sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 27 Ogos 2014

DAULAT TUANKU...

Kami rakyat negeri Selangor menyokong penuh titah dan keputusan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.


Sultan Selangor Tetap Mahu Lebih Dua Nama Calon Jadi MB Selangor...



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menegaskan sekali lagi, setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk menentukan calon yang layak untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Abdul Munir Bani ke ibu pejabat PKR, calon berkenaan perlu berbangsa Melayu, menganut agama Islam dan mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor.




"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September ini.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu turut dihantar salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah agar keputusan perletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditangguh sehingga perlantikan pengganti menteri besar yang baharu ditentukan.

Ia bagi memastikan proses pertukaran menteri besar berjalan lancar dan teratur.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan, Keadilan dan DAP dilaporkan hanya akan mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut kenyataan itu, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

sumber: astro awani

PAS akan serah tidak kurang dua nama kepada istana

PAS akan mempersembahkan tidak kurang dua nama calon bakal Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


Harakhadaily melaporkan tindakan itu dibuat sebagai menghormati dan menjunjung titah Sultan Selangor melalui kenyataan semalam.

Bagaimanapun jelas Mustafa, PAS akan mempersembahkan nama calon tersebut selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada istana.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Mustafa berkata demikian bagi mengulas titah Sultan selangor yang mahu PAS, PKR dan DAP memberi lebih dua nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR dan DAP dalam satu kenyataan media malam tadi memutuskan untuk mencalonkan satu nama sahaja, iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira titah sultan Selangor dan sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun.