sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Rabu, 20 Februari 2013

Hospital Kedua di Tanjong Karang Akan Dibina.


 
 



Pembinaan hospital kedua di kawasan Parlimen Tanjong Karang, yang akan turut menempatkan beberapa doktor pakar, akan dimulakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, hospital itu yang akan dibina di Sungai Terap, Kuala Selangor di atas tanah seluas 16 hektar diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Selepas beberapa siri perbincangan, akhirnya peruntukan untuk membina hospital tersebut telah diluluskan.
Projek pembinaan akan dilakukan secepat mungkin selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan dimulakan dengan upacara pecah tanah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, setelah hospital baharu tersebut siap, Hospital Tanjong Karang sedia ada akan dikhaskan untuk rawatan pesakit luar.

“Hospital baharu itu akan menempatkan beberapa doktor pakar untuk penyakit tertentu bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan ini.

“Dengan itu, mereka tidak lagi perlu ke luar kawasan untuk mendapatkan rawatan khusus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan