sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 1 Mei 2017

Muhyiddin `Presiden Boneka' PPBM?


YA, benar rumusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mana satu imam atau nakhoda PPBM? Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Kalau diteliti betul-betul, nampaknya tuan punya parti itu ialah Dr. Mahathir? Satu kapal dua nakhoda mana boleh. Lagipun Dr. Mahathir benar-benar dominan.

Kalau laporan mengenai aktiviti dan pergerakan PPBM, semua kenyataan akan berkepalakan Dr. Mahathir. Muhyiddin senyap dan membatu seolah-olah hanya `presiden boneka'.

Mahathirisme mencengkamnya.

Dominasi beliau mengakibatkan orang kanan PPBM bertahan sekejap sahaja. Datuk Mohd.Ezam Mohd. Nor, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaharu, antara pengasas parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman turut cabut lari keluar kerana kecewa dengan hala tuju parti itu.

Gerak kerja PPBM cukup lemah setakat ini dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menjadi ahlinya.

Dr. Mahathir membuktikan dia seorang diktator politik. Kerana sifat diktator politik inilah, beliau mencantas semua pimpinan UMNO dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya - dari Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau jugalah pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu.

`Kiblat' PPBM pun bercelaru. Apa objektif penubuhannya pun masih jadi persoalan. Cacamarba. Diwujudkan hanya untuk meletakkan anak Dr. Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan melunaskan dendam kesumatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri manakah yang  berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang (dikecualikan Tun Abdul Razak). Bukankah dia Dr. Mahathir?

Sebab itu tidak hairanlah mengapa Abdul Hadi memutuskan hubungan dengan PPBM selain memandang sepi tawaran dan pelawaan masuk Pakatan Harapan yang dikepalai DAP.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan