sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 7 Oktober 2014

Oktoberfest 2014, Hadiah Hari Raya Korban MB Baru kepada Rakyat Selangor...



Sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan? Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.


Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.
Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Di manakah letaknya sensitiviti pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali?

Azmin Ali sepatutnya peka dengan keadaan ini kerana ia terletak di bawah tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor dalam Hal Ehwal Islam.

Apakah tindakan Azmin Ali selepas ini sama ada membiarkan iklan dan pesta arak Carlsberg berleluasa atau menyekat dan membatalkan iklan dan pesta arak itu demi kepentingan rakyat.

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" - KERAJAAN SELANGOR WAJIB HENTIKAN JIKA MAHU LIHAT SELANGOR MEMILIKI RAKYAT YANG SIHAT JIWANYA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan