DATO NOH D UGUT BUNUH !... LANUN SAMPAH & LANUN PASIR ISTIHAR PERANG?!!...
Sejak kebelakangan ni, aku banyak memerhatikan
tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang terutamanya
yang sedang bermaharajalela di Selangor.
Seperti
yang kita semua tahu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Noh
Omar antara yang paling lantang dalam membongkar kejahatan dan kezaliman
Pakatan di Selangor.
Isu-isu yang Noh timbulkan
membuatkan Pakatan di Selangor tercirit birit dan senggugut. Pakatan
merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang
telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor.
Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.
SELCAT
yang kononya mahu dipertontonkan Pakatan kepada rakyat sebagai contoh
ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik akhirnya terdedah sebagai
hanya sandiwara semasa demi untuk membersihkan pemimpin mereka yang
tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak
lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun,
lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan macam-macam
lagilah yang telah berjaya menjerut kepala tengkorak mereka.
Pakatan Selangor yang banyak bermain wayang kononnya... konon la mereka
ni sangat-sangat berkeras ingin menjuarai demokrasi, hak asasi manusia
dan pelopor kepada hak kebebasan bersuara sepatutnya menerima teguran
dengan baik sesuai dengan apa yang mereka laung-laungkan selama ini.
Malangnya, mereka lebih berusaha untuk menjadi juara spin, fitnah dan
provokasi. Mereka yang paling laju untuk berpropaganda dalam
memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.
Jawapan yang dinantikan rakyat tidak juga diberikan, sebaliknya sibuk jaga spender orang lain.
Yang
paling ketara mereka ni memang pakar, putarbelit bukan setakat menutup
malu dan aib mereka tetapi juga untuk melancarkan aktiviti dan karier
mereka menjadi penyamun tarbus dan dracula.
Kes skandal perlombongan haram pasir masih berleluasa hingga unjuran pendapatan yang dijangka, jauh dari pencapaian.
Tidak
cukup dengan itu, operasi penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu
penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.
Pakatan mendakwa bahawa dibawah pentadbiran BN di Selangor pendapatan pasir sikit. Eh, betul la tu..
Tetapi
kenapa Pakatan tak terangkan kepada rakyat adalah, BN tidak pentingkan
perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas
tanah private.
BN juga tidak pernah BUNUH orang
demi ketamakan hasil pasir dan BN juga tak ada la korek pasir ikut nafsu
sampai membiarkan satu Pekan Kajang banjir kilat teruk hinggakan buaya
pun lepas masuk Pekan Kajang tu.
Dek kerana kelantangan dan keberanian Noh Omar, nampaknya Pakatan Selangor simpan dendam. Ada cubaan untuk bunuh Noh Omar.
Bunuh ?? Maksud aku, karektor Noh Omar yang cuba dibunuh oleh Khalid And Co..
Habis diorang selak celah spender Noh Omar !
Fitnah
terhadap Noh Omar turut dipalitkan kepada keluarga, isteri dan
anak-anak. Ingat lagi macam mana pembangkang sebar gambar Noh Omar
sedang menari bersama isteri di majlis sambutan harijadinya.
Kononnya nak fitnah Noh bersama ntah mana-mana punya doll la tu bagi mengalih tumpuan kes Anwar dan Chinadoll.
Tapi,
itu lah gaya pembangkang kat Malaysia ni. Tak kaji dan selidik terus
buat fitnah. Macam mana nak jadi pembangkang, isteri Noh pun diorang
boleh fitnah, jadi aku tak yakin diorang ni boleh jadi contoh Islamik
yang patut dicontohi.
Fitnah jadi makanan harian mereka, dosa pahala pun diorang dah tak kenal.
Sumber: Ocean 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan