Mereka sudah melaburkan wang untuk memastikan ada infrastruktur untuk bekalan air disalurkan. Perlulah mengharapkan pulangan pelaburan yang setimpal. Khalid mahu memaksa mereka menjual pada harga RM6 billion sedangkan nilai hampir mencecah RM9 billion.
Sudahlah itu, rizab kerajaan negeri tak sampai RM1 billion. Nampaknya dia mahu pinjam dari Bank. Dari perlu kerajaan negeri pinjam dan kerajaan pusat perlu garantee, lebih baik dibina saja Loji Sungai Langat 2.
Isu loji Sungai Langat 2 adalah untuk bersihkan air yang mana akan disalurkan dari Pahang. Bahagian belah Pahang telah siap tetapi Khalid Ibrahim berdalih-dalih untuk bahagian sebelah Selangor.
Antara dalih-dalih Khalid yang kami ambil dari tulisan blog Dr Khir Toyo adalah berikut:
1. Khalid kata dia ada sumber bekalan air yang lain seperti lombong dan teknologi terkini boleh diguna untuk membersih. Itukah tujuan penggunaan lombong pasir haram ke? Hingga hari ini, cadangan ini jadi bahan lawak. Apakah teknologi yang dimaksudkan? Cukupkah lombong dan sungai yang ada untuk menampung? kosnya pasti lebih tinggi!
2. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014. Khalid boleh berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak tetapi tidak satu kajian pakar yang dikemukakan.
3. Khalid beri alasan cari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya tetapi ini tidak masuk akal. Kerajaan Pusat telah bina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal hanya Loji Air Langat 2. Pembinaan empangan pun tidak mengambil wang kerajaan negeri.
4. Beliau membuat pelbagai kenyataan seolah-olah jika dibina loji air tarif air akan naik dan rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif atau kos proses air kerana ianya hanya projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang cukup bekalan.Jika Khalid kata air cukup, kenapa dia sedia terima bekalan air dari Loji Sungai Pusu yang dibina kerajaan pusat? Maknanya diasedar ada masaalah bekalan air akan menimpa. Dengarnya Loji itu diusahakan kerajaan negeri dan masyukkk kroninya ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan