sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 27 April 2015

30 FAKTA PENYELEWENGAN PAKATAN SELANGOR!


1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila membeli hutang syarikat korporat Talam Corp. bernilai RM392 juta menggunakan wang rakyat.

2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corp seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN.

3. Kerajaan Negeri MEMBATALKAN PEMBINAAN UITM Selangor di Serendah , Hulu Selangor.

4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat yang diamanahkan kepada YBK di Hulu Selangor

5. Kerajaan Negeri MENUTUP INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN UNTUK BUMIPUTERA -  Institut kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

6. Kerajaan Negeri menyita , mendenda dan menyewa tanah -  tanah untuk projek terusan dan kolam takungan padi di Tanjung Karang

7. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangor (UNISEL) dengan baik sehingga ia mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru amat ketara.

8. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membelanjakan RM 800, 000 dalam program sambutan hari jadi Yayasan Selangor.

9. Kerajaan Negeri GAGAL MENGURUSKAN PERLOMBONGAN yang mengakibatkan kecurian pasir dan kerosakan alam sekitar.

10. kerajaan Negeri MENIPU DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat apabila GAGAL MENGUTIP RM 150 juta hasil pasir di negeri Selangor.

11. Kerajaan Negeri gagal mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd secara cermat dengan memberi bonus yang tidak munasabah kepada kakitangan syarikat tersebut.

12. Kerajaan Negeri gagal menguruskan Institusi Pejabat Menteri Besar dengan baik sehingga ada intipan kamera litar dalam bilik Menteri Besar.

13. Kerajaan Negeri gagal mengurus kontrak bekalan kerajaan tempatan dengan baik sehingga berlaku Surat Sokongan oleh Ahli Majlis dan pengerusi JKKK Kampung Baru untuk mendapatkan kerja kontrak.

14. Kerajaan Negeri menyeleweng bila mana Exco dari Pandamaran di biar lepas bebas walaupun dia menggunakan kepala surat dan Cop beliau untujk melobi kerja kontrak.

15. Kerajaan Negeri gagal mentadbir PKNS dengan baik sehingga ia telah MENGGADAIKAN SEMUA HARTANAH PKNS kepada REIT, yang mengakibatkan PKNS sekarang tidak punya premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan untuk beroperasi

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.

17. PKNS telah MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT dengan membiayai sebanyak RM520,000 untuk majlis perkahwinan angkasawan negara seperti yang disebut dalam sidang DUN.

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar RM731,000 kepada sebuah syarikat yang melaksanakan perkhidmatan tele marketing.

19. PKNS telah membazir wang rakyat sebanyak RM935,000 kepada konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

20. Kerajaan Negeri GAGAL MENGURUS AIR DI SELANGOR DENGAN BAIK sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014.

21. Kerajaan Negeri juga GAGAL MEMBERIKAN AIR PERCUMA seperti yang disebut dalam manifesto mereka dalam pilihanraya 2008. Mereka sebaliknya menipu rakyat dengan memutarbelitkan dan mempolitikan isu air yang akhirnya rakyat akan jadik mangsa apabila akan  berlaku krisis air pada tahun 2014.

22. Kerajaan Negeri menipu rakyat apabila membentangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM50 billlion pada tahun lalu namun sehingga sekarang ia belum dilaksanakan.

23. Kerajaan Negeri Selangor melalui Exconya dari DUN Pandamaran telah menghalang penguatkuasaaan sekatan JUALAN ARAK MBSA di Shah Alam.

24. Kerajaan Negeri Selangor telah membiarkan institusi masjid menjadi gelanggang politik.

25. Kerajaan Negeri gagal mengurus sumber kewangan dengan baik pada tahun 2008, di mana defisit belanjawan menjadi RM 49 juta, kemudian pada  2009 defisit menjadi RM66 juta dan meningkat lagi pada 2010 menjadi lebih RM144 juta. Berbanding dengan zaman pemerintahan BN pada tahun 2006 iaitu RM72.5 juta dan 2007-surplus belanjawan sebanyak  RM131.8 juta.

26. Kerajaan Negeri TIDAK CEKAP dalam merancang dan mengurus kewangan negeri apabila telah MEMOHON 3 KALI PERBELANJAAN TAMBAHAN bagi tahun 2010 iaitu pada Mac 2010 sebanyak RM69 juta, Julai RM117 juta dan November 2010 sebanyak RM8 juta.

27. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM330,367.96 untuk kos rawatan YB Dr Cheah Wing Yin di pusat Perubatan Sunway akibat kemalangan . Kenapakah perlu beliau menerima rawatan di pusat perubatan swasta yang sudah diketahui tinggi perbelanjaannya berbanding dengan pusat perubatan kerajaan. Ini merupakan dasar bermewah-mewahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

28. Kerajaan Negeri lebih pro mengutip hasil cukai pusat hiburan yang kini terdapat lebih dari 4000 premis hiburan, spa, pusat urut dan pusat judi di Negeri Selangor.

29. Kerajaan Negeri MENYALAHGUNAKAN kepala surat pejabat Menteri Besar untuk mengutip dana parti sewaktu 1000 hari pentadbiran kerajaan negeri.

30. Kerajaan Negeri telah engkar kepada pelbagai titah DYMM Sultan Selangor yang amat dukacita dengan pelbagai kelemahan pentadbiran di Negeri Selangor.

Rabu, 22 April 2015

Pakatan Pembangkang Gagal Di Selangor


Ketika Pakatan Pembangkang menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalinya sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri ini.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Pembangkang Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 & 13 bermacam-macam gula politik dihidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Pembangkang muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.
Setelah hampir 8 tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah ‘harapan baru’ yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.
Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Pembangkang.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, rakyat Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini Pakatan Pembangkang telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yang dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru di bawah Pakatan Pembangkang.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan beberapa pemimpin pakatan rakyat sehingga kini didiamkan.

Jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Pembangkang akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri ini.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Pembangkang juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM1,500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?
Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 14 kini semakin hampir dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.