DI saluran undi Pasir Penambang dalam kawasan Dewan Undangan
(DUN) Negeri Permatang,
Tanjong Karang sudah dibuat segala pembangunan untuk
masyarakat Cina di situ.
Sebutlah apa sahaja. Nak jeti, diberi jeti baru. Nak dinaik
taraf pasar dan agihan peruntukan sara hidup nelayan, pun sudah diberikan.
Bukan ratusan ribu dibelanjakan, tetapi puluhan juta ringgit.
Namun semalam, masih lagi calon Barisan Nasional (BN),
Sulaiman Abdul Razak gagal meraih sokongan kali kedua selepas 2008 di saluran
Pasir Penambang. Bagaimanapun Sulaiman bersyukur kerana dengan bantuan pengundi
Melayu di saluran-saluran lain, beliau masih berjaya mengekalkan DUN Permatang.
Malah, dengan majoriti yang meningkat lagi, 1,026 berbanding 608 undi
sebelumnya.
Pasir Penambang, antara contoh paling klasik yang mana
pengundi Cina yang sudah diberikan segala kemudahan dan wang ringgit, masih
tetap sepakat menyokong pakatan pembangkang. Dengan kata lain, mengundi PKR
tetapi untuk DAP.
Jika dulu BN di Selangor cuma menang 20 daripada 56 kerusi,
kali ini dalam PRU-13 lebih teruk lagi. BN cuma sekadar meraih 12 kerusi DUN ,
kurang lapan lagi kerusi berbanding 44 pembangkang.
Apa pun kita wajar bercakap benar meskipun pahit untuk
ditelan. Realiti tetap realiti. Marilah kita singkap mengapa pengundi Cina
menolak BN di seluruh negara, termasuklah Selangor. MCA, kalau diperhatikan,
parti itu hakikatnya telah menjalankan peranannya untuk menjamin survival
ekonomi kaum Cina sejak merdeka sehingga sekarang. Dalam formula pembahagian kuasa
dalam BN, sektor ekonomi juga dibahagikan berasaskan kaum.
Untuk suatu jangka masa, formula itu seakan-akan berhasil.
Namun, wujud kegusaran bahawa apa yang telah diperoleh dalam bentuk habuan
ekonomi masih tidak mencukupi. Dan kaum Cina memerlukan lebih daripada itu.
MCA, yang kemudian disusuli parti Gerakan, diuar-uarkan oleh
pesaing mereka, DAP seolah-olah terlalu tunduk kepada UMNO lalu menjadi satu
limitasi kepada kaum Cina.
Hal ini membawa satu kebangkitan pembangkang pada 2008, yang
waktu itu dilabelkan sebagai kebangkitan
rakyat. Tetapi sebenarnya apa yang disebut sebagai tsunami
Cina telah pun berlaku ketika itu.
Ini apabila banyak kerusi yang apabila dicampur undinya,
baharulah menyaksikan kerusi-kerusi Melayu mencatat kelebihan undi tipis di
Pulau Pinang lima tahun lalu. Itu setelah dibantu oleh undi masyarakat India
selepas undi penyokong MCA dan Gerakan beralih untuk satu
Cina DAP.
Pada masa sama dalam lima tahun ini, pakatan pembangkang
dikatakan kelihatan lebih terbuka dalam kalangan orang Cina. Dan lebih banyak
hal yang masih boleh dirundingkan.
Justeru, dapat dilihat bagaimana dalam pilihan raya umum
lepas, undi orang Cina lebih berpihak kepada DAP, yang mana MCA cuma menang 19
daripada 40 kerusi Parlimen, kebanyakannya tewas kepada DAP.
Kemudian, kerajaan BN seakan-akan lebih berlembut dengan MCA
dan tunduk kepada gesaan MCA demi mendapatkan kembali undi kaum Cina. Keputusan
PRU 2008 juga menjadikan MCA bergolak hebat, yang kemudian membawa kepada
pemilihan 2008, EGM 2009 dan pemilihan semula pada
Mac 2010 - yang menyaksikan
bagaimana Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mampu memenangi kerusi Presiden dalam
MCA. Ini selepas beliau sebelumnya meletak semua jawatan setelah skandalnya
terbongkar pada Januari 2008.
Dan realitinya yang tidak dapat kita nafikan, pucuk pimpinan
parti-parti politik Cina bukanlah kuasa atau penentu dalam menarik sokongan
Cina. Atau dengan kata lain - berpengaruh.
Sebaliknya, ia terletak dalam tangan persatuan-persatuan
Cina, yang sebenarnya berupaya menentukan jatuh bangun pucuk pimpinan parti
terbabit. Kita tidak tahu kemungkinan Soi Lek sengaja diberi kemenangan menerajui MCA tempoh hari, yang kemudian akhirnya
melemahkan parti itu sendiri, sekali gus BN?
Dan kalau kita perhatikan, parti-parti politik Cina
kelihatan dimanipulasi untuk kepentingan kaum itu secara keseluruhannya.
Misalnya apabila DAP melaung-laungkan sesuatu tuntutan
sebagai parti pembangkang, tidak lama kemudian MCA dan Gerakan akan menjadikan
tuntutan DAP sebagai satu alasan untuk berunding dengan UMNO dalam BN.
Seolah-olah, sekiranya perkara serupa tidak diberi kepada MCA, maka undi Cina
akan berpihak kepada pembangkang.
Hal sama terjadi apabila MCA cuma menghenyak pakatan (penyokong DAP) dengan cuba menakut-nakutkan orang Cina
dengan hudud. Maka, DAP akan menjadikannya sebagai buah tangannya - kalau Pas
tak buang hudud daripada ideologinya atau manifesto, undi Cina tidak akan
diperoleh pakatan.
Dalam kedua-dua keadaan, kaum Cina secara umumnya mendapat
habuan. Dan pada masa sama sedikit demi sedikit menggadaikan kepentingan kaum
lain termasuk menjadikan hanya kaum itu sahaja dominan, misalnya untuk perjuangan pendidikan Cina .
Ini dapat diperhatikan dalam pelbagai isu yang lepas atau
sedang berlaku. Misalnya isu meritokrasi, penaiktarafan IPTS kepada universiti,
Bible dalam bahasa Melayu, liberalisasi ekonomi dalam beberapa sektor dan
beberapa lagi.
Di sana dalam masyarakat Cina, kita akan temui merata
persatuan Cina, dewan-dewan perniagaan dan NGO-NGO mereka. Mereka kumpulan
profesional dan pertubuhan berasaskan industri tertentu. Juga, adalah kumpulan
berasaskan dialek dan suku kaum.
Persatuan dan pertubuhan inilah yang menentukan hala tuju
politik kaum Cina. Barangkali dalam PRU-13, mereka telah menetapkan calon dan
parti mana yang harus disokong oleh orang Cina.
Orang Melayu sepatutnya belajar daripada politik orang Cina.
Orang Cina tidak mengambil kira parti apa pun atau ideologi mana pun. Yang
utama kepentingan mereka terjaga.
Orang Cina Malaysia lebih celik politik. Mereka menjadikan
politik sebagai salah satu jalan ke arah memastikan survival bangsa Cina di
negara ini.
Sebilangan orang Melayu barangkali beriman dengan satu-satu parti. Dan kalau menukar parti boleh diibaratkan
sehingga sampai ke tahap jatuh talak isteri, murtad dan korban neraka.
Sedangkan masyarakat Cina cuma menjadikan politik salah satu
wadah atau alat dalam memperjuangkan survival mereka. Orang Melayu perlu cerdik
menilai masa depan - dalam lima tahun mendatang.
Jangan menang
sorak, kampung tergadai.
Anda menulis: "Pasir Penambang, antara contoh paling klasik yang mana pengundi Cina yang sudah diberikan segala kemudahan dan wang ringgit, masih tetap sepakat menyokong pakatan pembangkang. Dengan kata lain, mengundi PKR tetapi untuk DAP."...
BalasPadamSaya komen: UMNO, MIC, MCA dan BN khasnya, kene sedar, rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Rakyat bukan sekadar mahukan pembangunan semata mata, tapi rakyat mahukan pengisian yang sepatutnya. Ingat, warga UMNO, jangn berani menimbulkan isu bernada provokasi perkauman!!!! Anda bukan berhadapan dengan bangsa cina, tapi berhadapan dengan warga Malaysia yang celik, yang sedar, yang mahukan pembaharuan... Jadikan PRU12 dan PRU13 sebagai pengajaran, masih ada ruang untuk memperbetulkan diri, mandat diberi selama 5 tahun, buktikan, atau sedia menerima akibat, pada PRU14.
Persoalannya apa lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, 'apa lagi orang Cina mahu'! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.
PadamMungkin kekecewaan mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana pakatan pembangkang gagal memerintah.
Mereka membuat percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Melalui cara itu, mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.