sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 1 Mei 2017

Muktamar Pas: DAP musuh lebih besar berbanding UMNO - Perwakilan

 


ALOR SETAR: Perwakilan Pas Pulau Pinang hari ini menyifatkan parti DAP sebagai musuh parti itu yang jauh lebih besar berbanding parti UMNO.

Menurut Yusni Mat Piah, ini dapat dilihat menerusi tindakan DAP yang secara berulang kali menentang agenda Islam yang dibawa oleh Pas dengan mengambil contoh pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355 yang dibawa oleh Pas.

"Kita tidak perlu kemuka hujah yang banyak.

"Terbaru, kita lihat bagaimana mereka (DAP) menentang pelaksanaan RUU355," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di hari kedua Muktamar Pas Pusat Ke-63 di sini hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang berkata Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Hadi turut memberikan contoh tentang usul pindaan RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan