sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Khamis, 23 Ogos 2012

ADUN DAP SEKINCHAN KEHABISAN MODAL UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI.


Sesuatu yang amat memalukan sebagai ADUN apabila apa yang diperkatakannya tidak mencerminkan beliau seorang yang cerdik. Malahan apa yang diperkatakan oleh ADUN Sekinchan ini seperti seorang yang sedang mabuk, sebagaimana beliau mabuk sewaktu beliau melanggar seorang mahasiswa Melayu UiTM di Shah Alam. Apakah  nasib mahasiswa tersebut yang telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan sewaktu beliau dalam keadaan mabuk? Kenyataan beliau sewaktu mengetuai demonstrasi  membantah kolam udang milik YB Datuk seri Noh b. Haji Omar betul-betul memang macam orang mabuk dan tidak mencerminkan sebagai wakil rakyat malahan apa yang diperkatakan amat cetek sekali pemikirannya.


Sebenarnya tanah tersebut telah diperolehi pada 8 Mac 1995, sebelum Noh menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang pada April 1995. Walaupun tanah udang tersebut diperolehi pada 8 Mac 1995,tetapi geran hakmilik sementara dikeluarkan pada 21 Februari 2001 dan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.

Pada tahun 1996, tanah udang tersebut disewakan kepada Syarikat Seri FUMA Sdn. Bhd. Tetapi tergendala. Pada 05 Januari 2011, Syarikat Pristine Agrofood telah mengambil alih projek tersebut dari Seri FUMA Sdn. Bhd. dan membaharui perjanjian sewa tanah tersebut dengan nilai sewaan RM25,200.00 setahun selama 10 tahun. Syarikat Pristine Agrofood memasuki kaveat melalui surat akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011.

Jelas menunjukkan kolam udang yang telah beroperasi sejak 16 tahun dahulu sebelum Noh menjadi Menteri Pertanian sengaja dijadikan isu politik murahan DAP yang telah kehabisan modal  dan mengajak pengikut-pengikut mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menutup isu kondominium Sekinchan dan penjualan Pangsapuri Damai yang mendapat bantahan rakyat Sekinchan.
(SILA LIHAT LAMPIRAN)


 

Sama- sama direnungi kedangkalan kata-kata ADUN Sekinchan sewaktu demonstrasi tersebut:

1.       “ syarikat tersebut telah bersetuju mengusahakan hartanah bersama dengan Noh bin Omar
[ nombor kad pengenalan dan alamat disertakan ] dengan jaminan harga sekurang-kurangnya RM25,200 sahaja setahun. Sesalinan perjanjian usahasama bertarikh 25 Januari 2011 dilampirkan disini,” surat itu dipetik.
Katanya, “ usahasama “ yang disebut dokumen ini menimbulkan “keraguan yang munasabah” dan definisi istilah itu juga sangat luas.

Nampak sangat kebodohan dan ceteknya pemikiran ADUN DAP Sekinchan ini dalam urusniaga. Usahasama tersebut sebenarnya tidak menimbulkan keraguan kerana ianya jelas merupakan satu perjanjian sewaan tanah yang telah ditetapkan sewanya sebanyak RM25,200.00 (Dua Puluh Lima Ribu Ringgit Malaysia) setahun dan tempoh sewaannya adalah 10 tahun. Jika sesuatu usahasama, sudah tentulah ianya tiada keuntungan tetap (RM25,200.00 setahun dan tiada tempoh usahasama 10 tahun).
Untuk pengetahuan ADUN DAP Sekinchan, jika Noh terlibat dalam usahasama ternakan udang tersebut, sudah tentulah keuntungannya berdasarkan kepada peratus saham Noh dalam usahasama tersebut. Tetapi usahasama tersebut jelas menunjukkan Noh tidak terlibat dalam usahasama tersebut kerana ia merupakan satu perjanjian sewaan tanah.
Sebagai Menteri, Noh pun tahu dia tidak boleh terlibat dalam mana-mana perniagaan. Sebab itulah beliau berhenti menjadi peguambela dan peguamcara di syarikat guamannya sendiri. Inilah bezanya pemimpin BN dan PR, pemimpin BN mengikut peraturan manakala PR mengikut peraturan rimba dan mempunyai mahkamah kanggaro (SELCAT).


2.       “ Noh Omar boleh makan udang termasuk otak udangnya tetapi tidak boleh ternak udang. Ini salah guna kuasa.

Bodoh betul kenyataan Ng Suee Lim ADUN DAP Sekinchan ni. Dimana salah guna kuasa kalau tanah sendiri yang telah 16 tahun diperolehi disewakan kepada syarikat untuk dibangunkan. Apakah kalau Noh mempunyai sawah maka sebagai Menteri Pertanian, Noh mesti membiarkan tanah tersebut ditumbuhi semak samun dan membiarkan  tikus membiak tanpa diusahakan? Pakai akallah sikit ADUN DAP Sekinchan. Sebenarnya ADUN DAP Sekinchan yang otak udang, dan sebab itulah tak boleh jadi EXCO Selangor sebab cetek pemikirannya.


3.       “ Orang yang kononnya nak jadi menteri besar Selangor ni wajib tampil ke depan dan jawab (dakwaan ini), “ kata Ng lagi.

Terima kasih ADUN DAP Sekinchan kerana sudah menerima hakikat Barisan Nasional (BN) akan menang dalam PRU 13 dan Pakatan Rakyat akan kalah. Tak kiralah siapa pun calon BN yang akan jadi menteri besar yang PENTING DAP SUDAH MENGAKUI BN AKAN MENANG DAN AKAN MEMERINTAH SELANGOR.


4.       “ Jadi kita mahu pihak berkuasa siasat. Sama ada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), polis aatau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya.

YB ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, SEGERAKANLAH LAPORAN/ADUAN RASMI  KEPADA SPRM BERHUBUNG KES INI. Amat dialu-alukan dan minta YB. Datuk Seri Noh tulis surat secara rasmi kepada SPRM adakah ADUN DAP Sekinchan ini sudah membuat laporan kepada SPRM berhubung isu tanah kolam udang ini. JIKA ADUN DAP SEKINCHAN INI SUDAH MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM, MOHON YB. DATUK SERI NOH BUAT LAPORAN KEPADA SPRM BAHAWA ADUN DAP SEKINCHAN INI BUAT LAPORAN PALSU. KALI INI KITA HARAP SANGAT NOH SAMAN ADUN DAP SEKINCHAN NI LEBIH DARI RM10 JUTA, KALAU DAPAT BIAR RM100 JUTA.


PERINGATAN KEPADA ADUN DAP SEKINCHAN, NG SUEE LIM YANG SEDANG KEPANASAN…
Ada 3 isu tempatan yang sedang ADUN DAP Sekinchan hadapi menjadikannya panas punggung macam cacing kepanasan dan menjadikan tanah udang untuk menutup isu di Sekinchan. Ingat YB ADUN DAP Sekinchan:

ISU PERTAMA – ADUN DAP SEKINCHAN DI SAMAN FITNAH OLEH YB. DATUK SERI NOH.
ADUN DAP Sekinchan, JANGANLAH LUPA, tuduhan ADUN DAP Sekinchan kepada YB. Datuk Seri Noh melesapkan duit petani RM 110 juta. Ianya sudah menjadi kes mahkamah. YB Datuk Seri Noh telah memfailkan saman fitnah kepada ADUN DAP Sekinchan. Tak banyak hanya RM 10 juta. SEE YOU IN COURT . SURE YB DATUK SERI NOH AKAN MENANG KES NI. Datuk Seri Noh dah janji kepada rakyat Tanjong Karang, kalau menang kes ni, duit RM10 juta akan digunakan untuk membuat kenduri besar-besaran di Tanjong Karang. Sepanjang YB. Datuk Seri Noh Omar menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang, beliau tidak pernah melupakan janji yang pernah dibuat. Rakyat Tanjong Karang amat memahaminya.

ISU KEDUA – MENGAPA ADUN DAP SEKINCHAN TAK JAWAB TUNTUTAN RAKYAT?
Tuntutan rakyat Sekinchan meminta penjelasan kepada ADUN DAP Sekinchan berhubung Projek Kondominium Sekinchan Residence tidak dilayan oleh ADUN DAP. Persoalannya, mengapa projek Kondominium Sekinchan dibina tidak mengikut garis panduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Garis Panduan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam (GPRTMDSB)?
Mengikut garis panduan tersebut, had tinggi pembinaan kondo tersebut hanya 12 tingkat tetapi dibina sehingga 18 tingkat. Mengikut garis panduan itu lagi, bilangan unit rumah hanya boleh dibina 50 unit rumah untuk 1 ekar, tetapi pembinaan kondo tersebut telah dibuat 93 unit.
ADAKAH ADUN SEKINCHAN INI MASIH MABUK TIDAK SEDAR APA YANG BERLAKU DI DEPAN MATA.  KEBIASAANNYA ORANG MABUK MEMANG TIDAK BOLEH BUKA MATA.

ISU KETIGA – MENGAPA PANSAPURI DAMAI SEKINCHAN DIJUAL?
Rakyat mahu penjelasan – Mengapa 24 unit kuota untuk bumiputera di Pangsapuri Damai Sekinchan dijual kepada syarikat bukan bumiputera, NKK Enterprise dibawah harga pasaran? Mengapa bumiputera dinafikan peluang memiliki rumah di Pangsapuri Damai tersebut.
Mengapa ADUN Sekinchan tidak mempertahankan kuota bumiputera Melayu terutamanya, sedangkan kemenangan ADUN DAP Sekinchan ini memang dibantu oleh undi bumiputera PAS dan bumiputera PKR semasa PRU12.
WAHAI MELAYU, SEDARLAH, inilah akibat kalau sokong DAP parti perkauman yang akhirnya hak melayu dijual kepada bukan Melayu.
MUNGKIN ADUN DAP SEKINCHAN INI ADA KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT NKK ENT. KALAU IKUT RINGKASAN NKK TU MUNGKIN MEMBAWA MAKSUD NG SUEE LIM DAN KAWAN KAWAN. TAKKANLAH SYARIKAT NKK ENT. YANG BARU DITUBUH PADA 29 SEPTEMBER 2010 DAN MEMBELI PANGSAPURI YANG DITENDERKAN PADA 20 SEPTEMBER 2010.



ISU PALING PANAS SELEPAS INI, YB ADUN DAP SEKINCHAN JUAL TANAH TOKONG. TAK PERCAYA? TUNGGGGGGU PENDEDAHAN SELANJUTNYA.

1 ulasan:

  1. KOLAM UDANG SUWEY BUAT ADUN SEKINCHAN!!!! NG SUEE LIM OTAK UDANG

    BalasPadam