Masyarakat di kawasan Parlimen
Tanjong Karang akan rugi dan ketinggalan daripada arus pembangunan sekiranya
menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Calon BN Parlimen itu, Datuk Seri
Noh Omar berkata, rakyat kawasan Tanjong Karang selama ini telah menikmati
pelbagai limpahan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN sejak sekian lama
melibatkan pelbagai aspek sama ada ekonomi, kebajikan, pendidikan dan
sebagainya.
Malah beliau sendiri yang menyandang
kerusi Parlimen itu selama empat penggal membawa pelbagai pembangunan kawasan
itu termasuk memastikan kesejahteraan dan kehidupan rakyatnya terbela.
"Pada peringkat awal menjadi
Ahli Parlimen kawasan ini, saya telah membantu merealisasikan penubuhan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) di Sungai Panjang yang dahulunya di bawah Parlimen
Tanjong Karang.
"Kemudiannya saya juga berusaha
mewujudkan pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk membina Sekolah
Menengah Sungai Burong, masing-masing ketika saya menjadi Timbalan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran," katanya.
Noh berkata, usaha kerajaan BN
membangunkan kawasan Tanjong Karang tidak terhenti setakat itu malah diteruskan
dengan menyediakan infrastruktur pertanian seperti pengairan, pembinaan jeti,
bantuan kepada petani dan nelayan semasa beliau menjawat jawatan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Pembangunan dan bantuan itu
termasuk peruntukan RM3.3 juta untuk pendidikan sepanjang tempoh 2010 hingga
2012, pembinaan rumah mesra rakyat, membaik pulih rumah rakyat miskin, rawatan
kesihatan dan cermin mata percuma untuk rakyat," katanya.
Pada masa sama, katanya, BN telah
menyediakan perancangan yang terbaik kepada rakyat Tanjong Karang sekiranya
parti itu diberikan kepercayaan mentadbir Selangor dan Kerajaan Pusat selepas
PRU-13 nanti.
Kata beliau, perancangan tersebut
termasuk melibatkan projek menaik taraf jalan Tanjong Karang sedia ada kepada
Lebuh Raya Pantai Barat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan itu
selain pembinaan
Hospital Tanjong Karang yang baharu di Sungai Burong.
"BN sentiasa berusaha untuk
rakyat dan majukan kawasan Tanjong Karang. Kita laksana janji, jadi rugi jika
rakyat jika tidak pilih BN,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan