sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 19 Jun 2012

LPP Buka Kilang Mengetin Ikan Keli di Kampung Sg Yu Tg Karang.


Tanjong Karang, 19 Jun 2012 -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjong Karang (PPKTK), membuka sebuah kilang mengetin ikan keli dalam usaha membantu penternak di daerah ini mengatasi masalah lambakan ikan tersebut.

Pengerusi PPKTK Sahri Siwar berkata kilang bernilai RM1.7 juta itu, yang beroperasi Selasa, dapat membantu menjana pendapatan penternak ikan keli melalui produk dalam tin yang bakal diusahakan usahawan di bawah bimbingan PPKTK.

Beliau berkata kilang itu dilihat sebagai alternatif bagi mengatasi lambakan ikan keli selain menjadikan bidang akuakultur sebagai satu cabang perniagaan yang menguntungkan.




"Pada peringkat permulaan, kilang itu memerlukan 600 kilogram ikan sehari bagi menghasilkan 2,000 tin seberat 285 gram setiap satu," katanya kepada pemberita selepas perasmian kilang itu, yang terletak di Kampung Sungai Yu, Mukim Hujung Permatang oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Noh berkata kilang tersebut selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara yang bertujuan menangani isu bekalan makanan di Malaysia.

"Kilang ini bukan sahaja untuk mengetin ikan keli, malah agensi lain yang mahu mengetin produk mereka seperti burung puyuh dan nanas boleh gunakan kilang ini," katanya sambil menambah penubuhan kilang itu akan memanfaatkan 137 penternak ikan keli bimbingan PPKTK dan Jabatan Perikanan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan