sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 21 Mei 2012

Parasit-parasit Anwar Gagalkan Muzakarah PAS-UMNO


Datuk Hasan Ali, Bekas Naib Presiden PAS berkata muzakarah di antara PAS dengan UMNO menemui jalan sukar kerana disabotaj oleh parasit-parasit pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

“Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa engagement(rundingan) dengan pihak UMNO pada satu ketika telah sampai ke satu tahap untuk memeterai persetujuan bersama. Malangnya hasrat dan cita-cita murni itu menemui kegagalan.

“Ini disebabkan kuatnya pengaruh anti pergabungan Pas dan UMNO ketika itu yang didalangi oleh parasit-parasit serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui proksi-proksinya dalam saf kepimpinan parti Islam itu,” katanya ketika diwawancara Mingguan Malaysia.

Menurutnya, kegagalan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat yang dikemudikan oleh Anwar itu menyebabkan parti itu terpalit dengan agenda-agenda yang selama ini ditentang oleh parti itu, termasuklah isu Kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

“Sejak dari awal, atas desakan parasit-parasit dalam Pas dan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas memang sudah silap memilih rakan kongsi politiknya. Mana mungkin Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang mempertaruhkan jiwa raga dan mayatnya sebelum membolehkan Pas menegakkan Islam berlandaskan al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

“Mana mungkin Pas boleh tidur sebantal dengan DAP apabila Setiausaha Agungnya menegaskan apa pun yang hendak dilakukan oleh Pas dan PKR yang ada kaitan dengan Islam mesti terlebih dahulu dirujuk dan mendapat persetujuan DAP sebagai tanda kebersamaan ketiga-tiga parti komponen dalam menangani isu-isu sensitif seperti hudud dan negara Islam”.

Menurutnya, kerjasama PAS dalam PR mengalami jalan sukar kerana DAP akan menjadi penghalang utama cita-cita PAS mencapai matlamatnya.

Begitu juga meletakkan ‘Buku Jingga’ sebagai matlamat menggantikan Al Quran dan AsSunah ditolak oleh ahli bawahan PAS.

“Menimbulkan semula isu hudud adalah langkah yang paling logikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Inilah satu-satunya talian hayat yang ada pada parti Islam ini dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat faham jika talian hayat ini tidak digunakan pada masa dan ketika yang sangat diperlukan, Pas mungkin akan tersembam ke bumi akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya tersebut”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan