sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 10 November 2015

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di Selangor Tidak Logik - Noh Omar


UMNO Selangor tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Selangor.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Saya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka sempena Sambutan Deepavali di Batu Caves pada Selasa.

Beliau menjelaskan, dakwaan itu tidak logik kerana jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran.

“12 ADUN campur 15 ADUN jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan,” katanya.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet.

UMNO Selangor mempunyai 12 kerusi di Selangor manakala Pas hanya tinggal 13 kerusi selepas dua ADUN menyertai Parti Amanah Negara.

Husam dalam satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini mendakwa, Abdul Hadi sedang mempertimbangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan