sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Sabtu, 15 September 2012

Noh Omar Tapau Ng Sue Lim, Chegu Bard & Yahya Saari - Anak-anak Celeng Bertempiaran Lari Lintang Pukang...

Tanjong Karang 15/09/2012, Hari ini NGO-NGO kawasan Tanjung Karang telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya yang diadakan di hadapan Bangunan UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Sambutan itu turut dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar.



Malangya, sambutan yang meriah itu telah dicemari oleh demonstrasi dari pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YB Ng Sue Lim, Yahya Shaari dan Chegu Bard yang kononnya membawa suara dari kumpulan Pengusaha Sarang Burung yang dianiaya.

Mereka yang datang membuat kecoh di majlis orang kemudiannya menyerahkan memorandum dan berdialog dengan Menteri Pertanian sendiri tentang masalah yang mereka hadapi.



Datuk Seri Hj Noh yang bersedia menanti dan menjawab semua soalan yang diberikan dengan tenang dan penuh bergaya.

Antara soalan yang yang dikemukankan oleh pengusaha sarang burung adalah berkaitan RFID berbunyi,

"Mereka memonopoli sluran pengekspotan melalui cadangan sekatan-sekatan yang kononnya dikehendaki oleh Negeri Republik China khasnya RFID sedangkan isu inisudah dibuktikan ada hubungkait dengan satu muslihat yang dilahirkan oleh antara pegawai-pegawai tententu dengan peniaga-peniaga berkenaan;"

Datuk Seri Hj Noh menjawab dengan mudah isu tersebut kerana isu itu bukan isu penternak sebaliknya isu pengeksport dan negara Cina sendiiri telah bersetuju untuk memansuh perkara tersbut berkaitan RFID bagi memudahkan para pengeksport di Malaysia.







Pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak mampu lagi menahan malu telah mengambil tindakan meninggalkan majlis dialog tersebut walaupun ketika itu Datuk Seri Hj Noh masih lagi menjawab isu yang dibangkitkan.

Cerita lanjut akan saya bawakan bersama video sepanjang program tersebut..

..bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan