sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 11 September 2012

UNISEL Rugi RM54.8j.


Laporan audit 2009 dan 2010 ditandatangani sendiri Abdul Khalid pada Ogos 2011

Universiti Selangor (UNISEL) mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, sejak 2008.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata berdasarkan salinan Laporan Audit UNISEL bagi 2009 dan 2010, universiti milik kerajaan negeri itu merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.
"Laporan audit 2009 dan 2010 ini ditandatangani sendiri Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada Ogos 2011. Bila saya timbulkan isu kewangan UNISEL dalam keadaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti ini.


 Minta penjelasan

"Kalau apa yang saya katakan ini tidak betul, saya minta Menteri Besar menafikan laporan audit ini dan beri penjelasan," katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini, semalam.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Abdul Khalid seharusnya malu kerana mendakwa dirinya seorang tokoh korporat yang hebat, tetapi disebabkan kelemahan pentad-biran kerajaan PKR, UNISEL mengalami masalah kewangan untuk terus beroperasi.

"Menteri Besar perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan UNISEL sebenar dan ia adalah satu pengkhianatan besar dan dia perlu bertanggungjawab," katanya.
Sebelum ini, Abdul Khalid cuba menyembunyikan fakta sebenar ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini apabila menegaskan UNISEL tidak mengalami sebarang masalah kewangan seperti didakwa sesetengah pihak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan