sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 29 Julai 2013

Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Amanah Berat - Noh Omar.



TANJUNG KARANG, 28 Julai 2013 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan jawatan baharu yang disandangnya itu sebagai amanah berat dan bukannya sesuatu untuk dibangga-banggakan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan untuk beliau menerajui UMNO Selangor.

Noh, yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM1.1 juta kepada 18 sekolah menengah dan rendah, 120 surau dan 28 masjid di kawasan parlimennya pada majlis berbuka puasa di Sungai Burong, Tanjung Karang.

"Barisan Nasional kena rapati rakyat dan terus berusaha yakinkan mereka bahawa Barisan Nasional lebih baik daripada pakatan rakyat," tegasnya.

Menurutnya, antara isu yang akan terus diberi perhatian untuk tindakan lanjut ialah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam pada itu, Noh berkata beliau telah turun ke 20 bahagian UMNO di Selangor untuk merapatkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan dengan pemimpin parti.

"Ini kerana tidak ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak ada kekuatan tanpa perpaduan," katanya.

Selasa, 2 Julai 2013

TAKTIK LICIK PAKATAN SELANGOR BUAT PERTUKARAN DATUK SAM DENGAN ANWAR!!!




Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias menyifatkan tawaran jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor (PAC) kepadanya oleh kerajaan negeri sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.
 
Katanya, jika benar tawaran itu ikhlas, jawatan berkenaan sepatutnya diberikan tanpa syarat supaya kerajaan persekutuan pula melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua PAC.
 
"Mereka nak bagi jawatan Pengerusi PAC di Selangor, dengan syarat di (peringkat) persekutuan pun buat juga. Jadi saya ingat perkara ini tiada keikhlasan, jadi kalau tiada keikhlasan, kita tak perlu menerima. 
 
"(Saya menolak) atas asas itulah, sebab ia bersyarat. Kalau nak beri, berilah terus," katanya yang ditemui pemberita selepas penangguhan sidang DUN di sini bagi sesi pagi.
 
Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong selama tiga penggal berturut-turut pernah ditawarkan jawatan yang sama pada penggal lalu. Namun, katanya, beliau terpaksa menolak kerana memikirkan tentang prinsip dan maruahnya sebagai wakil rakyat BN.
 
Menurut beliau, perkara itu diputuskan setelah berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti di peringkat negeri.
 
Sebelum ini, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berjumpa dengan Shamsudin untuk menawarkan jawatan itu kepada beliau dalam masa terdekat. 
 
Yeoh berkata, penawaran berkenaan adalah salah satu 'tanda' yang menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan demokrasi.
 
Ketika ditanya mengenai cadangan kerajaan negeri yang mahu mewujudkan pilihan raya majlis tempatan, Shamsuddin berkata perkara tersebut perlu kajian sedalam-dalamnya.
 
"Adakah ini mendatangkan kesan dari segi dasar, menentukan 'unity'... itu antara perkara-perkara yang perlu dibincangkan... asas dan rasionaliti kepada penubuhan pilihan raya itu.
 
"Bukan semata-mata kita mahu perubahan, kita buat berdasarkan asas pendemokrasian. Pendemokrasian mestilah berasaskan rasionaliti yang boleh memberikan manfaat melebihi kemudaratan," katanya.