sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 7 Oktober 2014

Untungkah PAS dalam Tahaluf Siyasi bersama PKR dan DAP?




Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?

Apakah laba kerjasama politik yang diperoleh PAS untuk memperkukuhkan parti dan terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam?

Persoalan berkenaan menarik perhatian umum khususnya penyokong parti yang kian resah ekoran pergeseran kuat yang melanda antara ketiga-tiga parti mutakhir ini, yang memperlihatkan seolah-olah PAS semakin 'lemas' dihimpit DAP dan PKR.

Banyak pihak melihat kerjasama politik yang dimulakan sejak 2008 itu mungkin hampir ke penghujungnya setelah umum disajikan episod demi episod percakaran dan ketidaksefahaman antara ketiga-tiga parti.

DI MANA TITIK KEBERSAMAAN TAHALUF SIYASI?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti ke-60 di Johor bulan lepas dilapor berkata bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan parti itu adalah kerjasama mencari titik kebersamaan dengan PKR dan DAP.

Persoalannya, setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi, di manakah titik persamaan PAS, PKR dan DAP?

Ketiga-tiga parti itu jelas tidak mempunyai kebersamaan dalam pelbagai aspek termasuk ideologi, dasar dan keputusan.


Kebersamaan itu hanya dapat dilihat menjelang pilihan raya iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Jika benar PAS, DAP dan PKR mencapai kesepaduan, tidak mungkin dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, ketiga-tiga parti itu mempunyai nada berbeza dalam menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 juga tidak mungkin mereka bertembung sesama sendiri di beberapa kawasan, jika saling memahami.

Parti pakatan kononnya mereka mempunyai kesefahaman yang baik dalam pelbagai perkara kerana ia hanyalah retorik politik yang bertujuan meraih kepercayaan pengundi mereka.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Kelantan, beliau berkata sokongan jentera PKR dan DAP tidak kelihatan sepanjang kempen berlangsung dan ia didorong oleh sentimen PAS yang tidak menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.


Ini tidak menunjukkan kebersamaan mereka.

TAHALUF SIYASI DIKAJI SEMULA

Permintaan untuk mengkaji semula tahaluf siyasi PAS bersama PKR dan DAP bukanlah isu baharu kerana ia telah lama disuarakan bukan sahaja akar umbi, malah oleh pemimpin parti itu sendiri.

Dalam muktamar tahun lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Allahyarham Datuk Harun Taib menegaskan bahawa konsep tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR akan disemak dari semasa ke semasa.

Tahun ini, isyarat serupa dinyatakan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang menggesa Dewan Ulama mengkaji semula tahaluf siyasi dengan parti pakatan terutama dalam menghadapi situasi politik masa kini.

Pada 20 Sept lepas, Abdul Hadi sendiri dilapor membidas rakan tahaluf siyasi PAS, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana 'mencuri' dua wakil rakyat parti berkenaan untuk menyokong tindakan mereka untuk mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP) tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita. Adakah itu etika tahaluf siyasi?," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata.

Anggota Parlimen Marang itu tahu mengenai keretakan yang berlaku di dalam partinya ekoran tahaluf siyasi, namun bertindak mendiamkan diri.

Sebagai seorang panglima perang, sudah tentu dia (Abdul Hadi) akan bercakap bahawa beliau ada tentera yang kuat dan mahukan kemenangan, meskipun di belakangnya ramai askar telah gugur.

PAS sahaja yang benar-benar mengikuti dan berpegang kepada prinsip tahaluf siyasi manakala dua lagi parti tidak.

TIDAK KELUAR PAKATAN

Meskipun berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku, PAS masih akur dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluar daripada pakatan politik yang longgar itu, bagi bersendirian dan mengekalkan asas perjuangannya.

Ini menjadikan parti itu menjadi mangsa buli PKR dan DAP, seperti yang diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 Sept.

Oktoberfest 2014, Hadiah Hari Raya Korban MB Baru kepada Rakyat Selangor...



Sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan? Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.


Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.
Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Di manakah letaknya sensitiviti pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali?

Azmin Ali sepatutnya peka dengan keadaan ini kerana ia terletak di bawah tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor dalam Hal Ehwal Islam.

Apakah tindakan Azmin Ali selepas ini sama ada membiarkan iklan dan pesta arak Carlsberg berleluasa atau menyekat dan membatalkan iklan dan pesta arak itu demi kepentingan rakyat.

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" - KERAJAAN SELANGOR WAJIB HENTIKAN JIKA MAHU LIHAT SELANGOR MEMILIKI RAKYAT YANG SIHAT JIWANYA


Isnin, 6 Oktober 2014

Kenapa Anwar menggelabah?


Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwatnya menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggelabah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada akhir bulan ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Anwar sepatutnya lebih tenang kerana sebelum ini mahkamah telah memberi pelbagai ruang dan peluang untuk dia mempertahankan diri sehingga perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan puluhan kali.

Beliau turut mengingatkan Anwar bahawa keadilan bukanlah hak milik esklusifnya sehingga orang lain tidak berhak menerimanya.

"Adakah pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak berhak mendapat keadilan, biarlah mahkamah membuat kata putus.

"Tindakan Anwar yang berlari ke sana sini mendapatkan sokongan antarabangsa memberi isyarat dia seperti sudah tahu nasibnya. Jika tidak, kenapa dia menggelabah.

Beliau mengulas laporan portal berita The Sydney Morning Herald(http://www.smh.com.au) pada Jumaat lalu berhubung kritikan Anwar terhadap kerajaan Autralia berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.

Menurut laporan itu, Anwar berada di Jakarta, Indonesia untuk mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan memuji pendirian Australia yang enggan campur tangan dalam kes liwat Anwar dan menyifatkan negara itu telah membuat keputusan yang tepat.

"Dulu bolehlah, negara lain belum dapat maklumat yang tepat. Sekarang semua orang tahu, sebab itu saya tidak pelik dengan pendirian Australia," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyelar tindakan Anwar yang hanya menerima keputusan mahkamah secara berpilih iaitu yang berpihak kepadanya.

Katanya, sikap itu agak 'melucukan' kerana Anwar juga galak menyaman pihak yang tidak sehaluan dengannya.





Rabu, 27 Ogos 2014

DAULAT TUANKU...

Kami rakyat negeri Selangor menyokong penuh titah dan keputusan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.


Sultan Selangor Tetap Mahu Lebih Dua Nama Calon Jadi MB Selangor...



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menegaskan sekali lagi, setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk menentukan calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani ke ibu pejabat PKR, calon berkenaan perlu berbangsa Melayu, menganut agama Islam dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.




"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September ini.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihantar salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.

Ia bagi memastikan proses pertukaran menteri besar berjalan lancar dan teratur.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan, Keadilan dan DAP dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

sumber: astro awani

PAS akan serah tidak kurang dua nama kepada istana

PAS akan mempersembahkan tidak kurang dua nama calon bakal Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Harakhadaily melaporkan tindakan itu dibuat sebagai menghormati dan menjunjung titah Sultan Selangor melalui kenyataan semalam.

Bagaimanapun jelas Mustafa, PAS akan mempersembahkan nama calon tersebut selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada istana.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Mustafa berkata demikian bagi mengulas titah Sultan selangor yang mahu PAS, PKR dan DAP memberi lebih dua nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR dan DAP dalam satu kenyataan media malam tadi memutuskan untuk mencalonkan satu nama sahaja, iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira titah sultan Selangor dan sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun.

Isnin, 2 Jun 2014

LIM GUAN ENG...KING OF SALAH MENYALAH...




Sikap Lim Guan Eng yang meletakkan permainan politik UMNO sebagai antara punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Sabtu lalu jelas melayakkan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan itu dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan salah-menyalah’.
 
Lim Guan Eng yang tanpa usul periksa membuat dakwaan tidak berasas itu, khususnya kepada UMNO.

"Pernahkah kita dengar, Guan Eng tidak menuduh orang UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kalau DAP kalah? Kalau buka mulut, memang tiada lain. Permainan ‘salah-menyalah’ memang nombor satu beliau.

Peduli apa dia nak kata tetapi kalau kita masuk pertandingan, tak kira pertandingan apa, kalah atau menang itu perkara biasa. Kalau sudah kalah, tak usahlah tuduh orang lain.

Guan Eng mendakwa kekalahan DAP berpunca daripada tiga faktor iaitu kemerosotan peratusan keluar mengundi, permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dyana Sofya Mohd. Daud yang merupakan muka baharu di kawasan itu.

Malah beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi ialah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sikap ego pemimpin pembangkang yang gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca kekalahan DAP.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 19,919 undi.

Kekalahan DAP sebenarnya terletak kepada pemimpinnya yang berterusan mengetengahkan permainan' politik kebencian dan ini membuatkan pengundi muak dengan strategi tersebut.

Politik sebegini sudah tiada tempat lagi. DAP sekarang pun sudah berpecah-belah, orang dalam parti sendiri pun sudah rasa benci kerana DAP kini milik Dinasti Lim dan Dinasti Karpal.

DAP seharusnya menilai kelemahan sendiri berhubung kekalahan di Parlimen Teluk Intan dan bukannya bertindak menyalahkan pihak lain.

Dalam DAP, pastinya ada ramai orang yang berkaliber. Tetapi, mereka letak orang yang tak faham perjuangan DAP. Seperkara lain, akar umbi sudah muak dan bosan dengan sikap pemerintahan diktator dalam DAP. Kit Siang dan Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini.

DAP kalah, sebab bapa dan anak terlampau ego. Mereka langsung tak ingat bahawa DAP ini dibina oleh akar umbi. Sekarang akar umbi sudah tunjuk, tak balik mengundi.

Sabtu, 22 Mac 2014

Kajang...Tuhan Sedang Perhati Kita, Buatlah Pilihan Tepat, Undi BN!!!...

Foto di sekitar pusat pembuangan undi Sekolah Rendah Agama Batu 10 Cheras...









Pengundi Dun Kajang, SELAMAT MENGUNDI, PILIHLAH CALON BERKUALITI & BERINTEGRITI, BUKAN CALON BONEKA SUAMI...JOM UNDI BN...












Rabu, 12 Mac 2014

Usah politikkan musibah MH370




Seluruh rakyat Malaysia masih lagi dirundung kesedihan atas musibah kehilangan pesawat MH370 Sabtu lalu. Sehingga artikel ini ditulis, nasib pesawat yang membawa 239 penumpang masih belum diketahui.

Cuma apa yang dikesali masih ada segelintir yang seakan hilang pertimbangan akal budi dan kewarasan sensitiviti mengambil kesempatan buat komentar biadab dalam laman sosial. Tidak kurang juga berlagak seperti pak nujum membuat pelbagai andaian dan teori bagaikan mampu menerobos masuk ke alam ghaib menentukan kedudukan pesawat itu.

Lebih mendukacitakan apabila komentar berbaur tohmahan turut dilakukan segelintir pemimpin pembangkang yang sewenang-wenangnya mempermainkan musibah dalam status Twitter mereka. Ada yang mengaitkan musibah tersebut dengan malapetaka atas kezaliman yang kononnya direncanakan kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu. Sikap dan perangai seperti ini tentulah tidak cocok dengan status sebagai pemimpin.

Di manakah sensitiviti dan nilai kemanusiaan di saat rakyat meratapi tragedi dan berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa? Apakah kita terlalu paranoid berpolitik hinggakan hilang pertimbangan akal budi dalam membuat penilaian?

Hakikatnya mengaitkan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan dengan tragedi kehilangan pesawat ini juga seperti kita tidak mengimani prinsip kepercayaan qada’ dan qadar yang menjadi asas penting dalam Rukun Iman.

Apatah lagi kempen mendakwa keputusan mahkamah adalah sebahagian daripada teori konspirasi kerajaan untuk mematikan karier politik pemimpin pembangkang merupakan satu bentuk fitnah dan tohmah yang jahat.

Kita tentunya tertanya-tanya mengapakah apabila mahkamah yang sama membuat pelbagai keputusan yang tidak menyebelahi kerajaan sebelum ini tidak pula dikaitkan dengan konspirasi bahkan dikatakan adil.  Apakah sebenarnya makna dan definisi adil bagi golongan seperti ini? Kalau beginilah makna dan prinsip keadilan dan kebenaran yang dipegang pastilah akan hancur masyarakat dan negara.

Firman ALLAH SWT: “Andai kata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka (Al Qur’an), tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan itu.” (Surah Al-Mu’minun : 71)

Sebagai Muslim, kita seharusnya mengimani prinsip qada' dan qadar yang menjadi tiang utama dalam Rukun Iman. Seseorang mukmin yang mengimani qada’ dan qadar tentu sekali tidak akan mempedulikan rancangan mahupun sebarang teori konspirasi yang diatur makhluk. Sebarang kemanfaatan dan kemudaratan adalah tertakluk kepada kehendak-Nya semata. Makhluk di alam ini tidak memiliki kuasa untuk merubah sebarang perkara yang telah ditentukan ALLAH.

