sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Khamis, 21 Januari 2016

Tahniah Barisan Nasional Tanjong Karang!!!... Andalah yang terbaik membela nasib rakyat...


Tahniah BN Tanjong Karang...walaupun kaum cina tidak memberi undi pada pru 13 yang lepas, bantuan tetap dihulurkan kepada kaum Cina Pasir Penambang yang ditimpa musibah dilanda ribut baru-baru ini. 


Semalam 20/01/2016 lebih kurang jam 6.00 petang, Datuk Seri Noh Omar Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor melakukan lawatan mengejut ke Pasir Penambang melawat mangsa serta meninjau kemusnahan dari ribut tersebut. 


Setiap kali berlaku bencana, setiap kali itulah segala bantuan akan diminta oleh masyarakat cina. 

Apabila dibuat program makan besar, mereka akan ramai-ramai keluar dan menunjukkan tanda sokongan. Tapi bila undi dikira, mereka masih tidak menyokong BN. 


Kalau difikirkan semua persoalan-persoalan ini, kita akan mempunyai seribu satu macam alasan untuk kita tidak berpuas hati dengan sikap kaum cina ini. 

Tapi tak perlulah kita analisa dalam-dalam. Buat penat saja. Sekilas ikan di air, tahu kita sama ada jantan atau betina.

Tongkat Melayu semua mereka suruh buang jauh-jauh, rupa-rupanya bila Melayu buang tongkat, mereka yang kutip dan pakai. Tak guna betul… mereka tipu Melayu hidup-hidup!!!

Isnin, 23 November 2015

Pelik Tapi Benar : PAS Pembangkang di P.Pinang Tapi Tidak di Selangor


PAS telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai melihat PAS juga perlu berbuat demikian di Selangor.

Ramai berpendapat pendirian PAS itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.

PAS perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Hakikatnya PAS adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan semua yakin jika PAS tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.


Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan PAS yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan Harapan.

Tindakan PAS Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.

Anehnya, kenapa PAS tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?...

Khamis, 12 November 2015

Tak Perlu Dapat Undi Banyak Nak Dapat Jawatan Dalam DAP


Akhabar China Press bertarikh 5 November 2015 menyiarkan artikel mengenai keputusan pemilihan DAP Selangor 2015 pada 1 November lalu yang menyaksikan 15 orang dipilih.

Artikel bertajuk ‘Penyelewengan rompak masa depan DAP’ yang ditulis oleh Lim Fang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13. 

Dalam pemilihan DAP negeri kali ini, seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) pusat bernasib baik dapat mengekalkan jawatan mereka. Pada pemilihan akan datang adakah mereka masih bernasib baik lagi, mereka hanya boleh berdoa. 

Walaupun nama Tony Pua itu begitu hebat setinggi langit, tetapi dalam pemilihan berkenaan, beliau hanya berada pada kedudukan kelapan, berbanding orang yang tiada nama yang mendapat sokongan tertinggi sebanyak 736 undi. 

Walaupun orang seperti itu mendapat undi terbanyak, beliau tidak mampu menjadi Pengerusi DAP Selangor, sebaliknya Tony Pua yang mendapat hanya 495 undi dalam pemilihan berkenaan dilantik sebagai pengerusi. 

Ini jelas menunjukkan DAP hanya dikawal oleh segelintir orang yang mempersendakan kuasa perwakilan untuk memilih calon yang mereka rasakan paling layak. Undi paling banyak diterima ketika pemilihan bukanlah faktor yang membolehkan seseorang itu dilantik menjawat jawatan tertinggi peringkat negeri. 

DAP sebelum ini pernah mengejek Barisan Nasional (BN) kerana memerintah Kerajaan Pusat dengan sokongan undi daripada 48 peratus rakyat sahaja. Kini perkara sama berlaku apabila individu yang mendapat sokongan antara 30 hingga 40 peratus perwakilan pada pemilihan dilantik menjawat jawatan tertinggi parti di Selangor. Mereka ini menjadi pemimpin yang tidak tahu malu apabila menerima pelantikan berkenaan. 

Perkara sama berlaku di peringkat DAP kebangsaan apabila individu yang telah melanggar disiplin parti, melakukan salah guna kuasa dan rasuah dengan mudah dapat masuk ke dalam kumpulan kepimpinan pusat. 

Dalam pada itu, ada pula sesetengah pemimpin DAP dianiaya dan dibuang daripada parti tanpa bukti-bukti kesalahan yang kukuh seperti bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee. 

DAP suka menggunakan budaya ‘merompak’ dan ‘merampas’. Ada sesetengah pemimpin generasi baru yang aberprestasi bagus apabila kelihatan mengancam pucuk kepimpinan, mereka akan dihambat. 

Hanya mereka yang tunduk patuh kepada pucuk pimpinan tidak akan diburu. Sehingga ke hari ini, dalam DAP ada beberapa orang sahaja yang berkuasa. Selepas DAP mula berkuasa pada 2008, konsep dan hala tuju sebenar parti itu telah berantakan kerana pemimpin terbabit hanya mengejar kepentingan sendiri. 

Usaha untuk menjadikan DAP parti berbilang kaum juga telah menempuh jalan sempit setelah tiga wakil Melayu yang bertanding dalam pemilihan peringkat Selangor baru-baru ini tewas. Mereka ini tiada tapak untuk berdiri dan menerajui DAP. 

Tony Pua telah melantik tiga wakil Melayu dalam kepimpinan DAP Selangor yang baharu sebagai ganti. Adakah mereka mampu menjadi batu loncatan kepada penerokaan untuk DAP menjadi sebuah parti pelbagai kaum, itu masih lagi menjadi tanda-tanya. 

Walaupun DAP semakin menjadi kesayangan orang Cina, penyelewengan dan salah guna melibatkan pemimpin parti itu akan terus menjadi-jadi terutama apabila mereka mendapat lebih banyak kuasa pemerintahan pada masa depan. 

TETAP MEMIMPIN WALAUPUN UNDI KECIL 

Keputusan pemilihan DAP Selangor baru-baru ini turut diulas akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 7 November 2015 menerusi artikel yang ditulis oleh Chang Long Yan bertajuk ‘Corak semakin lama semakin sempit’ dalam ruangan Pendapat halaman B9. 

DAP Selangor baharu sahaja menamatkan pemilihan parti. Daripada 15 AJK pusat yang dipilih, Tony Pua berada dalam kedudukan kelapan iaitu lebih teruk berbanding keputusan pemilihan yang lepas apabila beliau berada di kedudukan keenam. Walaupun dalam laman Facebook beliau mempunyai 270,000 orang yang menekan butang Like, perkara itu tidak membantu meningkatkan kedudukannya dalam pemilihan parti. 

Tidak kira apa yang berlaku dalam pemilihan kali ini, Tony Pua tetap dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor. Undi sedikit diterima beliau dalam pemilihan berkenaan menunjukkan terdapat kalangan perwakilan yang tidak yakin dengan kepimpinannya. 

Baru-baru ini, nama Tony Pua begitu masyhur disebabkan beliau ‘berani’ mencabar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat secara terbuka. 

Tidak disangkanya cabaran itu terus diterima oleh Arul Kanda tanpa sebarang syarat. Selepas itu, Tony Pua meletakkan syarat iaitu perdebatan berkenaan perlu disiarkan secara langsung melalui televisyen dan hanya beliau yang boleh menyoal manakala Presiden 1MDB itu tidak boleh bertanya apa-apa. 

Pemimpin parti roket memang suka mencabar orang lain serta gemar mencari keburukan itu dan ini. Hakikat berkenaan bukan perkara baharu kepada kita. Jika diimbau kembali sejarah, pada pilihan raya umum (PRU) 1982, Lim Kit Siang yang ketika itu Setiausaha Agung DAP telah mencabar Presiden MCA ketika itu, Lee San Choon untuk memilih bertanding di salah satu daripada 12 kawasan Parlimen majoriti Cina untuk membuktikan MCA tidak mengharapkan sokongan undi orang Melayu untuk menang. 

Tetapi Kit Siang tidak menjangkakan bahawa San Choon akan menerima cabaran itu. Di saat akhir, Kit Siang menarik diri dan meminta Presiden DAP, Dr. Chen Man Hin mengambil alih pertarungan itu. Akhirnya San Choon menang dengan majoriti 845 undi. 

Berbalik kepada cabaran Tony Pua terhadap Arul Kanda, walaupun isunya berbeza, terdapat persamaan dengan perlakuan pemimpin DAP pada 1982 yang cenderung mengarahkan orang lain buat itu dan ini tetapi di saat akhir menarik diri. Mereka kemudiannya mencari orang lain sebagai pengganti untuk dijadikan mangsa.

Kenaikan Tarif Air Selangor Tidak Munasabah - Khalid Ibrahim .


Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah kerana bercanggah dengan matlamat asal penyusunan semula industri air di negeri itu.


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sepatutnya kenaikan tarif air hanya boleh dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya dan kenaikan itu tidak melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menggesa satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan agar dapat memantau penetapan tarif itu.

“Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.


“Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat,” katanya yang turut mempersoalkan syarikat manakah yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.

Katanya, selain menaikkan tariff air, kerajaan negeri yang mengawal sepenuhnya industri air boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.

“Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah ‘harga’ dan ‘kos’ yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid juga menasihatkan agar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.

“Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang,” katanya.
Khalid turut membidas Pakatan Harapan yang sering mencari kelemahan pihak lain tetapi mendiamkan diri terhadap kepincangan yang berlaku di Selangor.

Katanya, Pakatan Harapan perlu berhenti bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era Barisan Nasional disamping menunaikan tawaran dalam manifesto PRU13.

Selangor Jimat RM800j Jika Tidak Politikkan Isu Air.


Kerajaan negeri boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM800 juta sekiranya tidak melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang dirancang khusus bagi menangani masalah bekalan air bersih untuk rakyat.

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, meskipun kerajaan negeri menyatakan telah memberi kelulusan terhadap beberapa permohonan dan dokumentasi Langat 2 pada Julai lalu, namun pembinaan projek itu sepatutnya sudah siap dan mula beroperasi tahun lalu sekiranya mereka memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat lebih awal lagi.

“Itu sebab selama ini kita (UMNO Selangor) memberi penekanan kepada kerajaan negeri supaya tidak mempolitikkan isu air dengan membenarkan Langat 2 dibina dan disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun lalu. 

“Namun, akibat tindakan kerajaan negeri melengah-lengahkan projek itu sebelum ini, maka Langat 2 tidak dapat disiapkan mengikut tempoh dirancang. Sebaliknya pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan dan dijangka siap pada 2019 sedangkan pembinaannya dirancang sejak 2008.

“Hari ini, kerajaan negeri dilaporkan mahu bina loji rawatan air baharu dan untuk membinanya difahamkan menelan belanja RM800 juta. Sepatutnya loji ini tidak perlu dibina sekiranya kerajaan negeri bersetuju lebih awal dengan projek Langat 2,” katanya kepada pemberita di sini. 

Isnin lalu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dilaporkan akan membina dua loji rawatan air baharu iaitu Loji Rawatan Air Semenyih 2, Hulu Langat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat yang menelan belanja sebanyak RM800 juta sementara menanti siapnya projek Langat 2. 

Pembinaan itu menurut Mohamed Azmin adalah bagi mengurangkan krisis kekurangan bekalan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri negeri yang mana proses tender bagi kedua-dua projek itu masing-masing akan bermula pada Disember tahun ini dan Mac tahun depan.

Selasa, 10 November 2015

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di Selangor Tidak Logik - Noh Omar


UMNO Selangor tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Selangor.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Saya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka sempena Sambutan Deepavali di Batu Caves pada Selasa.

Beliau menjelaskan, dakwaan itu tidak logik kerana jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran.

“12 ADUN campur 15 ADUN jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet.

UMNO Selangor mempunyai 12 kerusi di Selangor manakala Pas hanya tinggal 13 kerusi selepas dua ADUN menyertai Parti Amanah Negara.

Husam dalam satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini mendakwa, Abdul Hadi sedang mempertimbangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor.

Isnin, 9 November 2015

Anak Mb Selangor Dikehendaki Polis. Polis Minta Azmin Tidak Persoal Tindakan Panggil Anaknya.


Polis meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung pembabitan dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah.

"Maknanya, polis memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal tanpa menunggu notis dikeluarkan," katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis yang meminta anaknya hadir memberikan keterangan di balai polis walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.

Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL di sini, hari ini.

Menurut notis itu, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir 10 pagi hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Tajuddin berkata, berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis itu.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan hari ini kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.

Mohamed Azmin juga dilaporkan berkata bahawa anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis.