sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Khamis, 3 Oktober 2013

BR1M : Pembangkang Tertekan Dan Golongan Tidak Layak (kaya) Tentang


Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah berjaya menepati sasarannya.  Pembangkang cukup tertekan dengan pemberian BR1M. Manakala golongan yang tidak layak menerima BR1M (kaya)  pula membangkang  dengan berbagai-bagai alasan.  Golongan yang layak  menerima BR1M (miskin dan majoriti) suarakan kesyukuran.  Isu BR1M memang secara tidak langsung merupakan senjata yang membunuh fitnah dan tohmahan pembangkang.

Kita menyedari bahawa pembangkang benar-benar terpukul dengan BR1M yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Namun yang menjadi persoalannya mengapa terdapat segolongan penyokong kerajaan yang tidak menerima BR1M telah bertindak mengeluarkan kenyataan “menghentam” BR1M.

BR1M telah membuka mata rakyat Malaysia akan wujudnya subsidi dan bantuan yang diberi oleh kerajaan. Selama ini terdapat hampir 80% rakyat Malaysia tidak sedar akan wujudnya bantuan dari kerajaan yang berbentuk subsidi ekoran dari terlalu lama menerima subsidi dari kerajaan Barisan Nasional   sehingga menganggap itu merupakan harga sebenar tanpa bantuan kerajaan.

Lantas mereka yang tidak menyedari dan “tutup mata” akan wujudnya subsidi telah bertindak menyokong parti yang menentang kerajaan.  Langkah kerajaan mengurangkan subsidi yang lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin yang lebih memerlukan memang amat bijak dan yang penting “membuka mata” akan wujudnya bantuan kerajaan yang selama ini telah difitnah , dicaci dan ditohmah tahap maksima.

Apabila kerajaan menarik subsidi yang dinikmati oleh golongan kaya, ini telah menyebabkan rakyat lebih menghargai subsidi  dan bantuan kerajaan. Secara tidak langsung, ini  akan menyebabkan sokongan terhadap kerajaan akan  meningkat  setelah merudum dalam zaman pemerintahan Pak Lah.

Sebarang cadangan untuk menghapuskan BR1M  pasti akan menyebabkan sokongan terhadap kerajaan  semakin berkurangan.  Kita harus amat berhati-hati dengan  segelintir penyokong kerajaan yang sebenarnya merupakan gunting dalam lipatan. Disamping itu  Kerajaan harus memperhalusi setiap tindakan dan disusuli dengan penguatkuasaan yang tegas tanpa gentar terhadap ugutan dan ancaman pembangkang.

Demi untuk memudahkan dan tidak membebankan rakyat maka kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan. Ianya  tidak akan diberi  secara tunai tetapi akan terus didebitkan ke dalam akaun penerima. Kerajaan juga sedang melihat keperluan membantu meringankan beban isi rumah yang berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000. Model bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Sebelum ini bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250

Isi rumah yang layak (RM500):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.
•   Individu yang layak (RM250):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Tindakan kerajaan untuk  terus memberikan BR1M memang patut dipuji. BR1M boleh menjana ekonomi setempat kerana wang tunai yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan. Hakikatnya BR1M bukan hanya wang tunai bagi meringankan beban  tetapi juga mampu memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik. Kedai runcit, pasar tani, pasar malam dan pusat membeli belah akan turut menerima kesan positif daripada program BR1M.


Sebenarnya kerajaan mengalami transformasi yang amat besar dalam sejarah negara kerana segala tindak tanduk dan perancangan kerajaan akan benar-benar menjurus kepada kebaikan dan nilai tambah terhadap rakyat semata-mata.  Dalam keadaan rakyat yang cukup lantang bersuara menyatakan hak dan lambakan maklumat tanpa sempadan telah mendorong kerajaan berkhidmat untuk rakyat tanpa pilihan. Ini akan dapat menjamin kerajaan yang lebih telus dan cekap.

sumber: mkmu.net