sayangi selangor

sayangi selangor

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Sabtu, 28 April 2012

DEMO BERSIH 3.0 DIKUASAI ORANG CINA

Perhatikan gambar-gambar di bawah ini...




Apa yg boleh kita lihat berdasarkan gambar-gambar di atas jelas menunjukkan perhimpunan Bersih 3.0 kali ini dikuasai oleh orang-orang cina.

Anggaran aku lebih 70% orang-orang cina mengusai demo tersebut.

Sudah jelas menunjukkan puak-puak ini tidak boleh diberi ruang...

Rabu, 25 April 2012

PKR Selangor Penakut....!!


Cadangan agar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat, hanya menunjukkan pakatan pembangkang takut dengan angin perubahan yang melanda negeri itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membuat saranan itu kerana beliau sedar tentang sokongan rakyat yang telah kembali kepada BN termasuk masyarakat India yang dahulunya memihak kepada pakatan pembangkang.

Oleh itu, katanya, Anwar mula mencari alasan baru kononnya senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih dan hanya akan menyertai pilihan raya umum selepas semuanya bersih mengikut pandangan mereka.

"Dahulu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan sekiranya pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012. Tetapi sekarang sudah hujung April, belum ada tanda tetapi Anwar pula cadang Selangor tidak akan sertai pilihan raya itu dengan alasan baru.

"Sebenarnya Anwar dan pembangkang takut dengan angin perubahan rakyat Selangor dan mereka juga takut kerana semakin hilang sokongan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur (JBD) Fasa III di Pasar Tani Shah Alam, di sini hari ini.

Ini kerana, ujar beliau, pakatan pembangkang tidak lagi boleh memperalatkan pihak lain sebagai contohnya Hindraf kerana sokongan kaum India terhadap mereka semakin menyusut.

Bagaimanapun, kata Noh, BN Selangor tidak mempunyai masalah jika kerajaan PKR negeri tetap mahu mengadakan pilihan raya berasingan kerana ia juga sebenarnya akan memberikan kelebihan kepada BN apabila dapat memberi tumpuan sepenuhnya di Selangor.

Selasa, 24 April 2012

RAKYAT SELANGOR SILA HUBUNGI CARELINE BN SELANGOR...



KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEWUJUDAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA
Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.
Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat. Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.
Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.
Selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.
Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.
Sekian, Sayangi Selangor ; Yakini BN. DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012

Isnin, 23 April 2012


mesra rakyat - ds hj noh hj omar & para pemantap umno/bn di selangor mengunjungi warga emas di kg sg tengi kiri, tg karang, selangor...

terbaeekkk.. 

"sayangi selangor, yakini bn"

Ahad, 22 April 2012

PAS KAWASAN TANJONG KARANG BAKAL BERKUBUR?...




                                          Foto jalan di hadapan Dewan Dato Hormat 
                                          pada hari Ahad 22/04/2012.



Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjong Karang pada hari Ahad yang lepas (22/04/2012) telah membuktikan segala-galanya...kehadiran amat mengecewakan, khabarnya lebih kurang 200 orang sahaja ahli PAS yang hadir...

Jika dilihat persiapan yang dilakukan seolah-olah ia akan mengadakan acara yang besar...hampir keseluruhan pekan Tanjong Karang diliputi bendera hijau...

Maklumat yang admin terima, Pengerusi PAS Kawasan Tanjong Karang yang sememangnya menghidapi penyakit tekanan darah tinggi tidak dapat menerima kehadiran ahli-ahlinya yang terlalu sedikit...alasan banyak majlis kenduri kendara tidak dapat diterima...nampaknya perkara ini boleh menambah tekanan kepada beliau...

Sekarang dah terbukti bahawa orang Tanjong Karang sudah bosan dan muak dengan kerenah kepimpinan PAS Tertinggi dan PAS Kawasan yang telah lari dari landasan perjuangan yang sebenar, mana SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA....

Yang ada sekarang adalah Parti AMBIGA SRENEVASAN yang mana slogan dahulu telah di tunggangi oleh AMBIGA pejuang LGBT....adakah kepimpinan ulama dalam PAS sekarang bersetuju dengan perjuangan AMBIGA?...Adakah ulama PAS Tanjong Karang setuju atau pura-pura alim-alim dalam semak yang buat-buat macam tak tahu PAS sudah di tunggang oleh AMBIGA, LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, KARPAL SINGH atau sudah main dengan ANWAR IBRAHIM....

Walaubagaimanapun marilah kita berdoa agar Pengerusi PAS Kawasan Tanjong Karang tidak sakit jantung atau darah bertambah tinggi agar beliau dapat melihat kemungkaran parti PAS yang ahlinya sekarang ini banyak yang tak tahu hukum-hakan agama, malah yang lebih teruk lagi PARASIT-PARASIT seperti MAT SABU iatu PAS RUMI dan tak tahu baca jawi...ramai di Tanjong Karang...

DATO NOH D UGUT BUNUH !... LANUN SAMPAH & LANUN PASIR ISTIHAR PERANG?!!...

 

 

Sejak kebelakangan ni, aku banyak memerhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang terutamanya yang sedang bermaharajalela di Selangor.
Seperti yang kita semua tahu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar antara yang paling lantang dalam membongkar kejahatan dan kezaliman Pakatan di Selangor.
Isu-isu yang Noh timbulkan membuatkan Pakatan di Selangor tercirit birit dan senggugut. Pakatan merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor.
Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.

SELCAT yang kononya mahu dipertontonkan Pakatan kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik akhirnya terdedah sebagai hanya sandiwara semasa demi untuk membersihkan pemimpin mereka yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan macam-macam lagilah yang telah berjaya menjerut kepala tengkorak mereka.
Pakatan Selangor yang banyak bermain wayang kononnya... konon la mereka ni sangat-sangat berkeras ingin menjuarai demokrasi, hak asasi manusia dan pelopor kepada hak kebebasan bersuara sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan apa yang mereka laung-laungkan selama ini.
Malangnya, mereka lebih berusaha untuk menjadi juara spin, fitnah dan provokasi. Mereka yang paling laju untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.
Jawapan yang dinantikan rakyat tidak juga diberikan, sebaliknya sibuk jaga spender orang lain.
Yang paling ketara mereka ni memang pakar, putarbelit bukan setakat menutup malu dan aib mereka tetapi juga untuk melancarkan aktiviti dan karier mereka menjadi penyamun tarbus dan dracula.
Kes skandal perlombongan haram pasir masih berleluasa hingga unjuran pendapatan yang dijangka, jauh dari pencapaian.

Tidak cukup dengan itu, operasi penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.
Pakatan mendakwa bahawa dibawah pentadbiran BN di Selangor pendapatan pasir sikit. Eh, betul la tu..
Tetapi kenapa Pakatan tak terangkan kepada rakyat adalah, BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.
BN juga tidak pernah BUNUH orang demi ketamakan hasil pasir dan BN juga tak ada la korek pasir ikut nafsu sampai membiarkan satu Pekan Kajang banjir kilat teruk hinggakan buaya pun lepas masuk Pekan Kajang tu.
Dek kerana kelantangan dan keberanian Noh Omar, nampaknya Pakatan Selangor simpan dendam. Ada cubaan untuk bunuh Noh Omar.
Bunuh ?? Maksud aku, karektor Noh Omar yang cuba dibunuh oleh Khalid And Co..
Habis diorang selak celah spender Noh Omar !

Fitnah terhadap Noh Omar turut dipalitkan kepada keluarga, isteri dan anak-anak. Ingat lagi macam mana pembangkang sebar gambar Noh Omar sedang menari bersama isteri di majlis sambutan harijadinya.

Kononnya nak fitnah Noh bersama ntah mana-mana punya doll la tu bagi mengalih tumpuan kes Anwar dan Chinadoll.

Tapi, itu lah gaya pembangkang kat Malaysia ni. Tak kaji dan selidik terus buat fitnah. Macam mana nak jadi pembangkang, isteri Noh pun diorang boleh fitnah, jadi aku tak yakin diorang ni boleh jadi contoh Islamik yang patut dicontohi.

Fitnah jadi makanan harian mereka, dosa pahala pun diorang dah tak kenal.
Sumber: Ocean 13

Khamis, 19 April 2012

"MB Tak Boleh Diharap" - Penduduk Ijok Berang Dengan Khalid Ibrahim.

IJOK 18 April - “Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.

Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini.

Sumber : Ocean's 13