lama menguasai ekonomi sehingga sanggup membiarkan pemikiran diresapi sentimen perkauman melampau yang ditiup DAP sehingga menolak konsep sederhana yang diperjuangkan BN.

Kepada seluruh pemimpin Melayu dalam Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), ketepikan sikap ego, bersatulah dengan UMNO. Jangan kita biar perpecahan ini dimanipulasi golongan cauvinis DAP.

Lebih 80 peratus masyarakat Cina membanjiri Stadium MBPJ di Kelana Jaya dalam perhimpunan yang diadakan selang empat hari selepas PRU-13 bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya negara ini yang didakwa pembangkang kononnya tidak telus.

Orang Melayu perlu membuka mata serta minda mereka untuk menilai kesan daripada gerakan terancang DAP bersama masyarakat Cina jika tidak mahu kemakmuran yang dinikmati sejak sekian lama musnah.

Jika pemimpin serta parti politik Melayu masih lagi terperangkap dengan polemik perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup menggadai bangsa, agama dan negara, tidak mustahil perancangan licik DAP untuk menggulingkan pemerintahan BN akan tercapai pada masa depan.

Memang masyarakat Cina sudah menolak BN dalam pilihan raya umum kali ini dan fakta tersebut jelas dengan bukti dalam bentuk statistik undi. Pengundian berasaskan polarisasi kaum ini sangat bahaya ibarat sengaja mencurah minyak ke dalam api, apatah lagi kemudian diiring dengan perhimpunan.

Khamis, 9 Mei 2013

Demi ‘Survival’ Politik Cina?




 

DI saluran undi Pasir Penambang dalam kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Permatang,
Tanjong Karang sudah dibuat segala pembangunan untuk masyarakat Cina di situ.

Sebutlah apa sahaja. Nak jeti, diberi jeti baru. Nak dinaik taraf pasar dan agihan peruntukan sara hidup nelayan, pun sudah diberikan. Bukan ratusan ribu dibelanjakan, tetapi puluhan juta ringgit.

Namun semalam, masih lagi calon Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak gagal meraih sokongan kali kedua selepas 2008 di saluran Pasir Penambang. Bagaimanapun Sulaiman bersyukur kerana dengan bantuan pengundi Melayu di saluran-saluran lain, beliau masih berjaya mengekalkan DUN Permatang. Malah, dengan majoriti yang meningkat lagi, 1,026 berbanding 608 undi sebelumnya.

Pasir Penambang, antara contoh paling klasik yang mana pengundi Cina yang sudah diberikan segala kemudahan dan wang ringgit, masih tetap sepakat menyokong pakatan pembangkang. Dengan kata lain, mengundi PKR tetapi untuk DAP.

Jika dulu BN di Selangor cuma menang 20 daripada 56 kerusi, kali ini dalam PRU-13 lebih teruk lagi. BN cuma sekadar meraih 12 kerusi DUN , kurang lapan lagi kerusi berbanding 44 pembangkang.

Apa pun kita wajar bercakap benar meskipun pahit untuk ditelan. Realiti tetap realiti. Marilah kita singkap mengapa pengundi Cina menolak BN di seluruh negara, termasuklah Selangor. MCA, kalau diperhatikan, parti itu hakikatnya telah menjalankan peranannya untuk menjamin survival ekonomi kaum Cina sejak merdeka sehingga sekarang. Dalam formula pembahagian kuasa dalam BN, sektor ekonomi juga dibahagikan berasaskan kaum.

Untuk suatu jangka masa, formula itu seakan-akan berhasil. Namun, wujud kegusaran bahawa apa yang telah diperoleh dalam bentuk habuan ekonomi masih tidak mencukupi. Dan kaum Cina memerlukan lebih daripada itu.

MCA, yang kemudian disusuli parti Gerakan, diuar-uarkan oleh pesaing mereka, DAP seolah-olah terlalu tunduk kepada UMNO lalu menjadi satu limitasi kepada kaum Cina.

Hal ini membawa satu kebangkitan pembangkang pada 2008, yang waktu itu dilabelkan sebagai kebangkitan rakyat’. Tetapi sebenarnya apa yang disebut sebagai ‘tsunami Cina’ telah pun berlaku ketika itu.

Ini apabila banyak kerusi yang apabila dicampur undinya, baharulah menyaksikan kerusi-kerusi Melayu mencatat kelebihan undi tipis di Pulau Pinang lima tahun lalu. Itu setelah dibantu oleh undi masyarakat India selepas undi penyokong MCA dan Gerakan beralih untuk satu Cina’ DAP.

Pada masa sama dalam lima tahun ini, pakatan pembangkang dikatakan kelihatan lebih terbuka dalam kalangan orang Cina. Dan lebih banyak hal yang masih boleh dirundingkan.
Justeru, dapat dilihat bagaimana dalam pilihan raya umum lepas, undi orang Cina lebih berpihak kepada DAP, yang mana MCA cuma menang 19 daripada 40 kerusi Parlimen, kebanyakannya tewas kepada DAP.

Kemudian, kerajaan BN seakan-akan lebih berlembut dengan MCA dan tunduk kepada gesaan MCA demi mendapatkan kembali undi kaum Cina. Keputusan PRU 2008 juga menjadikan MCA bergolak hebat, yang kemudian membawa kepada pemilihan 2008, EGM 2009 dan pemilihan semula pada 

Mac 2010 - yang menyaksikan bagaimana Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mampu memenangi kerusi Presiden dalam MCA. Ini selepas beliau sebelumnya meletak semua jawatan setelah skandalnya terbongkar pada Januari 2008.

Dan realitinya yang tidak dapat kita nafikan, pucuk pimpinan parti-parti politik Cina bukanlah kuasa atau penentu dalam menarik sokongan Cina. Atau dengan kata lain - berpengaruh.

Sebaliknya, ia terletak dalam tangan persatuan-persatuan Cina, yang sebenarnya berupaya menentukan jatuh bangun pucuk pimpinan parti terbabit. Kita tidak tahu kemungkinan Soi Lek sengaja’ diberi kemenangan menerajui MCA tempoh hari, yang kemudian akhirnya melemahkan parti itu sendiri, sekali gus BN?

Dan kalau kita perhatikan, parti-parti politik Cina kelihatan dimanipulasi untuk kepentingan kaum itu secara keseluruhannya.

Misalnya apabila DAP melaung-laungkan sesuatu tuntutan sebagai parti pembangkang, tidak lama kemudian MCA dan Gerakan akan menjadikan tuntutan DAP sebagai satu alasan untuk berunding dengan UMNO dalam BN. Seolah-olah, sekiranya perkara serupa tidak diberi kepada MCA, maka undi Cina akan berpihak kepada pembangkang.

Hal sama terjadi apabila MCA cuma menghenyak’ pakatan (penyokong DAP) dengan cuba menakut-nakutkan orang Cina dengan hudud. Maka, DAP akan menjadikannya sebagai buah tangan‘nya - kalau Pas tak buang hudud daripada ideologinya atau manifesto, undi Cina tidak akan diperoleh pakatan.

Dalam kedua-dua keadaan, kaum Cina secara umumnya mendapat habuan. Dan pada masa sama sedikit demi sedikit menggadaikan kepentingan kaum lain termasuk menjadikan hanya kaum itu sahaja dominan’, misalnya untuk perjuangan pendidikan Cina .

Ini dapat diperhatikan dalam pelbagai isu yang lepas atau sedang berlaku. Misalnya isu meritokrasi, penaiktarafan IPTS kepada universiti, Bible dalam bahasa Melayu, liberalisasi ekonomi dalam beberapa sektor dan beberapa lagi.

Di sana dalam masyarakat Cina, kita akan temui merata persatuan Cina, dewan-dewan perniagaan dan NGO-NGO mereka. Mereka kumpulan profesional dan pertubuhan berasaskan industri tertentu. Juga, adalah kumpulan berasaskan dialek dan suku kaum.

Persatuan dan pertubuhan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina. Barangkali dalam PRU-13, mereka telah menetapkan calon dan parti mana yang harus disokong oleh orang Cina.

Orang Melayu sepatutnya belajar daripada politik orang Cina. Orang Cina tidak mengambil kira parti apa pun atau ideologi mana pun. Yang utama kepentingan mereka terjaga.

Orang Cina Malaysia lebih celik politik. Mereka menjadikan politik sebagai salah satu jalan ke arah memastikan survival bangsa Cina di negara ini.

Sebilangan orang Melayu barangkali beriman’ dengan satu-satu parti. Dan kalau ‘menukar parti’ boleh diibaratkan sehingga sampai ke tahap ‘jatuh talak isteri’, murtad dan korban neraka.

