sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Khamis, 17 Mei 2012

Tunku Abdul Aziz Buktikan Apa Erti Melayu Di Dalam DAP...


Wawancara di NTV7 beberapa malam yang lepas benar-benar memberi pengertian yang mendalam dan maksud boneka bagi dalam memastikan orang Melayu terus dibuai dengan pembohongan bahawa DAP itu parti yang bersikap terbuka, dan penuh demokrasi.
Taktik DAP dengan memberi pangkat dan jawatan kepada ahli bukan Cina bukanlah satu rahsia, di mana tujuannya untuk menarik undi Melayu semata.
Namun, pangkat dan jawatan adalah “wayang kulit”, di mana hak untuk bersuara tidak sama sekali wujud, kecuali memberi keuntungan politik DAP.
Apa yang berlaku terhadap Tunku Abdul Aziz, yang berkeputusan untuk keluar parti seperti yang beliau umumkan di dalam wawancara itu adalah berpunca dari rasa tidak setuju akan cara demonstrasi BERSIH diadakan yang bertentangan dengan perintah mahkamah.
Rasa tidak setuju itu disuarakan secara professional, dengan undang-undang menjadi dasar kenyataannya.  Sungguh pun begitu, Tunku Abdul Aziz tetap bersetuju dengan tuntutan BERSIH.
Inilah wajah sebenar DAP, yang sebenarnya bersikap autokratik.  Hanya tidak bersetuju dengan cara BERSIH dikendalikan, Tunku Abdul Aziz dikecam hebat oleh dalaman DAP.  Ini juga cara pemerintahan DAP, yang mahukan orang Melayu yang berpangkat sekadar menjadi boneka, “zip mulut” dan nikmati apa jua ganjaran yang diberikan secara tersembunyi.
Secara sinis, Tunku juga menempelak sikap pembangkang yang suka melabelkan mereka yang tidak “sebulu” sebagai telah dibeli oleh UMNO, atau dibayar jutaan ringgit oleh MCA.  Pastinya, Tunku juga tidak akan terlepas dari fitnah dan tohmahan sebegitu, apatah lagi apabila secara rasminya keluar parti dalam masa terdekat ini.  Itu adalah jawapan “standard” pembangkang, yang sebenarnya jauh lebih hebat menggunakan politik wang dalam memastikan cita-cita politik mereka tercapai.
Kenyataan pengunduran dari parti DAP oleh Tunku di wawancara berkenaan sangat ultimatum kepada seluruh umat Melayu.
Mungkin hari ini, kita dapat mendengar atau mengetahui kenyataan dari Keluarga Lim tentang perkara ini.  Atau, modus operandi yang biasa dipraktikkan oleh Keluarga Lim, iaitu menghantar ahli DAP berpangkat “pariah” untuk mengulas pengunduran ini.
Ini adalah gaya kepimpinan Lim Guan Eng, yang selalu mahu “cuci tangan”, dan kerahan soldadu DAP berpangkat “pariah” sebenarnya bertujuan untuk menghina individu yang akan “diserang” nanti.
Kalaulah seorang berpangkat seperti Tunku Abdul Aziz tidak diberi kebebasan bersuara, apatah lagi mereka yang sekadar ahli biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan