sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 26 September 2012

Anwar Mahu Isu Jet Ditutup...



Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jet yang dinaikinya bersama beberapa pemimpin pembangkang pada 15 September lalu adalah milik 'rakannya' hanya satu helah bagi menutup isu tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jika Ketua Pembangkang itu bercakap benar, maka beliau patut menyatakan lebih lanjut siapakah rakan yang dimaksudkannya itu.

''Jika ia pinjaman daripada rakannya, adakah ia perlu dibayar, daripada mana Anwar dapat duit untuk bayar. Duit itu daripada tabung mana. Adakah daripada tabung penyangak mata wang terbesar, George Soros.

''Namun, memandangkan Anwar sentiasa menekankan aspek kepentingan 'hak asasi' maka jawapannya semalam itu seolah-olah memberi amaran bahawa beliau boleh buat apa sahaja. Dan jangan disoal lagi,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Akta Makanan Haiwan 2012.

Noh mengulas mengenai pendedahan beberapa blog semalam yang memaparkan gambar Ketua Pembangkang itu sedang menaiki jet bersama pemimpin pembangkang lain dari Terminal Sky Park Subang bagi urusan ke Labuan, Sabah baru-baru ini.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya mempersoalkan adakah Anwar akan berdiam diri atau mendesak supaya satu siasatan diadakan sekiranya isu pendedahan gambar menaiki jet itu berlaku ke atas pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin Anwar tidak akan berdiam diri jika perkara seperti itu berlaku terhadap menteri-menteri kerajaan mahupun pemimpin BN lain.

''Bagi Anwar, kalau pembangkang pakai jet eksekutif ini memang tidak salah. Yang salah kalau pemimpin BN pakai. Anwar akan kata itu semua rasuah,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan