sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 27 Jun 2012

Kariah Tidak Puas Hati - Datuk Seri Hj Noh Omar.



TANJONG KARANG 26/06/2012 - Badan Perhubungan UMNO negeri menyelar tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan cuba menjadikan masjid sebagai medan untuk memperluaskan pengaruh politik mereka di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar berkata, tindakan itu dibuat menerusi pelaksanaan pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang tidak mengikut prosedur serta bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Beliau dimaklumkan terdapat kariah di beberapa buah masjid di negeri itu yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri kerana tidak melantik AJK yang telah dipilih oleh mereka menerusi proses pemilihan seperti yang diarahkan oleh kerajaan negeri.

"Sebaliknya individu yang tidak dipilih pun oleh ahli kariah berkenaan telah dilantik sebagai AJK dan mereka pula ada kaitan dengan parti yang mentadbir kerajaan negeri.

"Jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu penipuan kerajaan negeri terhadap rakyat. Mereka mengutamakan politik semata-mata, inilah cara demokrasi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan komputer riba 1Malaysia untuk 975 pelajar melibatkan tujuh buah sekolah di Parlimen Tanjong Karang, di sini hari ini.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 268 mangsa banjir dan ribut di kawasan Parlimen itu.

Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan peruntukan RM1.9 juta untuk pembinaan benteng di kawasan Sungai Burong di sini bagi menangani masalah banjir yang kerap melanda kawasan itu setiap tahun.

Mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan portal berita propembangkang hari ini yang mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat, beliau berkata, ia satu tindakan yang membuang masa.

Katanya, Perdana Menteri tidak perlu berdebat dengan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu mempunyai pendirian yang berubah-ubah mengikut kepentingan politik tertentu.
Malah, kata beliau, debat juga bukan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah membabitkan kepentingan awam tetapi lebih kepada emosi semata-mata.

"Kejayaan sesebuah kerajaan bukan terletak pada debat dan forum. Sebaliknya, kejayaan sesebuah pentadbiran adalah berdasarkan perancangan yang baik untuk masa depan rakyat," katanya.

Selasa, 26 Jun 2012

Kempen Jom Daftar Undi Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bhgn Tg Karang 30/06/2012.


Jom hadir beramai-ramai...
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?... Daftarlah segera, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi. 

Isnin, 25 Jun 2012

Satu Malaysia Sudah Tahu, Mengapa PKR Selangor Perlu Menipu?...


Agak seronok melihat “drama” yang “diwayang”kan oleh Pakatan Haram Selangor yang melibatkan di antara kem Menteri Besar, Khalid Ibrahim, dengan kem “kekasih gelap” Anwar, Azmin Ali, yang membabitkan dua orang balaci mereka.
Dari kem Azmin, dikisahkan dengan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Manakala di kem Khalid pula, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin pula diserang habis-habisan oleh geng-geng Azmin dan dipaksa untuk melepaskan jawatannya serta merta, mengikut jejak langkah Rafizi Ramli.
Khalid Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah dan menegaskan bahawa Faekah yang dipercayai masih lagi “anak dara” itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
Dalam masa yang sama, Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Selangor tidak bergolak dan menafikan pergaduhannya dengan Khalid Ibrahim serta konco-konconya.
Tapi, tiba-tiba muncul pula Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai “raja pasir Selangor” membuat sidang akhbar mengecam Faekah dan menuntuk agar “anak dara” itu meletak jawatan atau digantung tugas.
Begitulah kira-kiranya “drama swasta” yang dilakonkan oleh PKR Selangor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hebat bukan? Harapnya Yusuf Haslam beri perhatian kepada bakat-bakat terpendam ini untuk membintangi filemnya pada masa akan datang…
Saya tidak pasti, mengapa PKR Selangor, khususnya Azmin, tetap enggan mengaku bahawa PKR Selangor sedang teruk dilanda krisis yang besar. Azmin dan PKR nak sembunyikan dari siapa?
Kalau nak sembunyikan dari ahli-ahli atau pemimpin PKR Selangor, mereka sendiri tahu dan terlibat dalam pergaduhan Azmin – Khalid ini. Malah, rakyat Selangor yang bukan PKR pun tahu tentang krisis antara Azmin dan Khalid.
Kalau nak sembunyikan dari rakyat yang berada jauh dari Selangor, rasanya perkara ini bukan lagi rahsia pada mereka. Hampir seluruh negara tahu tentang pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim.
Bukannya rakyat tak tahu bahawa Azmin disokong kuat oleh Anwar dan kem Azmin dibarisi oleh golongan seperti Rafizi Ramli, Shuhaimie Shafie dan mereka-mereka yang mendapat “durian runtuh” dari Anwar…
Manakala Khalid Ibrahim pula adalah dari kem Kak Wan Azizah, yang turut disokong oleh Nurul Izzah dan golongan yang simpati kepada isteri Anwar itu. Itu bukan lagi rahsia. Semua orang yang mengikuti perkembangan politik tahu mengenainya.
Jadi, mengapa perlu menafikan pergolakan PKR Selangor? Mengapa perlu berbohong tentang sesuatu yang semua orang tahu?
Sebenarnya, banyak penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Dikhabarkan bahawa pendedahan mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Faekah sebenarnya didalangi oleh orang-orang Azmin.
Ini bukan pertama kali. Sebelum ini Khalid Ibrahim pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan kontrak mewah yang bernilai berbilion ringgit yang diberikan kepada Lim Kim Hong, yang didakwa salah seorang kroninya.
Khabarnya, pendedahan itu juga berpunca dari pembocoran maklumat dari kem Azmin.
Tapi, bagaimana pula dengan kem Azmin? Khabarnya ada penyelewengan di dalam pejabat Penasihat Ekonomi RM1, benarkah?
Jika tidak, mengapa pula Rafizi secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai CEO di pejabat itu dan memberikan alasan bodoh sebagai justifikasi perletakan jawatan itu?
Takkanlah Khalid Ibrahim dan kemnya hanya mahu duduk dan biar saja? Tak mahu dedahkan pada rakyat tentang Azmin dan kroni-kroninya, kah? Atau Kak Wan dan Khalid takut pada Azmin?

Khamis, 21 Jun 2012

Pekan Tg karang Sudah Ada 2 Buah Pusat Urut?...


Pekan Tanjong Karang dah ada 2 buah pusat urut?...
Kenapa, tak percaya?...

Lokasi gambar pertama diatas adalah di belakang pasar mini 99 Speed Mart Bt 7 Tg Karang, rasanya mungkin dikalangan pembaca sudah tahu kewujudannya.

Kini muncul sebuah lagi (gambar bawah) di barisan bangunan RHB Bank Tg Karang berhapiran pusat tayar kereta dan kedai menjual aksesori kereta...

Ini adalah satu lagi kejayaan besar KERAJAAN PAKATAN Selangor dalam program ekonomi MEMAKSIATKAN  EKONOMI SELANGOR (MES).

Tak mustahil lepas ni Pekan Tg Karang akan wujud lebih banyak lagi pusat-pusat urut bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan...

Mana perginya puak-puak PAS Tg Karang?... PAS Tg Karang dah layu dan kuyu untuk bersuara mengenai program Memaksiatkan Rakyat Tg Karang. Dalam soal akidah pun PAS Tg Karang sudah tak berani nak melawan Tuan Besar PKR dan DAP nya...

Selasa, 19 Jun 2012

LPP Buka Kilang Mengetin Ikan Keli di Kampung Sg Yu Tg Karang.


Tanjong Karang, 19 Jun 2012 -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjong Karang (PPKTK), membuka sebuah kilang mengetin ikan keli dalam usaha membantu penternak di daerah ini mengatasi masalah lambakan ikan tersebut.

Pengerusi PPKTK Sahri Siwar berkata kilang bernilai RM1.7 juta itu, yang beroperasi Selasa, dapat membantu menjana pendapatan penternak ikan keli melalui produk dalam tin yang bakal diusahakan usahawan di bawah bimbingan PPKTK.

Beliau berkata kilang itu dilihat sebagai alternatif bagi mengatasi lambakan ikan keli selain menjadikan bidang akuakultur sebagai satu cabang perniagaan yang menguntungkan.




"Pada peringkat permulaan, kilang itu memerlukan 600 kilogram ikan sehari bagi menghasilkan 2,000 tin seberat 285 gram setiap satu," katanya kepada pemberita selepas perasmian kilang itu, yang terletak di Kampung Sungai Yu, Mukim Hujung Permatang oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Noh berkata kilang tersebut selaras dengan Dasar Agro Makanan Negara yang bertujuan menangani isu bekalan makanan di Malaysia.

"Kilang ini bukan sahaja untuk mengetin ikan keli, malah agensi lain yang mahu mengetin produk mereka seperti burung puyuh dan nanas boleh gunakan kilang ini," katanya sambil menambah penubuhan kilang itu akan memanfaatkan 137 penternak ikan keli bimbingan PPKTK dan Jabatan Perikanan.




Isnin, 18 Jun 2012

Malam Mesra 1 Malaysia Bersama Masyarakat Cina Di Kampung Tiram Setia Tg Karang, 16/06/2012 jam 9.00 malam.

Sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional Tg Karang semakin menunjukkan tanda positif, hampir 1000 orang masyarakat Cina hadir di Majlis Malam Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan MCA Tg Karang bertempat di Kampung Baru Tiram Setia Tg Karang pada hari Sabtu 16/06/2012 jam 9.00 malam. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Ahli Parlimen Tg Karang merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani dan diiringi ADUN Kawasan Permatang YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak.









Hari Mini Karnival Pemakanan Sihat Dan Hari Potensi Kanak-Kanak KEMAS Parlimen Tg Karang 16/06/2012.

Perhatikan gambar-gambar di bawah, jelas menunjukkan kemeriahan walaupun keadaan di dalam Dewan Dato Hormat Tg Karang begitu panas akibat kerosakan sistem penghawa dingin yg tidak diselenggara oleh pihak yg bertanggungjawab.









TIBAI Lumpuhkan Jentera PKR Tg Karang...

Khamis, 14 Jun 2012

Kerajaan Negeri Selangor diingat jangan jual aset Unisel.


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan tidak menjadikan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai alasan bagi menjual aset Universiti Selangor (Unisel) yang bernilai RM30 juta. 

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya juga sangsi dengan cadangan kerajaan negeri yang mahu mencairkan aset tersebut bagi memastikan janji parti pembangkang memberi pendidikan percuma dapat dilaksanakan.

"Sebenarnya tujuan kerajaan negeri hendak mencairkan harta Unisel bukan kerana mereka ikhlas untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar tetapi mereka memang mempunyai niat hendak menjual tanah berkenaan bagi membayar hutang kos pentadbiran Unisel.

"Jika benar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ikhlas ingin memberi pendidikan tinggi terbaik kepada rakyat Selangor, beliau sepatutnya meneruskan projek membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dicadangkan di Serendah yang akhirnya dipindahkan ke Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Ceramah Isu Semasa bersama kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, di sini malam tadi.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut kerajaan negeri memutuskan untuk mengapungkan aset milik Unisel yang dianggar bernilai RM30 juta di pasaran bagi menampung kos pengajian pelajar Unisel.

Noh berkata, sebelum Abdul Khalid bercakap soal pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi, lebih baik kerajaan negeri menyelesaikan masalah pelajar asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang masih belajar di sekolah menengah.

"Jika benar kerajaan negeri ingin membantu pendidikan rakyat, mereka sepatutnya membela nasib pelajar bermula peringkat pendidikan rendah dan menengah.

"Daripada bercakap soal pengajian tinggi, lebih baik kerajaan negeri menanggung kos penempatan dan pengajian 135 anak Selangor di asrama Yayasan Selangor yang akan hilang tempat berteduh setelah bangunan tersebut dibangunkan untuk projek komersial," katanya.

ADUN PAS Selangor Isytihar Bersama Hasan Ali?...

Tidak perlu dinafikan lagi, bahawa persengketaan di antara Hasan Ali dan PAS bukanlah rahsia.
Hasan Ali, dalam siri ceramahnya secara terang-terangan menyatakan akan ketidakmampuan PAS mengendalikan isu-isu yang berkait rapat dengan soal agama Islam di Selangor.  Sungguhpun Hasan Ali melabelkan golongan ini sebagai parasit, mahu tidak mahu Hasan Ali harus mengakui bahawa itu adalah pendirian parti Islam Se Malaysia itu.
Ia bukanlah pendapat peribadi, tetapi dasar parti dalam satu kerajaan yang punya kuasa untuk memerintah.  Berkuasakah PAS di Selangor dalam mengangkat Islam di tempat yang mereka war-warkan?
Isu perlantikan exco setelah pemecatan Hasan Ali sangat kontroversi dan panas.  PAS, yang difahamkan hanya menghantar satu nama kepada pihak Istana, iaitu Pesuruhjaya Negeri merangkap YB Meru.  Sehinggakan, terdengar desas-desus bahawa YB Meru telah berjumpa dengan pembantu peribadi seorang Exco Negeri yang lain bagi mengetahui hal-ehwal dan tugas seorang Exco.
Allah maha kuasa, rupanya ADUN Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus Hairi telah dilantik sebagai Exco oleh pihak istana, yang kemudiannya diberi portfolio hal ehwal adat dan belia oleh Khalid Ibrahim.
Hari ini, ADUN Sijangkang ternyata tidak terkongkong oleh budaya “cetek akal” yang menjadi pegangan kebanyakkan ahlul PAS dan Pakatan Rakyat. Kenyataannya yang menyokong pembinaan lebuhraya bertol iaitu Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).  Menurut laporan, YB Dr. Ahmad Yunus mahukan rakyat memanfaatkan lebuhraya berkenaan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup tanpa mempolitikkan isu lebuhraya tersebut.


Wow!!! Mempolitikkan lebuhraya?  Nada kenyataannya jelas menyanggah kegemaran politikus Pakatan Rakyat, yang acapkali menjadikan lebuhraya sebagai isu untuk memenangi hati rakyat.
Apakah kenyataan ini benar, atau akhbar terbabit memanipulasi kenyataan asal beliau?
Sekiranya benar, maka kenyataan itu sama sekali bertentangan dengan apa yang pernah diwar-warkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, yang cukup gemar mengambil tol lebuhraya sebagai contoh peningkatan kos hidup dalam beberapa ceramahnya.
Apakah YB Sijangkang, secara berkias, menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak tergolong di dalam golongan disebut oleh Hasan Ali sebagai “parasit”?
Jika diteliti, kenyataan YB Sijangkang itu sebenarnya melawan arus, atau songsang dari apa yang sering dipolitikkan oleh PAS dan ahlul-ahlulnya.  Dan ini boleh dianggap sebagai pendekatan berhemah YB Sijangkang bagi mendekati kem Hasan Ali.
Apapun, penulis ucapkan tahniah kepada YB Sijangkang, yang berani berfikir di luar kotak, sambil menimbang keperluan lebuhraya bertol.
Jangan malu-malu untuk menyertai Hasan Ali, kerana khuatir sikap “gentleman” YB Sijangkang akan terus karam bersama golongan parasit pada PRU 13 nanti.

Ahad, 10 Jun 2012

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar Melawat Rumah Mangsa Ribut.

Tanjong Karang 10/06/2012. Dalam kejadian ribut yg berlaku semalam 09/06/2012 jam 9.15 malam, telah menyebabkan beberapa rumah di sekitar kawasan Parlimen Tg Karang mengalami kerosakan teruk. Atas keperihatinan sbg Ahli Parlimen, Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar tlh turun padang dan cuba membantu meringankan beban mangsa.









Khamis, 7 Jun 2012

BN Selangor: Jangan layan kaji selidik daftar pemilih


 
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak ‘melayan’ borang kaji selidik yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengenal pasti pengundi baru didaftarkan.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau mendakwa tindakan Kerajaan Negeri itu adalah untuk mengelirukan rakyat kerana sepatutnya mereka berusaha mengenal pasti di mana 600,000 orang yang tidak berdaftar berbanding mempertikaikan jumlah 300,000 orang pengundi baru itu.

Katanya, agak menghairankan mengapa Kerajaan Negeri tidak berpuas hati penambahan 300,000 pengundi baru sedangkan masing-masing tidak mengetahui siapakah yang akan dipilih mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Noh berkata, sekiranya PR benar-benar mahu menegakkan demokrasi, maka sepatutnya mereka membantu mengenal pasti di mana 600,000 pengundi belum berdaftar itu supaya rakyat negeri ini dapat menjalankan hak sebagai pengundi.

Malah Noh mempertikaikan mengapa Kerajaan Negeri tidak membuat bantahan ketika tempoh bantahan sedangkan didakwa mempunyai bajet sebanyak RM1 juta untuk tujuan itu.

“Jadi kita ingatkan lebih awal kepada rakyat negeri ini sekiranya ada mana-mana pihak yang mengedarkan borang-borang nak buat kaji selidik ini maka jangan layan kerana mereka tidak ada kuasa,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini semalam.

Menurutnya, beliau mencabar Kerajaan Negeri untuk melakukan kaji selidik di mana 500,000 orang yang belum mendaftar sebagai pengundi itu.

Katanya, beliau percaya Kerajan Negeri sudah merasakan bahang kekalahan pada PRU akan datang maka mereka cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap BN dan SPR.

“Mereka (Kerajaan Negeri) dah mula rasa akan kalah jadi mereka nak beri gambaran negatif terhadap SPR kononnya PRU tidak adil.

“Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan berlaku huru hara serta mendapat perhatian antarabangsa,” katanya.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan 94,474 borang Kaji Selidik Daftar Pengundi melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.

Katanya, tujuan kaji selididik tersebut dijalankan adalah untuk membuktikan kepada SPR bahawa wujudnya pengundi hantu berdasarkan peningkatan luar biasa pengundi baru.