sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Ahad, 6 Mei 2012

KADAR PERMIUM HAMPIR SAMA NILAI TANAH....


KLANG: Jangan terkejut jika pemilik hartanah di Selangor terpaksa membayar premium hampir sama dengan nilai tanah dimiliki kerana sistem pembayaran premium dikenakan kerajaan pakatan pembangkang hari ini dkatakan jauh lebih tinggi dan membebankan rakyat, terutama mereka yang tidak berkemampuan.
Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia ekoran pengenalan sistem premium diperkenalkan kerajaan negeri pembangkang yang ditetapkan mengikut nilai pasaran hartanah sedia ada.

“Kalau mengikut kadar diperkenalkan kerajaan pembangkang sekarang, pemilik hartanah terpaksa membayar premium jauh lebih tinggi kerana ia ditetapkan mengikut nilai harga pasaran. “Misalnya kalau tanah itu bernilai RM290,000 maka pemiliknya terpaksa membayar jumlah yang sama bagi premium berkenaan.
 “Rakyat kena bersyukur dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana ketika BN memerintah Selangor, premium bagi pemilikan hartanah yang dikenakan cukup rendah,” katanya.

Noh memberi contoh bayaran premium yang terpaksa ditanggung oleh pemilik tujuh lot kedai di Batu 12, Tanjung Karang.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, dua daripada tujuh kedai berkenaan dimiliki penyokong BN manakala lima yang lain dimiliki penyokong parti pakatan pembangkang, tetapi bayaran premium yang terpaksa dibayar pekedai terbabit adalah jauh berbeza.

“Dua kedai milik penyokong BN itu dulunya menguruskan pemilikan hartanah ketika BN berkuasa dan hanya menjelaskan RM6,000 bagi bayaran premium. Lima kedai milik penyokong parti pembangkang itu yang cuba menguruskan hak dan pemilikannya pada zaman pemerintahan pembangkang terpaksa membayar premium RM59,000 setiap seorang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan