sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Selasa, 7 Oktober 2014

Untungkah PAS dalam Tahaluf Siyasi bersama PKR dan DAP?




Setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), untungkah PAS untuk terus menjalin hubungan kerjasama politik dengan sekutunya?

Apakah laba kerjasama politik yang diperoleh PAS untuk memperkukuhkan parti dan terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam?

Persoalan berkenaan menarik perhatian umum khususnya penyokong parti yang kian resah ekoran pergeseran kuat yang melanda antara ketiga-tiga parti mutakhir ini, yang memperlihatkan seolah-olah PAS semakin 'lemas' dihimpit DAP dan PKR.

Banyak pihak melihat kerjasama politik yang dimulakan sejak 2008 itu mungkin hampir ke penghujungnya setelah umum disajikan episod demi episod percakaran dan ketidaksefahaman antara ketiga-tiga parti.

DI MANA TITIK KEBERSAMAAN TAHALUF SIYASI?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti ke-60 di Johor bulan lepas dilapor berkata bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan parti itu adalah kerjasama mencari titik kebersamaan dengan PKR dan DAP.

Persoalannya, setelah enam tahun mengadakan tahaluf siyasi, di manakah titik persamaan PAS, PKR dan DAP?

Ketiga-tiga parti itu jelas tidak mempunyai kebersamaan dalam pelbagai aspek termasuk ideologi, dasar dan keputusan.


Kebersamaan itu hanya dapat dilihat menjelang pilihan raya iaitu untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Jika benar PAS, DAP dan PKR mencapai kesepaduan, tidak mungkin dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, ketiga-tiga parti itu mempunyai nada berbeza dalam menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 juga tidak mungkin mereka bertembung sesama sendiri di beberapa kawasan, jika saling memahami.

Parti pakatan kononnya mereka mempunyai kesefahaman yang baik dalam pelbagai perkara kerana ia hanyalah retorik politik yang bertujuan meraih kepercayaan pengundi mereka.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Kelantan, beliau berkata sokongan jentera PKR dan DAP tidak kelihatan sepanjang kempen berlangsung dan ia didorong oleh sentimen PAS yang tidak menyokong keputusan PKR dan DAP mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.


Ini tidak menunjukkan kebersamaan mereka.

TAHALUF SIYASI DIKAJI SEMULA

Permintaan untuk mengkaji semula tahaluf siyasi PAS bersama PKR dan DAP bukanlah isu baharu kerana ia telah lama disuarakan bukan sahaja akar umbi, malah oleh pemimpin parti itu sendiri.

Dalam muktamar tahun lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Allahyarham Datuk Harun Taib menegaskan bahawa konsep tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR akan disemak dari semasa ke semasa.

Tahun ini, isyarat serupa dinyatakan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang menggesa Dewan Ulama mengkaji semula tahaluf siyasi dengan parti pakatan terutama dalam menghadapi situasi politik masa kini.

Pada 20 Sept lepas, Abdul Hadi sendiri dilapor membidas rakan tahaluf siyasi PAS, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana 'mencuri' dua wakil rakyat parti berkenaan untuk menyokong tindakan mereka untuk mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP) tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita. Adakah itu etika tahaluf siyasi?," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata.

Anggota Parlimen Marang itu tahu mengenai keretakan yang berlaku di dalam partinya ekoran tahaluf siyasi, namun bertindak mendiamkan diri.

Sebagai seorang panglima perang, sudah tentu dia (Abdul Hadi) akan bercakap bahawa beliau ada tentera yang kuat dan mahukan kemenangan, meskipun di belakangnya ramai askar telah gugur.

PAS sahaja yang benar-benar mengikuti dan berpegang kepada prinsip tahaluf siyasi manakala dua lagi parti tidak.

TIDAK KELUAR PAKATAN

Meskipun berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku, PAS masih akur dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluar daripada pakatan politik yang longgar itu, bagi bersendirian dan mengekalkan asas perjuangannya.

Ini menjadikan parti itu menjadi mangsa buli PKR dan DAP, seperti yang diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 Sept.

Oktoberfest 2014, Hadiah Hari Raya Korban MB Baru kepada Rakyat Selangor...



Sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.

Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan? Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja.

Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.


Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.
Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Di manakah letaknya sensitiviti pemerintahan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besarnya Azmin Ali?

Azmin Ali sepatutnya peka dengan keadaan ini kerana ia terletak di bawah tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor dalam Hal Ehwal Islam.

Apakah tindakan Azmin Ali selepas ini sama ada membiarkan iklan dan pesta arak Carlsberg berleluasa atau menyekat dan membatalkan iklan dan pesta arak itu demi kepentingan rakyat.

PESTA ARAK "OKTOBERFEST" - KERAJAAN SELANGOR WAJIB HENTIKAN JIKA MAHU LIHAT SELANGOR MEMILIKI RAKYAT YANG SIHAT JIWANYA


Isnin, 6 Oktober 2014

Kenapa Anwar menggelabah?


Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwatnya menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggelabah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada akhir bulan ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Anwar sepatutnya lebih tenang kerana sebelum ini mahkamah telah memberi pelbagai ruang dan peluang untuk dia mempertahankan diri sehingga perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan puluhan kali.

Beliau turut mengingatkan Anwar bahawa keadilan bukanlah hak milik esklusifnya sehingga orang lain tidak berhak menerimanya.

"Adakah pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak berhak mendapat keadilan, biarlah mahkamah membuat kata putus.

"Tindakan Anwar yang berlari ke sana sini mendapatkan sokongan antarabangsa memberi isyarat dia seperti sudah tahu nasibnya. Jika tidak, kenapa dia menggelabah.

Beliau mengulas laporan portal berita The Sydney Morning Herald(http://www.smh.com.au) pada Jumaat lalu berhubung kritikan Anwar terhadap kerajaan Autralia berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.

Menurut laporan itu, Anwar berada di Jakarta, Indonesia untuk mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan memuji pendirian Australia yang enggan campur tangan dalam kes liwat Anwar dan menyifatkan negara itu telah membuat keputusan yang tepat.

"Dulu bolehlah, negara lain belum dapat maklumat yang tepat. Sekarang semua orang tahu, sebab itu saya tidak pelik dengan pendirian Australia," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyelar tindakan Anwar yang hanya menerima keputusan mahkamah secara berpilih iaitu yang berpihak kepadanya.

Katanya, sikap itu agak 'melucukan' kerana Anwar juga galak menyaman pihak yang tidak sehaluan dengannya.