sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Isnin, 25 Februari 2013

GEMPAR...BETAPA TERDESAKNYA PR TG KARANG...



Lokasi banner ni terletak kt Kampung Bagan Pasir Tg Karang...

Takkan ni pun kerja org2 UMNO...

Kalau ikutkn banner2 PR kt Sekitar Pekan Tg Karang ni lg banyak bersepah2...tapi tak pernah pun ada yg kene sembur atau kene simbah dgn cat...



TERDESAK...
Mungkin itulah perkataan yg sesuai ditujukan kpd PR Tg Karang, mereka mula resah kerana rakyat khususnya penyokong PR Tg Karang dah mula BOSAN dan lebih memilih kerajaan BN yg lebih MENEPATI JANJI...

GEMPAR...PENERIMA BR1M TG KARANG ADALAH HAIWAN?...

Perhatikan foto2 di bawah ini...
Foto2 ini diambil semasa majlis penyerahan BR1M 2.0 baru2 ini di sekitar Parlimen Tg Karang...
Foto Penerima2 ini adalah terdiri drpd pemimpin2 dan peyokong2 tegar PKR, PAS & DAP sekitar Parlimen Tg Karang.

Nik Aziz kata penerima BR1M ni haiwan...
Jadi, apakah para penyokong PAS di bawah jemaah yang dipimpin Nik Aziz itu juga tergolong dari haiwan jenis “ayam” dan lembu”?



Korang semua tahu tak bahawa, yang menerima BR1M ni adalah dari semua kalngan rakyat? Bukan orang BN je yang dapat tau? Semua dapat. kalau la BN busuk hati dia tapis dan bagi pada penyokong dia saja macamana? Apa perasaan penyokong Pakatan kalau macam tu beb?



BN bagi kat semua dan setakat yang aku tau la, penyokong PAS la yang paing depan sekali untuk mengambil duit BR1M ni. Kerajaan bagi duit ambik tapi undi dan pangkah mesti PAS saja?



Tidakkah para penyokong PAS marah pada Nik Aziz yang menyifatkan mereka begitu hina martabatnya sedangkan mereka diciptakan Allah sebagai manusia yang merupakan ciptaan makhluk yang terbaik di alam ini.


Selain itu, bantuan BR1M itu juga diberikan kepada pelbagai kaum di negara ini seperti Cina, India, Benggali dan lain-lain kaum yang bukan beragama Islam.

Apakah Nik Aziz tidak rasa bersalah mempamerkan akhlak seorang “Tok Guru” yang berimej Islam dengan menghina mereka sebagai haiwan?

Apa pula pandangan mereka terhadap Islam bila dihina oleh seorang “Tok Guru” yang kononnya pemimpin Islam?

BR1M itu bukanlah “gula-gula” pilihanraya kerana ia pernah dua kali diberikan kerajaan BN kepada rakyat Malaysia dan ketika bantuan demi kebajikan rakyat itu dihulurkan bukanlah di musim pilihanraya pun. Cuma kali ini kebetulan saja PRU ke-13 itu dikatakan begitu hampir…

 
Sungguh hinanya Kamu meneirma Rezeki yang Allah Beri Sampai Digelarkan Binatang
Ingat Semua Penerima BR1M,Kamu Semua Adalah Binatang!!
Binatang!!
Binatang!!
PRU13 Jangan lah kita beri undi kepada orang yg samakan kita macam Binatang Disebabkan menerima Rezeki yang Allah Taala Beri.



Anggapan Nik Aziz terhadap rakyat yang memerlukan

Rabu, 20 Februari 2013

Usaha Atasi Siput Gondang, Padi Angin Diperluas.




TANJONG KARANG 19 Feb 2013. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperluaskan program Taklimat Kawalan Pergerakan Jentera Pertanian di seluruh negara bagi membendung masalah siput gondang dan padi angin yang menjadi punca kemerosotan pengeluaran hasil pertanian itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, program tersebut dilihat penting memandangkan siput gondang dan padi angin merupakan ancaman utama yang dihadapi majoriti penanam padi di negara ini.

Menurutnya, meskipun kerajaan memberikan subsidi racun kepada para petani berjumlah RM200 bagi setiap hektar, langkah itu belum cukup untuk memastikan kedua-dua masalah tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya.

"Kita sedia maklum masalah siput gondang dan padi angin turut disumbangkan oleh pergerakan jentera pertanian dari satu negeri ke negeri yang lain. Mesin berkenaan sentiasa bergerak sama ada dari Kedah ke Selangor, Pahang, Perak dan sebagainya.



Hospital Kedua di Tanjong Karang Akan Dibina.


 
 



Pembinaan hospital kedua di kawasan Parlimen Tanjong Karang, yang akan turut menempatkan beberapa doktor pakar, akan dimulakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, hospital itu yang akan dibina di Sungai Terap, Kuala Selangor di atas tanah seluas 16 hektar diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Selepas beberapa siri perbincangan, akhirnya peruntukan untuk membina hospital tersebut telah diluluskan.
Projek pembinaan akan dilakukan secepat mungkin selepas mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan dimulakan dengan upacara pecah tanah.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, setelah hospital baharu tersebut siap, Hospital Tanjong Karang sedia ada akan dikhaskan untuk rawatan pesakit luar.

“Hospital baharu itu akan menempatkan beberapa doktor pakar untuk penyakit tertentu bagi meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan ini.

“Dengan itu, mereka tidak lagi perlu ke luar kawasan untuk mendapatkan rawatan khusus.