Sikap Lim Guan Eng yang meletakkan permainan politik UMNO sebagai antara punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Sabtu lalu jelas melayakkan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan itu dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan salah-menyalah.
"Pernahkah kita dengar, Guan
Eng tidak menuduh orang UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
kalau DAP kalah? Kalau buka mulut, memang tiada lain. Permainan salah-menyalah
memang nombor satu beliau.
Peduli apa dia nak
kata tetapi kalau kita masuk pertandingan, tak kira pertandingan apa, kalah
atau menang itu perkara biasa. Kalau sudah kalah, tak usahlah tuduh orang
lain.
Guan Eng mendakwa kekalahan
DAP berpunca daripada tiga faktor iaitu kemerosotan peratusan keluar mengundi,
permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dyana Sofya Mohd.
Daud yang merupakan muka baharu di kawasan itu.
Malah beliau mendakwa, kebanyakan
pemilih yang tidak hadir untuk mengundi ialah mereka yang propembangkang dan
berada di luar kawasan.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sikap ego pemimpin
pembangkang yang gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca
kekalahan DAP.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas
memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 19,919 undi.
Kekalahan DAP sebenarnya terletak kepada pemimpinnya yang berterusan mengetengahkan permainan' politik kebencian dan ini membuatkan pengundi muak dengan strategi tersebut.
Politik sebegini sudah tiada
tempat lagi. DAP sekarang pun sudah berpecah-belah, orang dalam parti sendiri
pun sudah rasa benci kerana DAP kini milik Dinasti Lim dan Dinasti
Karpal.
DAP seharusnya menilai
kelemahan sendiri berhubung kekalahan di Parlimen Teluk Intan dan bukannya
bertindak menyalahkan pihak lain.
Dalam DAP, pastinya ada ramai
orang yang berkaliber. Tetapi, mereka letak orang yang tak faham perjuangan
DAP. Seperkara lain, akar umbi sudah muak dan bosan dengan sikap pemerintahan
diktator dalam DAP. Kit Siang dan Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan
kekalahan ini.
DAP kalah, sebab bapa dan anak terlampau
ego. Mereka langsung tak ingat bahawa DAP ini dibina oleh akar umbi. Sekarang
akar umbi sudah tunjuk, tak balik mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan