sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 22 Mei 2012

Rakyat Bakal Sengsara - MB Khalid Akan Jadikan Selangor Sebuah Syarikat Korporat!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?

"Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit," katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.


Hadir sama Anggota Parlimen Hulu Langat P Kamalanathan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Noh berkata selain isu air, kenaikan cukai pintu juga merupakan bukti betapa kerajaan Selangor mementingkan wang ringgit tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Dalam menifesto pada pilihan raya lepas mereka kata nak turunkan cukai pintu 20 peratus, tetapi baru-baru ini di beberapa kawasan antaranya Taman Ampang Pecah kadar cukai pintu naik. Jika nak naik (cukai pintu) perkhidmatan semakin bagus tidak mengapa.

"Tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti pungutan sampah timbul macam-macam masalah. Tidak kah ini menunjukkan bahawa kadar cukai pintu naik adalah untuk kepentingan wang ringgit sahaja?," soal beliau.


Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.

Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3.6 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.


Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang. Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku?

Apa sahaja akan dijadikan business option kepada mereka. Walaupun mereka perlu risikokan rakyat, itu semua tidak penting asalkan sahaja poket mereka penuh. Banyak contoh-contoh yang pernah berlaku sebelum ini.

Rakyat Selangor tidak akan lupa insiden April lalu yang mana sebanyak 29 gerai ibu tunggal di Seksyen 24, Shah Alam yang dirobohkan walaupun tanah tapak perniagaan tersebut dianugerahkan oleh Sultan Selangor.

Manakala di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya pula, bagi mendapatkan dan menukarkan tanah rizab melayu kepada tanah pembangunan kondo, Elizabeth Wong dapat makan upah RM 2 juta!

Itu antara penindasan kepada golongan Melayu yang dilakukan Pakatan Haram Selangor! Tak keterlaluan kalau nak dikatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah Kerajaan Materialistik! Yang menjadi mangsa adalah rakyatnya sendiri. Fikir-fikirkan lah...!!!

Sumber : Belantan
             : ocean 13

Panas!!!...Video Ustaz Kamal Saidin Buat Puak-Puak Pakatan Bernanah Telinga di Kampung Melaka Bagan Tengkorak Tg Karang...

Isnin, 21 Mei 2012

Parasit-parasit Anwar Gagalkan Muzakarah PAS-UMNO


Datuk Hasan Ali, Bekas Naib Presiden PAS berkata muzakarah di antara PAS dengan UMNO menemui jalan sukar kerana disabotaj oleh parasit-parasit pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

“Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa engagement(rundingan) dengan pihak UMNO pada satu ketika telah sampai ke satu tahap untuk memeterai persetujuan bersama. Malangnya hasrat dan cita-cita murni itu menemui kegagalan.

“Ini disebabkan kuatnya pengaruh anti pergabungan Pas dan UMNO ketika itu yang didalangi oleh parasit-parasit serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui proksi-proksinya dalam saf kepimpinan parti Islam itu,” katanya ketika diwawancara Mingguan Malaysia.

Menurutnya, kegagalan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat yang dikemudikan oleh Anwar itu menyebabkan parti itu terpalit dengan agenda-agenda yang selama ini ditentang oleh parti itu, termasuklah isu Kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

“Sejak dari awal, atas desakan parasit-parasit dalam Pas dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas memang sudah silap memilih rakan kongsi politiknya. Mana mungkin Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang mempertaruhkan jiwa raga dan mayatnya sebelum membolehkan Pas menegakkan Islam berlandaskan al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

“Mana mungkin Pas boleh tidur sebantal dengan DAP apabila Setiausaha Agungnya menegaskan apa pun yang hendak dilakukan oleh Pas dan PKR yang ada kaitan dengan Islam mesti terlebih dahulu dirujuk dan mendapat persetujuan DAP sebagai tanda kebersamaan ketiga-tiga parti komponen dalam menangani isu-isu sensitif seperti hudud dan negara Islam”.

Menurutnya, kerjasama PAS dalam PR mengalami jalan sukar kerana DAP akan menjadi penghalang utama cita-cita PAS mencapai matlamatnya.

Begitu juga meletakkan ‘Buku Jingga’ sebagai matlamat menggantikan Al Quran dan AsSunah ditolak oleh ahli bawahan PAS.

“Menimbulkan semula isu hudud adalah langkah yang paling logikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Inilah satu-satunya talian hayat yang ada pada parti Islam ini dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat faham jika talian hayat ini tidak digunakan pada masa dan ketika yang sangat diperlukan, Pas mungkin akan tersembam ke bumi akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya tersebut”.

Khamis, 17 Mei 2012

Tunku Abdul Aziz Buktikan Apa Erti Melayu Di Dalam DAP...


Wawancara di NTV7 beberapa malam yang lepas benar-benar memberi pengertian yang mendalam dan maksud boneka bagi dalam memastikan orang Melayu terus dibuai dengan pembohongan bahawa DAP itu parti yang bersikap terbuka, dan penuh demokrasi.
Taktik DAP dengan memberi pangkat dan jawatan kepada ahli bukan Cina bukanlah satu rahsia, di mana tujuannya untuk menarik undi Melayu semata.
Namun, pangkat dan jawatan adalah “wayang kulit”, di mana hak untuk bersuara tidak sama sekali wujud, kecuali memberi keuntungan politik DAP.
Apa yang berlaku terhadap Tunku Abdul Aziz, yang berkeputusan untuk keluar parti seperti yang beliau umumkan di dalam wawancara itu adalah berpunca dari rasa tidak setuju akan cara demonstrasi BERSIH diadakan yang bertentangan dengan perintah mahkamah.
Rasa tidak setuju itu disuarakan secara professional, dengan undang-undang menjadi dasar kenyataannya.  Sungguh pun begitu, Tunku Abdul Aziz tetap bersetuju dengan tuntutan BERSIH.
Inilah wajah sebenar DAP, yang sebenarnya bersikap autokratik.  Hanya tidak bersetuju dengan cara BERSIH dikendalikan, Tunku Abdul Aziz dikecam hebat oleh dalaman DAP.  Ini juga cara pemerintahan DAP, yang mahukan orang Melayu yang berpangkat sekadar menjadi boneka, “zip mulut” dan nikmati apa jua ganjaran yang diberikan secara tersembunyi.
Secara sinis, Tunku juga menempelak sikap pembangkang yang suka melabelkan mereka yang tidak “sebulu” sebagai telah dibeli oleh UMNO, atau dibayar jutaan ringgit oleh MCA.  Pastinya, Tunku juga tidak akan terlepas dari fitnah dan tohmahan sebegitu, apatah lagi apabila secara rasminya keluar parti dalam masa terdekat ini.  Itu adalah jawapan “standard” pembangkang, yang sebenarnya jauh lebih hebat menggunakan politik wang dalam memastikan cita-cita politik mereka tercapai.
Kenyataan pengunduran dari parti DAP oleh Tunku di wawancara berkenaan sangat ultimatum kepada seluruh umat Melayu.
Mungkin hari ini, kita dapat mendengar atau mengetahui kenyataan dari Keluarga Lim tentang perkara ini.  Atau, modus operandi yang biasa dipraktikkan oleh Keluarga Lim, iaitu menghantar ahli DAP berpangkat “pariah” untuk mengulas pengunduran ini.
Ini adalah gaya kepimpinan Lim Guan Eng, yang selalu mahu “cuci tangan”, dan kerahan soldadu DAP berpangkat “pariah” sebenarnya bertujuan untuk menghina individu yang akan “diserang” nanti.
Kalaulah seorang berpangkat seperti Tunku Abdul Aziz tidak diberi kebebasan bersuara, apatah lagi mereka yang sekadar ahli biasa.

Sabtu, 12 Mei 2012

Hari Ulang Tahun UMNO Ke 66 Di Stadium Bukit Jalil Penuh Semangat, Meriah, Aman Dan Damai...

Malam Gemilang Hari UMNO: Kuala Lumpur, 11 Mei – Jentera gelombang merah ternyata menawan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dengan kehadiran lebih 100,000 sempena ulang tahun UMNO ke-66 dengan suasana yang cukup meriah.

Sambutan Meriah : Para hadirin berteriak dan mengibarkan bendera selepas selesai sambutan Ulangtahun Hari UMNO ke-66 di Stadium Bukit Jalil, 11 Mei 2012. 

Sambutan Meriah: Para hadirin dari Pergerakan Wanita berteriak dan mengibarkan bendera selepas selesai sambutan Ulangtahun Hari UMNO ke-66 di Stadium Bukit Jalil. 11 Mei 2012.

 Semangat Presiden UMNO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berucap dengan penuh bersemangat sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Mei 2012.

1Malaysia: Kuala Lumpur, 11 Mei--Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timb. Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dam kepimpinan tertinggi UMNO menyanyikan lagu '1Malaysia' dalam sambutan Hari UMNO ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Turut serta Mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rabu, 9 Mei 2012

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun UMNO Ke 66.


Menaikkan Bendera UMNO : Shah Alam,9 Mei-- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menaikkan bendera UMNO sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor-Datuk Noh Omar, dan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor-Dato’ Seri Ir. Mohd Zin Bin Mohamed mengibar bendera Sang Saka Bangsa di hadapan Bangunan UMNO Selangor malam tadi.


Menjulang Bendera UMNO : Shah Alam,9 Mei-- Kelihatan Bendera UMNO Dikibarkan sebagai tanda kejayaan Peserta Larian Bendera UMNO tiba di Shah Alam malam tadi, turut berada di dalam gambar ialah TimbalanPengerusi Perhubungan Umno Selangor-Datuk Noh Omar, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor-Dato’ Seri Ir. Mohd Zin Bin Mohamed mengibar bendera Sang Saka Bangsa di hadapan Bangunan UMNO Selangor malam tadi.


 Kemesraan Antara Pemimpin : Shah Alam,9 Mei-- Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor-Datuk Noh Omar menyuapkan pulut kuning kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai tanda keeratan antara di dalam upacara memotong pulut kuning di hadapan Bangunan UMNO Selangor malam tadi.




Ahad, 6 Mei 2012

HAK ASASI MANUSIA WAJAR DIHORMATI.

KADAR PERMIUM HAMPIR SAMA NILAI TANAH....


KLANG: Jangan terkejut jika pemilik hartanah di Selangor terpaksa membayar premium hampir sama dengan nilai tanah dimiliki kerana sistem pembayaran premium dikenakan kerajaan pakatan pembangkang hari ini dkatakan jauh lebih tinggi dan membebankan rakyat, terutama mereka yang tidak berkemampuan.
Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia ekoran pengenalan sistem premium diperkenalkan kerajaan negeri pembangkang yang ditetapkan mengikut nilai pasaran hartanah sedia ada.

“Kalau mengikut kadar diperkenalkan kerajaan pembangkang sekarang, pemilik hartanah terpaksa membayar premium jauh lebih tinggi kerana ia ditetapkan mengikut nilai harga pasaran. “Misalnya kalau tanah itu bernilai RM290,000 maka pemiliknya terpaksa membayar jumlah yang sama bagi premium berkenaan.
 “Rakyat kena bersyukur dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana ketika BN memerintah Selangor, premium bagi pemilikan hartanah yang dikenakan cukup rendah,” katanya.

Noh memberi contoh bayaran premium yang terpaksa ditanggung oleh pemilik tujuh lot kedai di Batu 12, Tanjung Karang.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, dua daripada tujuh kedai berkenaan dimiliki penyokong BN manakala lima yang lain dimiliki penyokong parti pakatan pembangkang, tetapi bayaran premium yang terpaksa dibayar pekedai terbabit adalah jauh berbeza.

“Dua kedai milik penyokong BN itu dulunya menguruskan pemilikan hartanah ketika BN berkuasa dan hanya menjelaskan RM6,000 bagi bayaran premium. Lima kedai milik penyokong parti pembangkang itu yang cuba menguruskan hak dan pemilikannya pada zaman pemerintahan pembangkang terpaksa membayar premium RM59,000 setiap seorang,” katanya.

Rabu, 2 Mei 2012

Kocakan Keyakinan Gelombang Biru! DS Noh Omar & Ezam Md Nor Bikin Khalid Pening!

Gelombang Biru mula berkocakan.. dari riak ia berkocak, kocakan-kocakan kecil bakal menjadi ombak, dari ombak menjadi gelombang.

Ayuh!!!  Semarakkan riak-riak agar menjadi gelombang.... Kita tenggelamkan Khalid Ibrahim dan sekutunya dengan Gelombang Biru!

Sayangi Selangor, Yakini BN!