Nadi Tanjong Karang
sayangi selangor
Di sini lahirnya sebuah cinta...
Isnin, 1 Mei 2017
Muhyiddin `Presiden Boneka' PPBM?
Muktamar Pas: DAP musuh lebih besar berbanding UMNO - Perwakilan
Menurut Yusni Mat Piah, ini dapat dilihat menerusi tindakan DAP yang secara berulang kali menentang agenda Islam yang dibawa oleh Pas dengan mengambil contoh pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1963 atau RUU 355 yang dibawa oleh Pas.
"Kita tidak perlu kemuka hujah yang banyak.
"Terbaru, kita lihat bagaimana mereka (DAP) menentang pelaksanaan RUU355," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden di hari kedua Muktamar Pas Pusat Ke-63 di sini hari ini.
Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pas menolak bekerjasama dengan DAP kerana konsep dan prinsip parti berasaskan kaum Cina itu yang rasis dan terang-terangan menolak Islam, sekali gus bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Abdul Hadi turut memberikan contoh tentang usul pindaan RUU 355, yang ditentang DAP sejak awal lagi.
Khamis, 21 Januari 2016
Tahniah Barisan Nasional Tanjong Karang!!!... Andalah yang terbaik membela nasib rakyat...
Isnin, 23 November 2015
Pelik Tapi Benar : PAS Pembangkang di P.Pinang Tapi Tidak di Selangor
PAS telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai melihat PAS juga perlu berbuat demikian di Selangor.
Ramai berpendapat pendirian PAS itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
PAS perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
Hakikatnya PAS adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan semua yakin jika PAS tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tindakan PAS Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
Anehnya, kenapa PAS tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?...
Khamis, 12 November 2015
Tak Perlu Dapat Undi Banyak Nak Dapat Jawatan Dalam DAP
Kenaikan Tarif Air Selangor Tidak Munasabah - Khalid Ibrahim .
Keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan syarikat konsesi air selesai sepenuhnya tidak munasabah kerana bercanggah dengan matlamat asal penyusunan semula industri air di negeri itu.
“Saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu menggesa satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan agar dapat memantau penetapan tarif itu.
“Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa.
“Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat,” katanya yang turut mempersoalkan syarikat manakah yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan kepada SPLASH dan bayaran konsultansi yang dibayar kerajaan negeri.
Katanya, selain menaikkan tariff air, kerajaan negeri yang mengawal sepenuhnya industri air boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.
“Kerajaan negeri tidak perlu lagi mengikut Perjanjian Konsesi kerana sudah mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan kaedah ‘harga’ dan ‘kos’ yang baharu untuk mengurangkan dan menghapuskan keperluan menaikkan tarif,” katanya.
Dalam masa sama, Khalid juga menasihatkan agar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan.
“Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang,” katanya.
Khalid turut membidas Pakatan Harapan yang sering mencari kelemahan pihak lain tetapi mendiamkan diri terhadap kepincangan yang berlaku di Selangor.
Katanya, Pakatan Harapan perlu berhenti bersikap hipokrit dan berdolak dalih dengan membuktikan keupayaan mengurus industri air lebih baik berbanding era Barisan Nasional disamping menunaikan tawaran dalam manifesto PRU13.