Sedangkan masyarakat Cina cuma menjadikan politik salah satu wadah atau alat dalam memperjuangkan survival mereka. Orang Melayu perlu cerdik menilai masa depan - dalam lima tahun mendatang.

Jangan menang sorak, kampung tergadai.

Selasa, 30 April 2013

Tanjong Karang Akan Terus Dimajukan.




Masyarakat di kawasan Parlimen Tanjong Karang akan rugi dan ketinggalan daripada arus pembangunan sekiranya menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon BN Parlimen itu, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat kawasan Tanjong Karang selama ini telah menikmati pelbagai limpahan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN sejak sekian lama melibatkan pelbagai aspek sama ada ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya.

Malah beliau sendiri yang menyandang kerusi Parlimen itu selama empat penggal membawa pelbagai pembangunan kawasan itu termasuk memastikan kesejahteraan dan kehidupan rakyatnya terbela.

"Pada peringkat awal menjadi Ahli Parlimen kawasan ini, saya telah membantu merealisasikan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sungai Panjang yang dahulunya di bawah Parlimen Tanjong Karang.

"Kemudiannya saya juga berusaha mewujudkan pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk membina Sekolah Menengah Sungai Burong, masing-masing ketika saya menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran," katanya.

Noh berkata, usaha kerajaan BN membangunkan kawasan Tanjong Karang tidak terhenti setakat itu malah diteruskan dengan menyediakan infrastruktur pertanian seperti pengairan, pembinaan jeti, bantuan kepada petani dan nelayan semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Pembangunan dan bantuan itu termasuk peruntukan RM3.3 juta untuk pendidikan sepanjang tempoh 2010 hingga 2012, pembinaan rumah mesra rakyat, membaik pulih rumah rakyat miskin, rawatan kesihatan dan cermin mata percuma untuk rakyat," katanya.

Pada masa sama, katanya, BN telah menyediakan perancangan yang terbaik kepada rakyat Tanjong Karang sekiranya parti itu diberikan kepercayaan mentadbir Selangor dan Kerajaan Pusat selepas PRU-13 nanti.

Kata beliau, perancangan tersebut termasuk melibatkan projek menaik taraf jalan Tanjong Karang sedia ada kepada Lebuh Raya Pantai Barat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan itu selain pembinaan 
Hospital Tanjong Karang yang baharu di Sungai Burong.

"BN sentiasa berusaha untuk rakyat dan majukan kawasan Tanjong Karang. Kita laksana janji, jadi rugi jika rakyat jika tidak pilih BN," 

Rabu, 20 Mac 2013

GEMPAR...SI BANGSAT TIAN CHUA NAK SERANG TANJONG KARANG...



DIKHABARKAN MANUSIA BANGSAT TIAN CHUA NI NAK DATANG KE TG KARANG PADA HARI JUMAAT MALAM SABTU NI (22/03/2013). LOKASI DI BUS STAND PEKAN TG KARANG.

NAK BERCERAMAH KONONYA...

WAHAI ORANG2 TG KARANG SANGGUPKAH ANDA MEMBIARKAN SI BANGSAT NI PIJAK BUMI TANJONG KARANG?...

SI BANGSAT NILAH YANG MENYATAKAN KEMATIAN ANGGOTA KOMANDO 69 YANG TERBUNUH DI LAHAD  DATU ADALAH SANDIWARA POLITIK & MAINAN UMNO.

SI BANGSAT NI JUGA SECARA LANGSUNG DAH MENGHINA KEMATIAN ASKAR MELAYU...

Dikala seluruh rakyat Malaysia bersedih atas pemergian 8 orang pejuang negara dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada penceroboh Sulu, sanggupkah kita orang2 Tg Karang membiarkan Si Bangsat ni pijak bumi Tg Karang dan membiarkan juga si Bangsat ni terus menghina orang melayu...

 Psssttt... Pada aku Si Bangsat Tian Chua mesti dihukum!!! Cara macam mana aku rasa semua tahu apa yang patut dilakukan. Kena ajar si bangsat ni!!!

Isnin, 25 Februari 2013

GEMPAR...BETAPA TERDESAKNYA PR TG KARANG...



Lokasi banner ni terletak kt Kampung Bagan Pasir Tg Karang...

Takkan ni pun kerja org2 UMNO...

Kalau ikutkn banner2 PR kt Sekitar Pekan Tg Karang ni lg banyak bersepah2...tapi tak pernah pun ada yg kene sembur atau kene simbah dgn cat...



TERDESAK...
Mungkin itulah perkataan yg sesuai ditujukan kpd PR Tg Karang, mereka mula resah kerana rakyat khususnya penyokong PR Tg Karang dah mula BOSAN dan lebih memilih kerajaan BN yg lebih MENEPATI JANJI...

GEMPAR...PENERIMA BR1M TG KARANG ADALAH HAIWAN?...

Perhatikan foto2 di bawah ini...
Foto2 ini diambil semasa majlis penyerahan BR1M 2.0 baru2 ini di sekitar Parlimen Tg Karang...
Foto Penerima2 ini adalah terdiri drpd pemimpin2 dan peyokong2 tegar PKR, PAS & DAP sekitar Parlimen Tg Karang.

Nik Aziz kata penerima BR1M ni haiwan...
Jadi, apakah para penyokong PAS di bawah jemaah yang dipimpin Nik Aziz itu juga tergolong dari haiwan jenis “ayam” dan lembu”?



Korang semua tahu tak bahawa, yang menerima BR1M ni adalah dari semua kalngan rakyat? Bukan orang BN je yang dapat tau? Semua dapat. kalau la BN busuk hati dia tapis dan bagi pada penyokong dia saja macamana? Apa perasaan penyokong Pakatan kalau macam tu beb?



BN bagi kat semua dan setakat yang aku tau la, penyokong PAS la yang paing depan sekali untuk mengambil duit BR1M ni. Kerajaan bagi duit ambik tapi undi dan pangkah mesti PAS saja?



Tidakkah para penyokong PAS marah pada Nik Aziz yang menyifatkan mereka begitu hina martabatnya sedangkan mereka diciptakan Allah sebagai manusia yang merupakan ciptaan makhluk yang terbaik di alam ini.


Selain itu, bantuan BR1M itu juga diberikan kepada pelbagai kaum di negara ini seperti Cina, India, Benggali dan lain-lain kaum yang bukan beragama Islam.

Apakah Nik Aziz tidak rasa bersalah mempamerkan akhlak seorang “Tok Guru” yang berimej Islam dengan menghina mereka sebagai haiwan?

Apa pula pandangan mereka terhadap Islam bila dihina oleh seorang “Tok Guru” yang kononnya pemimpin Islam?

BR1M itu bukanlah “gula-gula” pilihanraya kerana ia pernah dua kali diberikan kerajaan BN kepada rakyat Malaysia dan ketika bantuan demi kebajikan rakyat itu dihulurkan bukanlah di musim pilihanraya pun. Cuma kali ini kebetulan saja PRU ke-13 itu dikatakan begitu hampir…

 
Sungguh hinanya Kamu meneirma Rezeki yang Allah Beri Sampai Digelarkan Binatang
Ingat Semua Penerima BR1M,Kamu Semua Adalah Binatang!!
Binatang!!
Binatang!!
PRU13 Jangan lah kita beri undi kepada orang yg samakan kita macam Binatang Disebabkan menerima Rezeki yang Allah Taala Beri.



Anggapan Nik Aziz terhadap rakyat yang memerlukan

Rabu, 20 Februari 2013

Usaha Atasi Siput Gondang, Padi Angin Diperluas.




TANJONG KARANG 19 Feb 2013. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan program Taklimat Kawalan Pergerakan Jentera Pertanian di seluruh negara bagi membendung masalah siput gondang dan padi angin yang menjadi punca kemerosotan pengeluaran hasil pertanian itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, program tersebut dilihat penting memandangkan siput gondang dan padi angin merupakan ancaman utama yang dihadapi majoriti penanam padi di negara ini.

Menurutnya, meskipun kerajaan memberikan subsidi racun kepada para petani berjumlah RM200 bagi setiap hektar, langkah itu belum cukup untuk memastikan kedua-dua masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya.

"Kita sedia maklum masalah siput gondang dan padi angin turut disumbangkan oleh pergerakan jentera pertanian dari satu negeri ke negeri yang lain. Mesin berkenaan sentiasa bergerak sama ada dari Kedah ke Selangor, Pahang, Perak dan sebagainya.