sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 30 April 2013

Tanjong Karang Akan Terus Dimajukan.




Masyarakat di kawasan Parlimen Tanjong Karang akan rugi dan ketinggalan daripada arus pembangunan sekiranya menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon BN Parlimen itu, Datuk Seri Noh Omar berkata, rakyat kawasan Tanjong Karang selama ini telah menikmati pelbagai limpahan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN sejak sekian lama melibatkan pelbagai aspek sama ada ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya.

Malah beliau sendiri yang menyandang kerusi Parlimen itu selama empat penggal membawa pelbagai pembangunan kawasan itu termasuk memastikan kesejahteraan dan kehidupan rakyatnya terbela.

"Pada peringkat awal menjadi Ahli Parlimen kawasan ini, saya telah membantu merealisasikan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sungai Panjang yang dahulunya di bawah Parlimen Tanjong Karang.

"Kemudiannya saya juga berusaha mewujudkan pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk membina Sekolah Menengah Sungai Burong, masing-masing ketika saya menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran," katanya.

Noh berkata, usaha kerajaan BN membangunkan kawasan Tanjong Karang tidak terhenti setakat itu malah diteruskan dengan menyediakan infrastruktur pertanian seperti pengairan, pembinaan jeti, bantuan kepada petani dan nelayan semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Pembangunan dan bantuan itu termasuk peruntukan RM3.3 juta untuk pendidikan sepanjang tempoh 2010 hingga 2012, pembinaan rumah mesra rakyat, membaik pulih rumah rakyat miskin, rawatan kesihatan dan cermin mata percuma untuk rakyat," katanya.

Pada masa sama, katanya, BN telah menyediakan perancangan yang terbaik kepada rakyat Tanjong Karang sekiranya parti itu diberikan kepercayaan mentadbir Selangor dan Kerajaan Pusat selepas PRU-13 nanti.

Kata beliau, perancangan tersebut termasuk melibatkan projek menaik taraf jalan Tanjong Karang sedia ada kepada Lebuh Raya Pantai Barat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan itu selain pembinaan 
Hospital Tanjong Karang yang baharu di Sungai Burong.

"BN sentiasa berusaha untuk rakyat dan majukan kawasan Tanjong Karang. Kita laksana janji, jadi rugi jika rakyat jika tidak pilih BN,"