Firman ALLAH SWT: “Jika ALLAH menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-An’aam:17)

Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia ini berhimpun untuk memberikan sesuatu manfaat kepada mu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepada mu, kecuali sesuatu yang telah ditentukan ALLAH untuk mu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana kepada mu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan ALLAH ke atas mu.” (Riwayat At-Tirmizi)

Justeru tidak ada sesiapa yang sebenarnya mampu berkonspirasi mendatangkan sebarang kesusahan yang tidak ditetapkan ALLAH SWT kepada seseorang manusia. Bahkan ALLAH jua yang mampu memelihara dan melindunginya.

Oleh itu, seorang Mukmin sejati tidak seharusnya terjebak dalam lingkaran fitnah dan tohmah yang cuba  menimbulkan keraguan. Biarlah proses undang-undang berlangsung tanpa ada gangguan. Tindakan meremehkan mahupun memperkecilkan sistem kehakiman dan perundangan negara hanya membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

Mempercayai teori konspirasi hanya akan menjejaskan keimanan seseorang seolah-olah menafikan prinsip qada’ dan qadar yang ditentukan ALLAH. Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan agar tidak tergelincir daripada landasan aqidah sejati.

Apa yang utama saat ini, kita memberi sokongan moral kepada semua pihak khususnya ahli keluarga mangsa tragedi kehilangan pesawat Malaysian Airlines. Berdoalah agar kesudahan terbaik daripada segala musibah yang melanda negara masa kini.

Isnin, 10 Mac 2014

PRK Parlimen Bukit Gelogor coming soon...




11 Mac 2014, Pengerusi DAP, Karpal Singh, dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.

Pada 21 Februari lalu, Datuk Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah atas tuduhan itu, bagaimanapun menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar mitigasi.

Bagaimanapun, peguamnya Gobind Sing Deo, ketika ditemui berkata, Karpal berkemungkinan hilang kelayakan sebagai MP Bukit Gelugor, sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung hukuman itu.




Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar didapati bersalah liwat Saiful.


7 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bukti terlebih cukup sabitkan Anwar'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disabitkan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ekoran bukti-bukti yang dikemukakan mencukupi malah terlebih cukup untuk mendapatinya bersalah.

Peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes terbabit menyatakan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu walaupun menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak pernah menyangkal bahawa beliau berada pada masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam tuduhan.

Selain itu, Muhammad Shafee menghujahkan, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Beliau berkata demikian pada prosiding rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.

Terdahulu, peguam terbabit menyatakan persoalan utama yang perlu diputuskan ialah sama ada asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh telah dikacau ganggu (tempered).

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tersalah faham bahawa botol-botol berisi spesimen telah dikacau ganggu oleh pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira sedangkan saksi pendakwaan ke-25 itu hanya memotong beg plastik yang berisi 11 botol sampel.

Judy dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, dia berbuat demikian kerana mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus dan ditanda secara berasingan sebelum dimasukkan di dalam beg plastik besar.

Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam keterangannya juga mengesahkan bahawa botol-botol sampel yang berisi calitan putik kapas yang diambil dari pelbagai bahagian tubuh Mohd. Saiful Bukhari termasuk dubur dan rektum tidak mempunyai sebarang tanda telah dikacau ganggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut menyatakan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan pertama.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Muhammad Shafee dalam hujahnya turut menyatakan, segala dakwaan konspirasi Anwar adalah tidak berasas.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Judy telah bersubahat dengan ahli-ahli kimia untuk mengganggu sampel DNA.

"Sekiranya adapun, dari mana pegawai penyiasat hendak mendapatkan sampel air mani Anwar yang berusia empat hari bagi menunjukkan adanya kesan degredasi.

"Manusia biasa pun akan melindungi atau menjaga air maninya, inikan pula seorang kenamaan yang mendakwa sentiasa terdapatnya konspirasi untuk menjatuhkannya, maka mestilah beliau lebih menjaga dan melindungi air maninya daripada disalahgunakan," katanya.

Tambahnya, kredibiliti saksi-saksi pakar yang dibawa dari luar negara oleh Anwar juga diragui kerana hanya bersandarkan kepada buku teks dan manual sedangkan saksi-saksi pakar pendakwaan terlibat sendiri dalam proses menganalisis DNA.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menghujahkan bahawa mahkamah hari ini perlu mengambil kira bukan sahaja bukti yang telah dikemukakan tetapi juga pemerhatian yang dibuat oleh hakim yang menjalankan perbicaraan.

Tambahnya, Mahkamah Rayuan tidak seharusnya mendengar hujah pihak pendakwaan yang hanya bertujuan meracuni pemikiran mahkamah.

Seorang lagi peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula ketika berhujah menyatakan, mahkamah seharusnya menolak rayuan ini atas alasan saksi pakar dalam keterangannya menyatakan telah berlaku pencemaran dalam sampel-sampel DNA yang diambil.

Pendengaran rayuan bersambung esok dengan Muhammad Shafee akan membalas hujah peguam-peguam Anwar.

Selasa, 4 Mac 2014

Air Di Kawasan Tanjong Karang Tidak Selamat Digunakan...



Tanjong Karang 04/03/2014. Hampir setiap rumah mengalami masalah air paip kotor hari ini.

Masalah ini berlaku sejak tgh hari td dan berlarutan sehingga waktu ini (jam 9.00 mlm).

Apakah punca sbnr masalah air kotor ini, pihak bertanggungjawab juga langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataatan atau pemberitahuan dan yg ada hanyalah notis pemberitahuan tentang notis catuan bekalan air.

Ramai pengguna yang terpaksa menggunakan air tesebut dan mengalami masalah gatal-gatal.

Bimbang guna air paip kotor...

Hampir semua penduduk tetap yg ditemui di kwsn Tg karang meluahkan khuatir terhadap air paip yang disalurkan ke rumah.

Air yang disalurkan berwarna hitam dan berbau. Mereka bimbang untuk menggunakannya, apatah lagi untuk dibuat minum. Pakaian putih yang dibasuh menjadi kekuningan. Ada mengalami gatal-gatal kulit dan juga sakit perut. Jika yg dewasa ini tidak dapat menahannya, apatah lagi anak-anak kecil...







Khamis, 9 Januari 2014

YDP Majlis Daerah Kuala Selangor Hilang...Arah setiausaha terima memorandum bantah pembinaan gereja di Taman Tg Karang...




Hari ini 10/01/2014 tlh tercatat sejarah bg penduduk Pekan Tg Karang tanpa mengira fahaman politik bersatu demi memelihara agama Islam, bersama berkumpul di hadapan tapak pembinaan gereja Taman Tg Karang (Taman Ketam) utk berdemo membantah pembinaan gereja tersebut. 

Kira-kira 300 org termasuk peduduk Taman Tg Karang ptg ini tlh keluar dan berkumpul di hadapan tapak pembinaan rgereja tsbt utk mengadakan demo secara aman. Memorandum bantahan juga tlh dikeluarkan dan akan diserahkan kpd setiausaha YDP MDKS ptg ini juga.

Lebih 1000 tandatangan penduduk sekitar Tg Karang tlh berjaya dikumpulkan dan ini menguatkan lagi bantahan pembinaan gereja tsbt.

Nantikan berita selanjutnya slps ini...

Ayuh...Seluruh Umat Islam Tg Karang Bersatulah Demi Islam...


Ayuh!!! Kpd semua umat Islam seluruh Tg Karang, slps solat jumaat (10/01/2013) bersama-samalah kita berkumpul di tapak pembinaan gereja berhampiran Taman Tg Karang (Taman Ketam), sbg satu tanda kekuatan ukhwah islam, kita bantah pembinaan gereja terbesar di atas bumi tg karang yg tercinta ini...

Jangan biarkan Tg Karang sebagai penempatan masyarakat Islam terjejas...

Secara naqli setiap hari melihat salib akan melemahkan minda dan jiwa terutama anak2...

Wahai sekelian umat Islam Tg Karang, adlh menjadi tanggungjawab semua umat Islam supaya menyediakan suasana persekitaran yg sihat utk pembinaan insan terutama anak2, agar akidah, amalan dan akhlak mereka terbina menepati kehendak Islam.